cookieChoices = {}; * C.J Diary *

Tuesday, 17 September 2013

Menegur.. Jangan Sampai Menjatuhkan Hukum..

lama sudah tak menulis.. lama sudah tak mengomel :) kesibukan kerja.. dan kesibukan untuk keluar dari kepahitan pun menuntut 1000 kekuatan. Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan bergerak serta merancang. Moga Allah makbulkan permintaan dan perancangan yang diberi.

hati.. kuat mana sekeping hati.. jika dihimpit kiri dan kanan, atas dan bawah, ia akan retak juga sedikit demi sedikit. apa lagi hati seorang wanita yang senang terluka. mudah terasa dengan kata-kata orang sekeliling. itu baru kata-kata dari orang yang kita kenali.bagaimana dengan orang yang kita tak kenal pun dia secara dekat, tapi berbakuk-bakul cacian dan makian yang kita berikan.bersetuju dengan teguran yang membina. macam eh kau tak pergi solat lagi ke? atau baju tu ketat sangat, nampak yang tak sepatutnya. minggu depan pakai yang besar sikit ye. elakkan lah dari guna ayat kau tau tak si A tu kedekut, satu sen pun tak keluar ada hati nak makan banyak. atau dia tu suka menyusahkan orang la. asyik nak bangkang aja. kan elok jika andai itu memang kesalahan dia, tegurlah secara berdepan tanpa nada yang menjatuhkan. bukan bercerita dengan si B dan C dan akhirnya cerita jadi ABC. niat nak buat pahala dengan cara menegur tapi dah jadi dosa pula.

p/s : terfikir tentang kita yang suka mengatakan buruknya seseorang yang tidak pernah jumpa dan tidak mengenali secara rapat (orang yang dikenali oleh ramai orang) tapi dah bertan-tan dosa mengutuknya dikumpul. tang mana nak minta maaf dan redhakan dengan apa saja yang kita lakukan pada dia. kan dah haru tu.


Monday, 16 September 2013

Selamat Hari Pertambahan Usia, Abang Ku


selamat hari pertambahan usia abang sulong ku a.k.a abang long a.k.a Mohd Radzi. Alhamdulillah kerna dikurniakan Allah pasangan yang baik dan 4 orang zuriat yang memeriahkan kehidupan keluarga setiap hari. setiap pertambahan detik dan masa, bertambahlah tanggung jawab dan peranan kita di bumi Allah ini. moga ikatan ukhwah kita adik beradik semakin erat dan menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah. will always love you and support you.

Thursday, 29 August 2013

Sabarlah Wahai Hati.. Allah Mengetahuiya..Bukan Mereka

aku mendengar orang bercerita..bercerita tentang aku di merata-rata.. aku mengetahui si penuang nasi tambahnya.dari satu menjadi dua, dari dua merebak virusnya. sedihnya bila dikatakan sahabat, namun apalah ertinya jika bercerita tentang orang lain pada orang yang lain, dan orang itu pula hurmm cukuplah Allah mengenalinya.

tidak akan ku buka aib orang lain walau apa pun berlaku. biarlah orang lain melakukannya, bukannya aku. dan ada kata-kata yang menambah, ingatlah Allah ada sentiasa memerhati kita.mungkin benar aku ada mengatakan, bertanyakan sesuatu namun janganlah melebih-lebihkan perkara yang tidak betul. Allah saksi ku, cukuplah. aku redha atas apa yang telah berlaku pada ku. namun, demi Allah.. tidak ku ampunkan dosa orang yang menambah-nambah, orang yang menyampai-nyampai dan orang yang berkata tidak benar. cukuplah selama ini aku bersabar dan memaafkan kalian yang berkali-kali berkata tentang ku. ini masa susahku. Apa mereka perlu merasa kesukaran dan kesusahan yang aku rasai, baru mereka faham? jika ya, moga dirasakan sedikit kepadamu oleh Allah, jika tidak. sila lah berhenti dari menambah dosa dan dosa. kerna saat mereka berkata-kata tentang aib ku, saat itu juga tidak lagi ku ampunkan setiap butir-butir ucapan itu. cukuplah, aku benar-benar berkecil hati. moga aku tidak termasuk dalam golongan yang berkata aib tentang orang lain. aku tidak terasa hati andai yang berkata itu orang yang aku punya masalah dengannya, namun bila orang lain yang berkata.. hurmm terpulanglah. moga Allah memaafkan kalian, namun kali ini bukan aku. moga hati ku terbuka untuk memaafkan. tapi saat ini, masih belum lagi.

berikut dipetik kata-kata dari laman facebook abu sayef atau membaca keseluruhannya dengan klik di sini
264.Soalan: Apakah yang dimaksudkan buruk sangka (su'- ul zon)?

Buruk sangka (su'-ul zon) adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (buruk dan tercela). Manakala mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan buruk di dalam hati manusia.

Apabila timbulnya buruk sangka, maka sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan seseorang itu timbul sehingga terbukalah kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas. Ia adalah suatu penyakit hati yang akan menyerang sesiapa sahaja. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang lain ini.

Allah Ta’ala berfirman.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا“

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Surah Al-Hujurat ayat 12)

Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, kerana sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa.

Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus. Tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau keburukan atau aib orang lain, yang biasanya merupakan kesan dari prasangka yang buruk.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ
حْوَانًا

Maksudnya : “Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Hadis Riwayat  Al-Bukhari no. 6064 dan Muslim no. 2563 )

Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata, “Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”

Sufyan bin Husain berkata, “Aku pernah menyebutkan keburukn seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyyah. Beliaupun memandangi wajahku seraya berkata, “Apakah kamu pernah ikut memerangi bangsa Romawi?” Aku menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya lagi, “Kalau memerangi bangsa Sind , Hind (India) atau Turki?” Aku juga menjawab, “Tidak”. Beliau berkata, “Apakah layak, bangsa Romawi, Sind, Hind dan Turki selamat dari keburuknmu sementara saudaramu yang muslim tidak selamat dari keburukanmu?” Setelah kejadian itu, aku tidak pernah mengulangi lagi berbuat seperti itu” ( Bidayah wa Nihayah, Ibnu Kathir (XIII/121)

Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata: Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri dan melupakan keburukan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa gelisah. Setiap kali dia melihat keburukan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat keburukan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan keburukan orang lain dan melupakan keburukannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan keburukan dirinya”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.131)]

Beliau juga berkata,:“Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.133)]

p/s: tidak kah terfikir yang orang itu punya masalah dan doakan dia dipermudahkan urusan dan dipermudahkan membayar. bersangka baik dan berdoalah selalu. kerna aku juga melakukan yang sama pada yang meminjam. andai tiada, tak apalah. adalah doa ku pada mereka, namun ku bercakap dengan Pencipta ku, bukan dengan hamba-hambanya yang hurmm..... tak apalah Hasbi Allah, Wanikmal Wakil, Fanikmal Maula, Wa nikmal Nassir. Cukuplah hanya Allah tempat ku berlindung dan dialah sebaik-baiknya Pelindung.

Monday, 26 August 2013

Masih kah ada harapan untuk ku bangkit?

setiap hari bermimpikan kematian, setiap hari menangis.. terkenangkan ayat mengatakan roh yang tidak membayar hutang sebelum kematiannya, akan terawang-awangan di bumi. airmata tunduk kembali ke bumi.

berusaha ku bangkit, ujian tetap mendatang dan hebat, terdengar di bicara radio IKIM, antara faktor yang menyempitkan rezeki adalah dosa-dosa yang lalu yang kita lakukan. air mata makin menitis dan badan semakin longlai.

duduk di kerusi, fikiran terawang-awangan. mata tertutup, terfikir tentang pisau dan gunting. hebatnya syaitan menggoda dan merayu. potongkan aja nadi-nadi mu, urat-uratmu.. masalah akan selesai, saat kau tutupkan mata mu selamanya.. saat emosi seakan mengikut, subhanallah! astaghfirullahalazim air mata jatuh lagi kuat. tidak seringkah kau mau ibu ayah mu menitiskan air mata?? Ya Allah... ku raupkan muka ku semula..

bermimpi dalam saat ku menangis mencari jalan penyelesaian. dalam mimpi ambil sahaja duit-duit orang sekeliling mu. kau akan tenang, hutang tiada.. berjalan aku dan menghampiri tempat-tempat itu dan mencari. memegang dan saat membuka, menggigil aku hingga terkencing-kencing di situ. ku bukaka mata dan aku menangis. tegar kah aku melihat orang yang aku sayang menangis kerana kehilangan demi kehilangan yang aku lakukan dulu.

Ya Allah, hebatnya ujian Mu. menggigilnya saat aku cuba ingin bangun namun terjatuh semula. banyak yang aku hilang dan terbaru mungkin teman yang mempercayai ku, walau berpuluh cara ku lakukan, namun kehilangan jumlah itu buatkan semua yag terdekat dengan ku merasa sakit kerana ku. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku.ampunkanlah dosa-dosa orang yang berkata tentangku. dan itu berasal dari kesalahanku, ampunkanlah Ya Allah kerna aku mengampunkan mereka. aku tidak pernah menyesal dan mencemuh ujian ini Ya Allah. Hanya ku mohon ditabahkan hati dan tambahkan kesabaranku. tunjukkanlah jalan keluar dari permasalahan ini dan aku redha andai orang yang berhutang dengan ku tidak membayar/tidak mampu membayar hutangku. permudahkanlah urusan mereka membayar hutang mereka pada ku dan permudahkanlah aku membayar hutang kepada orang yang aku berhutang.

akhir-akhir ini banyak aku memikirkan tentang kematian. Janganlah kau tarik nyawa ku saat aku masih belum menjelaskan semuanya Ya Allah dan tidaklah mampu aku menjelaskannya melainkan Engkau menebusnya Ya Allah. kuatkan hati dan fikiran aku dan jauhkanlah aku dari melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

p/s : Angkasa masih kata tidak dapat duit sedangkan potongan dari gaji dah di buat sebelum raya. Ya Allah, satu lagi ujian yang perlu aku bersabar. masing-masing kata bukan salah mereka. Ya Allah, permudahkanlah, permudahkanlah, permudahkanlah...




Tuesday, 20 August 2013

Eh Tak Raya Ke?

baju baru ke? bukanlah.. baju dah banyak kali pakai..kuih raya banyak ke dah beli? tak lah.. saya buat saja. senang, bila dah kawin dan punya anak, saya nak mereka rasa air tangan saya. jadi apa yang baru? langsir? kusyen? teman lelaki baru? huhuhu semua tak ada.

oh tak raya la macam tu.. kan? kan? erm.. perlu ke kena ada benda baru, baru dapat beraya? pakai baju lama dan kasut lama tak dapat beraya ke? kena halau atau tak boleh masuk ye.. :) pertama sekali fahamilah istilah atau maksud hari raya. dan motif utama hari raya iaitu bermaaf-maafan. walaupun sebenarnya istilah meminta ampun dan maaf itu sebelum masuknya ramadan (ketika mendengar tazkirah di IKIM fm) namun andai tujuan kita bermaaf-maafan.. perlu ke kita lihat pakaian dan perkakasan yang dipakai? atau keikhlasan dalam meminta maaf? andai kita punya rezeki lebih, terpulang pada kita. andai tiada, perlu ke meminjam hanya kerna nak nampak seperti BERAYA?

si kecik yang suka beraya.. ada yang kata rupanya seperti makcik dia ni.. iya ke? :)

 

Saturday, 17 August 2013

Al - Fatihah

setelah bergelut 3 bulan, akhirnya Pakcik kesayangan ku akhirnya dijemput Illahi. tiada lagi suara yang besar dan garau tika bercakap di telefon, tiada lagi istilah women pc andai aku memotong rambut pendek, tiada lagi bunyi-bunyi mesin potong rumput disekitar kampung ku.berakhirnya era kepolisan dalam darah saudara ku. maaf pak long, sebab tidak dapat tunaikan hasrat pak long untuk lihat aku menjawat jawatan polis. takdir tentukan yang disitu bukan rezeki ku, walaupun aku sangat fit dulu..

jangan ditanya kenapa keluarganya ambil keputusan ini dan itu.. walau kita saudara, walau kita paling rapat.. namun yang merasanya tentunya keluarganya. jangan ditanya takdir dan ketentuaan Allah.. tentu Allah ada perancangan yang lebih baik. Alhamdulillah arwah sempat jaga awe (nenek) sebelum kematiannya. dia dah tentu ada kebaikan yang dilakukan untuk ibu bapa. saya mohon saya juga diberi kesempatan yang sama. Amin

Wednesday, 7 August 2013

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri

selamat hari raya aidil fitri diucapkan kepada semua yang mengenali secara maya mahu pun batin. untuk pertama kalinya ramadan ini sangat mencabar dan penuh dugaan. moga hari raya memberi satu sinar kebahgiaan pada diriku dan orang yang aku sayang. hanya doa mampu ku titipkan kern aku yakin Allah membantu ku memberikan kekuatan kepada mu. tak selamanya kita ditindas dan tak selamanya manusia yang yakin dengan harta dan pangkat sentiasa menang dan berkuasa. Kuasa Allah kan mengatasi segalanya. Percepatkanlah pertemuan diriku dan jodoh ku yang sebenar. moga aku bisa bahagia kembali..

permudahkanlah ya Allah.. permudahkanlah urusan ku dan dia, dan satukanlah kami dengan ikatan perkahwinan. ku menunggu mu dengan setia, wahai bakal suami ku :)

La Tahzan!

Thursday, 11 July 2013

Alhamdulillah..

syukur rasanya. Allah mengakbulkan doa saya.. Dapat solat terawikh di surau berdekatan rumah. Alhamdulillah, kesihatan pun sedikit baik dari sebelum ni. Imam pun tak baca panjang-panjang. Jadi 8 rakaat terawikh dan 3 rakaat witir.. :) sebak, gembira bercampur-baur.. =(


anda bagaimana?

Wednesday, 10 July 2013

Selamat menunaikan ibadah =)

alhamdulillah.. diberikan kesempatan menjalani puasa pada hari pertama. moga kesihatan bertambah baik untuk menjalani ibadah di seluruh ramadhan. perbanyakkan melakukan amalan.. ;)
 

dan tinggalkan benda yang di larang ye :) ayuh, jom usaha bersama-sama..
 

Tuesday, 9 July 2013

Selamat Datang Ya Ramadhan!!

alhamdulillah.. bertemu sekali lagi Ya ramadhan. bulan yang dinanti-nantikan oleh orang yang ingin menambah amalan. Ya Allah, rasa kerdil rasanya. Tahun ini azam saya nak solat tarawikh. Doakan saya dan saya mendoakan yang kita semua mendapat barakahnya. =)

bagaimana jika ramadhan ini ramadhan kita yang terakhir.. (T_T)

Friday, 5 July 2013

Berhenti... Dan Senyum Seketika

walau banyak mana ujian mendatang.. walau ramai yang lari bertempiaran saat diperlukan. berhentilah sejenak daripada menangis.. dan senyumlah. masih ada sebab kenapa anda perlu tersenyum. :)

 

dan ini antara azam yang ingin saya lakukan setiap hari..


anda bagaimana? =)
 
remember..

Sakit Itu Penebus Dosa =)

antara petikan-petikan yang di ambil di blog sara khalila

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).

“Sakit panas di dunia itu (demam) itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).


dan saya mulai mengalami sakit belakang seperti dulu. cuma kali ini pakej lengkap dengan tulang bahu dan lutut sebelah kiri. tiba-tiba teringat waktu check up di ppukm dalam 2 tahun sebelum ini yang buatkan saya patah hati dan tak mahu lagi datang buat pemeriksaan bila doktor itu yang sebelum ni tak pernah pun check saya dengan semudahnya lafazkan "alaa ni sebab berat badan ni. badan pun sama macam saya. betul tak?" sambil bertanya pada doktor yang lain dan di depan pesakit yang lain dengan hanya melihat saya sekali sahaja. hurmm... mudahnya kan buat keputusan. wahai doktor, walaupun lepas peristiwa itu saya dah turun 20 kg pun masih sakit dan jangan lah mudah aja jatuhkan hukum. gelak tawa anda buatkan pesakit rasa tidak selesa dan hampa. dan yang saya tidak faham kenapa lebih 5 atau 6 kali zoom dekat dan jauh andainya itu x-ray yang 3 atau 4 bulan lepas. tak terfikir ke yang saya mungkin ada kecederaan lain sepanjang masa yang diberikan. terus keluar dan tidak mahu pun datang lagi..

tapi bila kena buat semula pemeriksaan.... hurmm perlu alami ke peristiwa yang sama dulu.

Wednesday, 3 July 2013

Tak rasa malu ke?

ironinya, masyarakat akan mengatakan tak malu ke bila orang tau sesuatu musibah, atau kesalahan mahupun ujian yang diturunkan tersebar meluas. tipulah jika saya tidak malu, tapi saya lebih malu jika hutang tak terbayar dan saya pergi sebelum melunaskannya, daripada menyembunyikan kesalahan dan amalan yang sememangnya salah, namun orang tidak malu untuk menutupnya.

Moga Allah memudahkan saya untuk menyelesaikannya dan memudahkan orang yang berhutang dengan saya membayarnya semula. saya maafkan kesemuanya. dan saya mohon maaf andai saya lambat melunaskannya.. Insya Allah, saya akan melunaskan satu demi satu. setiap saat saya berdoa, berusaha dan tawakal. Moga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan untuk kita semua..

Buat siapa yang membaca.. Maafkanlah saya andai saya menghiris. Saya tidak pernah berniat dan kalau boleh tidak mahu berniat menyakiti siapa-siapa. cukuplah diri saya yang mengalaminya. Maafkan saya.. dan setiap saat, saya memaafkan pada semua. Kita manusia, tidak akan pernah lari dari melakukan kesalahan. hanya dengan maaf buatkan saya tenang dan saya harap anda semua memaafi dan mendoakan saya. doa orang yang tidak diketahui adalah antara doa yang mujarab. sama-sama kita mendoakan perkara yang baik-baik. =)


Doakan saya =)


Tuesday, 2 July 2013

Kenapa Kita? Bukannya Mengapa Bukan Kita?

lama sudah tidak menaip.. menuliskan sedikit kiasan atau apa yang terjadi, kita kan selalu berkata, ini blog peribadi.. jadi menuturkan atau menaip apa yang terjadi.. dan itu antara ayat yang saya tuturkan selalu. ya saya seorang blogger, diam tak diam mungkin 4 tahun saya sudah memulakan penulisan di sini. awalnya untuk tujuan sekadar suka-suka, namun dari apa yang ditulis secara tidak sedar pernah menghiris hati, membuat hubungan yang lain berantakan. jadi saya tanya kembali pada diri, atas tujuan apa saya menulis. jika hanya untuk bacaan diri sendiri, tak sepatutnya ada yang terasa. kembali balik pada diri dan bacaan di tempat-tempat yang lain.. dan secara tidak sedar, airmata saya menitis kerana sedar bertapa banyak saya berdosa, dan kerana itu saya begini. lupa pada perkataan ini... "Kita bertanggungjawab atas apa yang kita kata, baca dan tutur kerana kita ini tidak akan terlepas dari pemerhatian Allah dan tidak akan lupa ditulis di kiri dan kanan bahu kita." Jadi, kerana itu saya kurang menaip. dan saya harapkan bila saya menaip entri, moga entri itu bermanfaat, bukannya yang akan menambahkan dosa saya :)

berbalik pada entri saya sebelum ini. saya sedar ramai yang bertanya mengapa saya jadi begitu teruk.. mencari sebab apa sebenarnya yang berlaku.. kenapa saya seorang yang berhati-hati jatuh merudum dengan begitu teruk. saya sedar percakapan itu. saya tidak akan bersuara, kerana saya bersuara pada insan yang saya percaya. dan jika ramai mengetahuinya selepas itu, saya maafkan pada orang yang saya percaya, moga tidak dilakukan pada yang lain. kerana tanpa kita sedar, orang yang punya masalah atau menghadapi ujian yang besar, ia mengambil 1000 kesusahan dan keperitan untuk meluahkan sepotong ayat. =) bersangka baiklah

Kenapa saya? Apa salah saya? itu adalah ayat yang saya selalu luahkan. sebutlah senarai apa yang orang dalam kesedihan dan kesusahan lakukan, saya telah lakukan. menangis, tidak makan, selalu menyendiri, kesihatan saya turun mendadak, mudahnya saya menuturkan airmata bila dengar perkataan Kenapa?. cuma yang tinggal buat benda bukan-bukan aja. duit merupakan masalah besar bagi kita yang duduk di bandar dan saya tertekan kerana itu. hinggalah terdetik dalam hati saya..

Mengapa tidak? maksud saya mengapa saya tidak boleh diuji begini. dan kerna itu setiap kali saya teringat soalan itu, airmata saya tak berhenti menangis.. sebab saya jadi begini hanyalah kebodohan. namun puncanya banyak dan dari pembacaan saya, masalah tidak akan selesai selagi kita tidak mengenali dan mengakui punca kita jadi begini. banyak kesalahan yang saya lakukan saat sebelum ujian datang. Berdosanya saya saat saya senang, saya jarang bersedekah. waktu masa lapang saya jarang melakukan solat yang wajib, bila saya sunyi, saya mencari hiburan sebagai penawar hati saya dengan berkaraoke, menari namun jarang atau tidak memilih zikirullah. Jadi, mengapa saya perlu menuturkan soalan kenapa atau memikirkan tentu Allah menghukum ku dan buat aku begitu..

Jadi betul ke ujian itu menghukum? benar ke zalim? saya mendekatkan diri semula dengan pembacaan. sirah nabi, buku motivasi, Al-Quran, zikir, dan mencari-cari apa yang saya perlu buat sekiranya saya ingin keluar. dan jawapannya tetap HATI. Ujian diturunkan sebagai tanda kasihnya Allah pada hambanya. Diturun sebagai peringatan, bukannya hukuman. Ia menjadi peringatan kepada insan yang melupakannya dan iya saya akui saya masih struggle untuk keluar dari ini. hutang masih tidak banyak berkurangan. Namun saya mendapat pengajaran yang tidak ternilai. Alhamdulillah dapat membaca semula Al-Quran, dapat menghafal dan mengamal doa dan zikir yang selama ini saya tidak ketahui atau andai  saya tau tapi saya tidak amalkan. jadi bermula dengan hati yang kecewa saya isikan dengan perkara-perkara yang saya kurang ketahui. perkara yang saya sukai tetapi lama saya tinggalkan iaitu membaca bahan-bahan ilmiah, saya lakukan sekarang. Rakan-rakan? ramai yang mencemuh. Namun saya tidak marah dan saya memaafkan mereka kerna mereka tidak ketahui dan ia memang kesalahan saya. dan saya masih bersabar untuk membetulkan kesalahan saya dan saya bersyukur kerana ujian ini menemukan saya dengan siapa yang sebenarnya Rakan di masa susah dan yang menyedarkan kita andai kita terleka dan terlalai. Jadi, bersyukurlah saat anda ditimpa ujian kerana ia sebenarnya pengajaran yang berguna.

p/s : saya masih sering berdoa dan berdoa. dipermudahkanlah saya untuk membayar hutang-hutang saya. keutamaan saya sekarang untuk menyelesaikan hutang dan ketahuilah saya tidak mahu melarikan diri darinya. Air mata tak payah lah ditimbang, mau lebih 1 baldi, namun airmata bukannya dapat mengeluarkan saya. Hanya Allah yang mampu. Moga dipermudahkan saya menyelesaikan hutang dan dipermudahkanlah orang itu membayar walau tidak semua, sebahagian daripadanya pun cukuplah. Namun jika tertulis bukan rezeki saya, saya redha. Andai saya ditipu, saya maafkan. Andai dia punya masalah untuk membayar, tak apalah. saya redha dan andai ada rezeki, adalah. Siapa saya untuk menentukan salah dan hukum orang. :) Permudahkanlah semua Ya Allah. 

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday, 26 June 2013

bila tiada langsung duit di tangan, diri rasa rebah.. namun kerna aku tahu ini ujian untuk lihat samada hambanya mampu bertahan atau tidak, aku cuba bankit 0.00000000001 cm setiap saat.. aku redha andainya nilai hutang itu tiada dapat langsung.. itu kiranya Allah dah takdirkan bukan jadi rezeki aku..

walau nilainya besar. namun aku berfikir, yang harta atau duit yang ada pun pinjaman daripada Allah.namun aku selalu berdoa, permudahkanlah aku untuk membayar hutang piutang ku. demi Allah aku tak mahu lari membayar, aku bukan seorang yang lari dari itu. kerna aku takut aku akan meninggal sebelum sempat melunaskan hutang aku..

Hanya Allah yang mengerti.. hanya Allah yang mengetahui. pada kuliah ku.. maaf kita tidak jumpa untuk sem ini.. aku tidak mahu menambahkan hutang. ilmu sangat ku cintai, namun aku tak mahu hutang mengurangkan keberkatannya.

Aku maafkan orang yang tidak mampu melunaskan. aku faham bukan semua niat dia untuk tidak membayar. samada benar atau tidak. aku redha, dan aku halalkan. Moga aku mampu melembutkan hati orang-orang yang aku belum habis lunaskan hutangnya dan moga Allah membantu aku memudahkan dan mempercepatkan aku melunaskan semua. Ya Allah.. aku tahu ujian ini diturunkan kerna kelalaian aku saat masa senang ku, kekurangan aku mengucapkan kebesaran mu dalam setiap solat ku, dan kekurangan aku memberi pada orang yang memerlukan. Ampunkan aku Ya Allah.. sesungguhnya aku merasa pada tiap-tiap langkah aku, pedihnya seperti tertusuk kaca yang tajam. nafas yang ku hirup seperti sembilu. namun saat ku tutupkan mata dan mengalir airnya aku tahu aku masih ada-Mu Ya Allah. Tambahkanlah kekuatan dan kesabaranku dalam meniti titian ujian mu Ya Allah. aku rela kehilangan duit, daripada kehilangan saudara dan orang-orang yang mempercayai ku. kerna itu sahaja kekuatan aku selain rasa kepercayaan ku padamu Ya Allah.

p.s : rasa macam fikir ada ke kerja tolong orang dekat tempat-tempat jualan tapi boleh dapat RM 200 ke tiap kali datang.. hehehe.. ketawa untuk kurangkan kesedihan.. :)

Saturday, 8 June 2013

hurmm



kadang-kadang saya lupa.. hati saya dah lama saya tak jaga.. makin retak.. saya tak mahu berjumpa dengan Pencipta saya dengan hati yang penuh retak, dan saya tak mahu orang yang akan menjaga saya bersusah payah untuk membentuknya semula.. maaf, saya rasa.. cukuplah.. saya menjaga hati semua orang..

Friday, 7 June 2013

Allah sedang menguji.. Sabarlah Jia

banyak nya dugaan bulan ni.. banyak sehingga kadang kala aku jatuh terduduk dan menangis. peritnya dugaan yang melanda.. kesakitan yang hanya aku yang menyimpan dan Allah yang mengetahui. Aku bukan manusia yang lupa tentang janji, hutang, kerja.. tidak.. demi Allah aku tidak pernah melupakannya. Apa lagi yang melibatkan angka yang agak sukar aku lupakan.

Sakit, memang sakit.. sakit dengan kata-kata. Tak apa, cukup aku katakan aku memaafkan dan mohon maaf andai aku menyakiti hati sesiapa.. cuma ia memedihkan.. andai ada yang tidak mengetahui hal sebenar, namun berkata-kata tentang perkara yang mereka tak tahu, ia sangat menyedihkan. mencari dan berdoa selalu untuk kuatkan diri aku sepanjang melalui ujian dan dugaan dari Allah. Aku tahu kerna dari ujian inilah, Allah masih menyayangi aku dan mengingatkan aku dalam kelekaan dan kelalaian.

siapa lah aku, insan yang banyak lakukan dosa dan kesilapan. Namun aku berusaha untuk perbaiki dan menjaga hati insan lain hinggakan hati aku sendiri yang terluka. Tak pernah sekali aku merasa berbangga atas kesalahan yang aku lakukan, namun aku tetap berusaha untuk betulkan.. mungkin bukan sekaligus, tapi sedikit demi sedikit.


Kepercayaan.. Bukan mudah, kan? nak bina susah, nak runtuh senang. Jadi, pernah semua merasakan. Hilang duit, kepercayaan, semangat.. Rasa kesempitan, kesesakan, kepapaan,semuanya terjadi serentak dalam bulan ini. percaya dan ikhlas untuk cuba membantu, namun akhirnya aku yang menanggung seorangan.
Kepercayaan? memang aku senang beri pada orang. Namun andai tidak dihargai, aku memang sukar untuk percaya semula.. Kerana kepercayaan aku hilang dan lebih tepatnya aku alami kesempitan. orang tanya kenapa begini, kenapa begitu. kenapa sedih, kenapa macam tak sihat.. lebih baik aku diam dari berkata apa-apa. sebab kalau dulu pun aku bukan jenis bercerita tentang kelemahan dan keburukan orang lain, untuk apa aku berkata sekarang.. hurm.. malaikat mencatit kiri dan kanan. Allah memerhati apa yang dilakukan. Setiap kali itu, betapa aku takut akan dosa-dosa aku yang lalu.. moga Allah memberikan ku kekuatan dan melapangkan kesempitan dan  mengeluarkan aku dari kepapaan dan kemiskinan. serta tidak mencampakkan aku ke dalam kemalasan..

p/s : memikir dan memikir.. macam mana lagi jalan untuk aku mencari duit untuk mendaftar sem baru.. Ya Allah.. permudahkan lah aku membayar hutang piutang ku dan permudahkanlah orang yang berhutang dengan ku untuk membayar hutang ku secepat yang mungkin.. (T_T)

Monday, 27 May 2013

Air mata

 akhirnya airmata itu tewas juga. bertahan? bertahan banyak mana yang diri ini mungkin. tanggungjawab? satu nilai yang sangat tinggi dan akhirnya bila ditambah dan ditambah hingga buat jatuh terduduk. menyesal? tidak-tidak pernah diri ini kesali. namun hanya ku pinta diri ini difahami.

kuat? aku tidak kuat? banyak manalah kekuatan wanita. cuma aku bertahan.. namun akhirnya aku terduduk menahan. masalah? tak akan pernah berhenti. namun bila di tambah masalah yang tidak aku tahu hujung pangkalnya, buatkan aku tak tertampung.

sakit? kesakitan itu datang kembali. namun lebih menyakitkan kesakitan yang tidak dapat dilihat. kekuatan? tercari-cari kekuatan untuk menampung. mulanya pohon itu beri keizinan untuk aku bertahan. dan akhirnya hari ini dia terus mengalihkan dahannya. lalu kesakitan itu makin teruk dari semalam. 

Ya Allah,
berikanlah aku kekuatan, ketenangan, kesempatan merasai kebahgiaan..
Andai bukan bersamanya,
Gantikanlah yang lebih baik dari nya.
Yang mampu bertahan susah dan senang denganku
dan menerima aku seadanya..

Ya Allah,
tenangkanlah ribut yang melanda keluarga ku..
kuatkanlah ikatan dan berilah kedamaian di dalamnya

Maafkan ku
Andai aku bukan yang terbaik
Andai aku bukan yang mampu dibanggakan
Namun aku cuma menjadi..
seseorang yang bertahan dengan semua ujian yang aku terima..