cookieChoices = {}; * C.J Diary *

Monday, 8 April 2013

Ujian Dan Dugaan? Mengapa Perlu Membencinya?

Dugaan dan Ujian... perkara yang kalau ditanya pada oang lain kebiasaannya ia adalah perkara yang kalau boleh tidak mahu alami atau jatuh terduduk kerananya. Kebiasaannya ia selalu dikaitkan dengan kesedihan atau kesengsaraan. Tapi ramai yang tidak mengetahui, ujian dan dugaan itu juga boleh jatuh pada kesenangan dan kekayaan.

bila kita mengalami kesedihan dan terujinya diri, orang akan cepat mengatakan kenapa aku? kenapa ini? kenapa itu? tanpa kita cuba selami diri kita semula. Selami apa? Adakah kita lupa saat kita senang? siapa yang kita senangkan saat kita punya kelebihan? Ibubapa? Kekasih? Kawan-kawan? atau orang yang lebih susah? Andai ini yang kita tanyakan pada diri kita dan kita terima jawapannya juga saat itu, lautan yang paling luas pun tidak mampu untuk tampung airmata kesedihan dan kekesalan kita. Terasa diri begitu berdosa atas segalanya.

Ramai yang berkata : "Adakah Allah sudah tidak sayang aku lagi? Dia turunkan ujian yang aku sendiri tidak mampu tanggung. Adil kah ini?" Sahabat, saat kita berkata begitu, kita makin jauh dengan tujuan asal sebenar diturunkan sesuatu ujian atau dugaan atau juga musibah.Jadi mengapa ujian ini diturunkan oleh Allah?

Alangkah indahnya manusia yang menerima ujian dan dugaan oleh Allah. Tahukah? kerna Allah sayang pada kita lah di turunkan ujian untuk menguji sejauh mana kesanggupan kita menyerah diri semula pada Allah yang Maha Esa dan Maha Agung. Allah tidak akan memberikan ujian yang hamba-hambanya tidak mampu tanggung. Kita kata kita tidak kuat? Sedar atau tidak, kita telah pun melepasi ujian dan dugaan itu. Jadi masihkah kita rasa kita bukan insan yang kuat?

 
" aku bersyukur atas dugaan ini Ya Allah. Tiada penyesalan atas apa yang berlaku. dengan ia aku belajar bersabar, dengan ia aku rasai nikmat ketenangan dan dengan ia aku mengetahui rasanya menyerahkan segalanya padamu Allah. Engkau mengetahui apa yang aku rasakan dan Engkau mengetahui apa yang aku tidak ketahui. Padamu aku menyerahkan segalanya. Dan bersabar dengannya. Moga pengakhiran daripada ujian ini, aku temui kebahgiaan yang aku ingini. Bahagia berlandaskan syariah dan suruhan-Mu. Moga aku tidak lalai lagi dengan dunia yang hanya sementara, dekatkan aku dengan akhirat yang kekal abadi dan lindungilah aku dari orang-orang yang zalim."
 

jadi masih ada lagi ke rasa kesabaran kita itu hanya sia-sia?
buka mata hati kita..
rasai sayang dan kasihnya Allah pada kita..

Wednesday, 13 February 2013

Tidak pernah berhenti

Doa..
Itulah kekuatan kita sebagai seorang muslim..
Saat kita rapuh, tidak tahu apa lagi yang ingin dilakukan..
Jangan lupa, kita punya Allah yang maha Esa..

Saat ini,
Hanya doa dapat ku lakukan..
Untuk menyalurkan kekuatan pada dirimu..
Seorang lelaki yang sempat menyatakan ikhlas menyintaiku kerana mu ya Allah..

Terima kasih..
Kerana menemukan kami..
Menyedarkan kami yang pernah alpa dalam menjalankan tugas sebagai hamba mu Ya Allah..
Dan kami tahu ini antara ujian..
Untuk melihat.. Sama ada kami benar ikhlas untuk berubah..
Aku menerima semua ini dengan redha dan pasrah Ya Allah..

Ya Allah yang maha Agung, yang menciptakan Arasy yang Agung..
Sembuhkanlah dan hilangkan penderitaannya Ya Allah..
Agar dia dapat tunduk syukur semula pada mu Ya Allah..
Dan menunaikan hasrat dan janji yang murni..
Aku mohon pada mu kekuatan dan ketabahan..
Agar kami sama-sama dapat menjalani ujian dan cabaran yang getir ini..
Semoga kami dapat membina mahligai berpandukan ajaran agamamu yang indah..

*almost 4 month now.. Dan doa itu tidak pernah berhenti.. Untuk melihat kau mampu berdiri dan berjalan semula.. Dan meneruskan kerjaya yang kau sukai.. Amin ya rabbal alamin.. Masa itu semakin mendesak...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 31 January 2013

sabar itu penting

Kalau siapa yang dapat scan diri aku sekarang ni, aku boleh katakan tak ramai mampu bertahan. Aku kadang-kadang bersyukur sangat-sangat punya kekuatan menahan sabar dalam menjalani ujian demi ujian yang Allah turunkan. Pasal kehidupan aku, kuliah, persahabatan dan keluarga. Ada satu tahap aku sampai jatuh terduduk menangis seorang diri waktu orang lain tidur, dan kadang-kadang nak bangun pun aku dah tak mampu. Letih dan penat yang amat. Kan orang kata orang yang selalu tersenyum tu lah orang yang mengharungi banyak dugaan, dan dia orang yang kuat. Kenapa kuat? Ingat senang ke nak senyum saat kita "sakit". Cuba korang senyum masa sakit gigi? Rasa nak cabut terus gigi tu kan? Huhuhu..

*aku masih tak paham kenapa orang tak percaya aku ni umur dah nak masuk 27. Masa aku umur 20 kata muka macam 24 @ 25. Lani terbalik pulak. Motif? Alhamdulillah seseorang mulai beransur pulih. Mungkin lambat, tapi kalau dah positif aku sangat-sangat bersyukur. Mudahan sinar kebahgiaan akan menjelma disebalik kesukaran. 3 bulan di uji, mungkin orang lain lagi teruk kan? Aku doakan kekecewaan dan kesakitan kita antara yang pernah menanggungnya akan berakhir. Amin ya rabbal alamin :-)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 10 January 2013

kegilaan terbaru

Pada siapa yang kenal aku, aku memang gila apa sahaja mengenai sukan, lebih-lebih lagi bola sepak. Jadi, setelah diperkenalkan oleh kawan-kawan aku.... Tadaaaa aku dah join pun. Tengah membeli pemain untuk pasukan aku.. JYF.. J untuk Jia dan selebihnya tu, hahahaha memang tak la aku nak bagitahu... Ada sesiapa main ni tak? :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, 6 January 2013

sahabat

Tidak terbatas pada satu-satu usia...
Tidak dibataskan kerna perbezaan agama..
Hakikatnya..
Jika kita memahami batas-batas sempadan perbualan..
Batas-batas dalam mengetengahkan idea dan perdebatan..

Siapa kata kita bebas dalam segalanya..
Setiap perkara perlu ada garisan sempadan..
Makan pun perlu berhenti sebelum kenyang..
Jadi siapa kata kita boleh buat apa saja..
bila kita memahami apa yang boleh membuat orang lain hilang pertimbangan..
Perlu ke kita menarik picu bom?

*sebagai seorang yang mempunyai kawan berbilang kaum, kami tiad masalah.. Boleh bertukar maklumat, membahaskan isu, bertukar lawak jenaka, beramah mesra tanpa melibatkan perasaan tidak emosi yang tidak menentu. Sayangnya, ini semua boleh bertukar menjadi teruk jika akal fikiran di pengaruhi politik yang semakin tidak sihat. Bila lah zaman memburukkan orang lain ini akan berlaku??

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, 2 January 2013

jangan bersedih

Entri pertama untuk tahun ini.. Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah.. Bersyukur? Tentu ya, saat kita bernafas dengan mudah.. Ada insan lain berjuang bermatian-matian untuk bernafas dalam tempoh 5 minit. Jadi, jangan bersedih atau hampa hanya kalau hari ini tak seindah semalam.. Aku pun baru berhenti menangis.. Sekali sekala boleh tapi jangan selalu.. Waktu lemah tu la "orang ketiga" senang masuk dan beraja dalam hati kita. Jadi berhenti menangis ya...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, 31 December 2012

good bye 2012.. hello 2013

Lagi beberapa minit, akan melangkah lah kita ke tahun baru.. Cukup ke apa yang di buat? Bagi aku memang tak cukup. Sebab aku rasa aku masih boleh dapatkan keputusan lebih baik untuk diriku, tapi aku redha. Kudratku sampai di situ. Azam? Semua orang tanya aku. Azam tahun ni apa, azam tahun lepas tercapai tak? Blaa blaa blaa dan blaa.. Dulu, ya.. Aku memang akan fikir ermm tahun ni nak azam aku nak buat itu dan ini.. 6 bulan kemudian... Aku boleh lakukan.. Yakin boleh!!! 6minit nak masuk tahun baru.... Ah buang masa lah azam tahun ni, nak bawak ke depan la.. Silap-silap sampai 6 tahun azam aku tu dah jadi zam zam ala kazam jawabnya.

Tak salah, sapa kata salah nak azam atau mohd azam..(erkk??) don't get me wrong. I never say it wrong.. Wehuuu nehi la.. Azam ni matlamat dan impian la bro.. (bro mangkuk hang.. Aku pompuan la) ala-ala target untuk kita capai.. Niat kan dah dapat pahala.. Betul, tapi kalau sekadar niat aje, bila nak tertunai.. Kalau niat benda betul ok la, kalau yang menyimpang?? Ini serius.. (aku sangat merindui wonderpet)

Terpulang pada individu. Kita punya rasa dan matlamat yang berbeza. Bagi aku. Tidak perlu azam yang hanya di sebut sekali setahun lepas mercun meletup dok pekik selamat tahun baru, lepas habis mercun azam pun dah ke laut. Cukuplah sekadar diri ini menjadi lebih baik pada esok hari berbanding semalam, dan tidak menjadi lebih teruk dari kelmarin. Kita punya pilihan untuk melakukan kebaikan atau keburukan pada malam tahun baru.. Aku?? Duk atas katil lagi syiok. Selamat tahun baru. Moga menjadi orang yang baru bukan hanya pada penampilan, tetapi dalaman juga ya..,

Salam manis
-C.J-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, 30 December 2012

welcome new members

Alhamdulillah 27 Disember 2012 lahirnya seorang lagi anak saudara aku. Yang keempat ye dan kali ini perempuan.  Secara rasminya namanya nur adriana batrisyah.. Kalau tak salah aku lah. Selamat datang wahai umat muhammad yanh baru.. Moga menjadi anak yang solehah dan disukai ramai orang.

*comel macam aku tak?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 28 December 2012

2013.. another year, another hope, another dreams

Sedar atau pun tidak, 2012 bakal meninggalkan kita. Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi Allah.. Aku tak paham kenapa sesetengah orang menjadikan tak jadi kiamat atau dunia akan musnah sebagai bahan lawak. Sebagai seorang muslim, memang tak boleh mempercayai ramalan kaum mayan sebab bila terjadinya kiamat, hanya Allah yang mengetahuinya.. Tapi dah cukup ke amalan kita untuk bawa ke sana? Ke hari kebangkitan. Dan kerna itu aku takut, takut cukup atau tidak amalan yang di bawa. Ish, lupakan lah. Setiap orang punya pandangan masing-masing, dan aku menghormatinya.

Banyak yang terjadi. Air mata kalau nak tumpah, dah boleh buat sungai. Kekuatan dan ketabahan kalau boleh diukur, dah boleh nampak nak menuju ke paras rendah. Namun aku bersyukur diberikan juga kegembiraan, diuji untuk kekuatan, dikurniakan kesetiaan di sebalik kehampaan.. Teman-teman yang makin menghampir.. Jadi tak perlu aku mengeluh kepenatan..

*moga dia cepat sembuh dan kembali semula...*

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 27 December 2012

kawan baru, dari kawan yang dah lama kenal.. :-)

Apa ni? Jap baru jap lama.. Apakah semua ini.. Hahaha itulah kawan aku yang baru. Just call it shinyu.. Sebab tuan yang bagi tu suruh namakan shinyu. Motip? Bagi aku, tapi paksa panggil nama dia shinyu.. Hahaha terima kasih sahabat aku ana a.k.a emak iman chan.. 4 tahun aku kenal dia dan moga persahabatan itu berpanjangan.. Susah nak cari orang yang sekepala dengan kita.. Moga kita sentiasa di dalam rahmat Allah yang maha esa :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, 26 December 2012

wordless wednesday

We are not perfect.. But when we together, we are perfect for each other.. I don't need friend that richer, glamourous or stylister.. But only for people that can spend some time for me,,

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 20 December 2012

aku bersyukur

Saat orang lain berusaha untuk bangun..
Aku dapat bernafas hari ini..
Saat orang lain tiada sesiapa di sisi..
Aku punya kawan, keluarga dan orang tersayang..
Saat orang lain punya ramai musuh..
Aku berusaha menguranginya..

Jadi aku sangat bersyukur atas apa yang Allah berikan sekarang. Yup, keluarga aku bukan orang kaya yang ada rumah banglo atau kereta besar 3 4 bijik. Tapi aku bersyukur yang kami tak sesusah orang lain sampai tak dapat makan. Harta yang aku ada cuma cik bibah a.k.a viva biru yang kecil, tapi dapat bawa aku ke sana sini sedangkan orang lain perlu berpanas untuk ke sana dan sini. Aku tak ada ramai kawan yang aku rapat, ye aku memang punya ramai kawan disebabkan mulut aku yang senang berbual, jarang lihat aku jatuhkan orang lain atau asyik nak gunakan orang lain untuk kepentingan.. Tapi untuk aku nak klasifikasikan rapat tu memang tak ramai. Tapi walau tak ramai, itu yang selalu ada waktu aku perlukan orang yang tugasnya untuk mendengar.. Dan itu pun aku bersyukur..

Perancangan.. Banyak orang merancang.. Termasuklah aku. Merancang itu ini.. Tunang, nikah, buat itu, buat ini... Tapi apa pun bergantung pada Allah juga samada makbulkan atau memberi yang lain. Moga niat murni kita dipermudahkan semuanya..

Pada yang mengucapkan selamat hari lahir, terima kasih aku ucapkan. Mendoakan cepat jodoh, kebahgiaan dan kesihatan aku, hanya aAllah dapat membalas. Bertambah satu lagi tahun mendekati kematian. Moga kita sentiasa mendekati kebaikan dan meninggalkan kemungkaran..

*ramai kawan merancang tunang, kawin dan bakal ada anak tahun depan. Aku doakan moga niat kalian dimakbulkan.. Maaf kerna aku semakin penat sekarang. Perlu melakukan itu dan ini. Tapi aku punya masa untuk kalian. Sms lah, whatsapp, bbm tapi bukan menelefon (aku orang yang tidak suka mengangkat telefon dan bercakap lama di telefon. Aku lebih suka jumpa dan kita bercakap sampai lebam) atau cari saja di fb mahupun twitter.. Aku akan sentiasa ada untuk kalian. Tapi agak-agaklah kalau dah pagi tanya aku dah tidur ke belum, perlu ke di beri kaki sedas dua? Ok just joking.

Please respect other's privacy and principle if we want other people to do the same to us.. Jangan mencanang pada semua benda yang orang dah tak teringat pun. Move on and don't ever say it again. Adakala kita juga bersalah, jadi jangan asyik tunding pada orang lain. Aku bersyukur, kerna Allah memberikan aku ujian untuk aku menilai kesalahan dan kesilapan yang aku lakukan dan aku belajar dari itu. Sedangkan ada yang langsung tidak belajar dan terjatuh pada lubang yang sama berulang kali. Daaa..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 13 December 2012

happy birthday.... to me!

Dengan rasa syukur pada mu Ya Allah, aku titipkan segala puji-pujian pada Mu kerna memberikan aku satu lagi kesempatan bernafas pada hari lahir ku. Pada sesiapa yang memberikan ucapan tahniah dan ucap selamat, hanya Alah yang dapat,membalas budi dan jasa  anda semua.. Untuk yang tidak menyukai, setiap hari aku berdoa untuk mengurangi rasa benci dan mencambahkan perasaan sayang antara kita. Moga kita tak tergolong antara orang yang punya hati yang gelap dan busuk antara kita.

Bila menghampiri hari lahir ni, aku banyak memikirkan tentang kematian. Apa cukup ke amalan yang kita ada? Dah banyak orang ke yang kita maafkan hari ini? Ada ke kita sakitkan hati sesiapa semalam dan hari ini? Dan benda-benda ni buatkan aku rasa masih panjang lagi senarai yang aku perlu buang dan putihkan.. Moga orang yang tidak menyukai aku hari ini akan berkurangan esok.

Bila nyawa si dia berada di hujung nafas, kritikal, berjuang demi menghirup udara buatkan aku terfikir. Kalau aku berada dalam keadaan macam tu, apa aku sudah bersedia untuk tinggalkan semua ni dan berbangga dengan apa yang aku ada sekarang? Jawapannya tidak dan aku tak mahu lagi benda yang hanya melalaikan dan mulai mengejar bekalan ku sendiri.. Dan aku berjanji untuk berusaha menjadikan hari ini lagi baik dari semalam. Doakan aku..

*si dia melepasi pembedahan kedua dan syukran stabil dan sudah boleh bercakap. Dan dia berpesan sesuatu untuk aku. Moga Allah mengizinkan hasrat dan tujuannya itu.. Amin. . :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 6 December 2012

kembali bekerja

Selama ni tak bekerja ke? Alhamdulillah aku masih bekerja. Tapi pada sesiapa yang tak tahu atau saja nak tahu, aku masuk kembali ke pejabat selepas 15 hari bercuti. Wah, macam seronok kan? Hakikatnya, cuti sakit itu tidak seronok. Aku pernah cerita kan yang pergelangan tangan aku sakit. Kerana degil untuk pergi ke hospital, mungkin Allah nak suruh aku berehat. Tangan aku terlanggar sinki bilik air. Ye yang marmar dan sangat keras itu. Dan akhirnya otot aku terkoyak dan tangan aku tak boleh gerak..

Jadilah aku penjaga tak bertauliah. Sangat tabik dengan suri rumah. Ni ada seseorang yang nak aku jadi suri rumah? Maaf ye kamu.. :-) tapi aku sakit pun tak sempat bagitahu dia. Dia kemalangan kereta dekat sana. Ya Allah, banyak dugaan terjadi pada kami. Moga dia kembali seperti dulu..

*saat entri ini ditulis, si dia masih tidak stabil. Saya tak akan berhenti berdoa. Saya sedang melakukan nazar. Lebih bererti kalau dia ada di sini.  Ya Allah, kuatkan hati ku untuk menjalani semua ujian mu

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 16 November 2012

untungnya menjadi kanak-kanak

Saat jam menginjak ke 5.50 petang, aku dekat taman permainan dekat dengan rumah. Melayan kerenah anak buah aku yang nak sangat pergi taman permainan, jadi turutkan aja walau badan dah memang tak larat. Tapi sekurangnya boleh tenangkan fikiran.

Kenapa aku kata untung? Waktu kanak-kanak, tiada istilah takut melakukan sesuatu, orak cuma fikirkan mencari kawan dan melakukan perkara-perkara yang seronok. Tiada istilah tikam belakang atau mencari peluang untuk menjatuhkan orang lain. Paling lambat tak kawan pun 5 minit, lepas tu bersalam dan berkawan semula. Semangat tolong-menolong amat tebal waktu bermain... Tapi??

Aku masih tertanya-tanya.. Mana hilangnya semangat ni bila kita membesar? Dekat mana sifat tu terhakis? Akhirnya persoalan itu akan datang kembali pada kita. Bagaimana cara kita dibesar dan membesar. Dan kalau ada yang salah di antara itu, mahu kah kita mencorakkan anak dan generasi kita seperti itu?

*just asking myself*

Published with Blogger-droid v2.0.9

Be strong, my sweetheart

Oh ini bukan entri untuk kekasih.. Tidak.. Aku masih berpegang pada prinsip selagi tak ada hubungan tunang atau suami isteri, aku tak akan dedahkan siapa dia di blog. Bagi aku, biarlah dah betul laluan dan memang aku jadi miliknya yang sah baru boleh. Sebab kalau tak jadi, malu aja... Jadi bakal suami ku, tabahlah anda.. Kisah cinta sebelum nikah tidak elok di war-warkan.. Takut lepas nikah tak manis pula rasanya.. Kelat jek.. Hihihi... Itu apa yang aku rasa, mungkin yang lain punya pendapat berbeza dari aku :-)

Lupakan sebentar tentang itu, salah satu yang bertahta dalam hati aku ialah keluarga aku termasuklah anak-anak buah aku. Untuk entri yang lepas ada aku ceritakan sedikit tentang anak buah aku yang kena buat pembedahan.. Alhamdulillah, ni gambar selepas pembedahan. Rasa nak nangis bila tubuh kurus dan kecil tanggung kesakitan ni.. Tapi Anya tahu abang adie kuatkan. Langsung tak menangis teruk. Dan sekarang tiub dan wayar tu dah dikeluarkan dalam badan.. Syukur berjaya dan sekarang proses untuk bagi jahitan tu kering aja. Tapi anak buah aku kena cakap perlahan-perlahan.. Tapi yang paling menyentuh hati aku, bila aku demam teruk. Aku baring sebelah dia. Dia usap kepala aku dan bisik dekat aku yang dia sayangkan aku. Bila aku bawaj dia berjalan dekat Carefour dan bagi dia ambil apa yang dia nak. Bila nak balik rumah dia, dia salam dan cium pipi aku sambil cakap dia seronok dapat naik kereta aku.. Cepat baik ye sayang :-) nanti Anya bawak awak pergi beli beg sekolah ye. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 2 November 2012

cuba untuk senyum

Banyak yang terjadi dan akan terjadi.. Syukur bukan pada aku, tapipada orang-orang yang aku sayang... Buat seseorang yang aku sayang, bertahanlah.. Bila kita mula beralih semula ke arah yang sewaktunya... Balik semula ke arah kebaikan, kita akan diuji samada kita benar berubah atau pun tidak.. Jadi sabar sayang, Insya Allah akan berubah kepada yang lebih baik.. Aku akan sentiasa ada disisi untuk beri sokongan dan kekuatan untuk kamu...

Isnin ni, anak buah yang kesayangan aku pula si adie a.k.a rusyaidi akan menjalani pembedahan waktu tu.. Untuk yang tak tahu, anak buah aku tu dari kecil kena pakai bateri dekat jantung dia..sebab denyutan dia tak kuat.. Sepatutnya umur 7 tahun baru buat pembedahan untuk ganti bateri yang dulu.. Tapi bila check hari tu, doktor kata dia dah kena tukar sebab bateri tu tak mampu nak tampung lagi.. Sebab adie aktif.. Adie sekarang 5 tahun.. Doakan pembedahan ini berjaya wahai pembaca yang membaca diari sebahagian hidup ku.Moga orang-orang yang aku sayang akan dapat kehidupan yang lebih baik dari ini.. Amin ya rabbal alamin...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, 24 October 2012

wordless wednesday

As salam.. Selamat pagi.. Muka orang yang suhu badan naik mendadak semalam... Macam-macam yang terjadi. Moga aku mampu menahan sabar melayan kerenah orang-orang di sini.. Dan juga di sana...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 11 October 2012

akhirnya...

Tiada lagi tak cukup tidur.. Tiada lagi kantung mata yang besar.. Tiada lagi kertas-kertas yang bersepah.. Untuk semester kali ni, aku dah habis peperiksaan.. Badan, minda, semangat aku letih, letih dan sangat letih.. Jadi aku boleh berehat selama sebulan setengah. Siapa nak dating, sila tinggalkan pesan. Huhuhu dah malas aku kena bebek dengan kawan-kawan aku sebab lama dah tak jumpa atau keluar bersama. Maaf hokayy.. Budak tengah belajar memang macam ni.

Aku dah penat menjawap tak penat ke belajar dan kerja.. Jawapan dia MEMANG PENATLAH.. Tapi bagi aku berbalik pada niat kenapa aku ambil keputusan nak belajar semula. Ramai orang cakap nak naik pangkat, gaji dan sewaktu dengannya. Bagi aku itu adakah sampingannya.. Tapi aku sambung kerna aku minat belajar dan aku tak nak otak aku tepu. Soal gaji atau imbuhan yang itu, aku serahkan pada Alkah yang Esa. Jika tertakluk itu memang rezeki aku, adalah. Kalau tak atau belum, mungkin Dia beri rezeki dalam bentuk lain. Sebab aku tengok ramai yang belajar sebab nak naik gaji dan pangkat, akhirnya kalau habis pengajian pointer cukup makan je, dan lebih sedih lagi ada yang sampai tak habis pun pengajian. Jadi betulkan niat kita dulu, ya!

*untuk seseorang, terima kasih kerna ambil berat saya yang memang dah berat ni.. Its really a stressfull week and I really struggle to maintain or at least try to being a real me. For all my friend.. Thanks because being a good "chingu-ya"... Jom rehatkan diri sepanjang cuti sem ni..

Published with Blogger-droid v2.0.9

huh... entah..

Sebenarnya aku nak buat entri wordless wednesday.. Tapi serius...sakit kepala ni buatkan kepala aku lebih menghargai bantal dari tab aku semalam.. Jadi maafkan aku mr.tabie2 (nama aku bagi untuk tab aku) aku rasa aku terkejut sebab ada seorang lelaki, yang aku rasa semua orang yang bertugas semalam dekat hotel tu merasakan dia seorang yang kacak.. Tiba-tiba datang dan approach aku.. Aku?! Yup aku.. Dan aku toleh semua perempuan di situ mulut cakap "oh men..." *walaupun maksud orang lain sebenarnya berlawanan yang aku cakap, hahaha aku tak mahu bercakap benda yang tutt atau sampah dekat diari aku ni..

Dia lelaki yang pertama bagi aku yang datang dan cakap "dah lama kerja jadi jaga escalator ke?" aku dah nak cakap "apa??"  tapi sebab anda punya senyuman yang bagi aku pertama kali aku cair.. Hahaha jadi aku senyum je. Bercakap-cakap dalam 5 minit sambil dia pusing-pusingkan blackberry dia.. Oh my gucci, dalan hati aku "wanna trade bb pin?" tapi sekali datang menteri terus kami terputus perbualan.. Apa kena mengena dia, aku atau kami dengan menteri.. Dia pegawai khas menteri.. Masa dia cakap dia PK, aku nak terlepas cakap apa benda tu... Sekali pegawai khas menteri.. Hokaayy... Bila tanya aku balik, aku jawab PT je.. Pembantu Tadbir secara spesifiknya... Mungkin dia tegur sebab bosan menunggu atau memang dia nak tegur tu wallahualam.. Kita tak tahu jati masing-masing.. Tapi ia menjadi topik hangat dekat office aku.. Hahaha tergoda dan famous aku sebentar..

Ridzwan from KPT... Nice chat with you.. Dan kawan-kawan aku, berhenti gosip.. Jangan cemburu sebab dia tegur aku dan yup, jangan cakap ada jodoh jumpa balik.. PK dan PT tu taraf dia jauh ye. Korang bercakap macam dia suka aku lak.. Sekali kalau terjumpa balik, jangan perasan ye awak, saya tegur sebab bosan jek. Hahaha kan haru..

*ada irang tegur aku muka makin macam budak-budak bila badan aku dah turun.. Ohoo.. Tak ada makna nya.. Yup, aku dah turun berat.. Dari 105 kg masa balik dari Singapura bulan Januari tahun ni,dan sekarang aku 90.. Turun sebab seseorang?? Tak ada maknanya.. Ia lebih sebab aku rasa aku nak cari baju susah.. Dan aku berdiet tanpa jemu.. Pil?? Tak.. Lebih pada kurang makan, dan jaga kolesterol... Ok daaa

Published with Blogger-droid v2.0.9