Wednesday, 18 September 2013
Wordless Wednesday - Seronoknya jika dapat pergi semula ke zaman kanak-kanak
Tuesday, 17 September 2013
Menegur.. Jangan Sampai Menjatuhkan Hukum..
hati.. kuat mana sekeping hati.. jika dihimpit kiri dan kanan, atas dan bawah, ia akan retak juga sedikit demi sedikit. apa lagi hati seorang wanita yang senang terluka. mudah terasa dengan kata-kata orang sekeliling. itu baru kata-kata dari orang yang kita kenali.bagaimana dengan orang yang kita tak kenal pun dia secara dekat, tapi berbakuk-bakul cacian dan makian yang kita berikan.bersetuju dengan teguran yang membina. macam eh kau tak pergi solat lagi ke? atau baju tu ketat sangat, nampak yang tak sepatutnya. minggu depan pakai yang besar sikit ye. elakkan lah dari guna ayat kau tau tak si A tu kedekut, satu sen pun tak keluar ada hati nak makan banyak. atau dia tu suka menyusahkan orang la. asyik nak bangkang aja. kan elok jika andai itu memang kesalahan dia, tegurlah secara berdepan tanpa nada yang menjatuhkan. bukan bercerita dengan si B dan C dan akhirnya cerita jadi ABC. niat nak buat pahala dengan cara menegur tapi dah jadi dosa pula.
p/s : terfikir tentang kita yang suka mengatakan buruknya seseorang yang tidak pernah jumpa dan tidak mengenali secara rapat (orang yang dikenali oleh ramai orang) tapi dah bertan-tan dosa mengutuknya dikumpul. tang mana nak minta maaf dan redhakan dengan apa saja yang kita lakukan pada dia. kan dah haru tu.
Monday, 16 September 2013
Selamat Hari Pertambahan Usia, Abang Ku

selamat hari pertambahan usia abang sulong ku a.k.a abang long a.k.a Mohd Radzi. Alhamdulillah kerna dikurniakan Allah pasangan yang baik dan 4 orang zuriat yang memeriahkan kehidupan keluarga setiap hari. setiap pertambahan detik dan masa, bertambahlah tanggung jawab dan peranan kita di bumi Allah ini. moga ikatan ukhwah kita adik beradik semakin erat dan menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah. will always love you and support you.
Thursday, 29 August 2013
Sabarlah Wahai Hati.. Allah Mengetahuiya..Bukan Mereka
tidak akan ku buka aib orang lain walau apa pun berlaku. biarlah orang lain melakukannya, bukannya aku. dan ada kata-kata yang menambah, ingatlah Allah ada sentiasa memerhati kita.mungkin benar aku ada mengatakan, bertanyakan sesuatu namun janganlah melebih-lebihkan perkara yang tidak betul. Allah saksi ku, cukuplah. aku redha atas apa yang telah berlaku pada ku. namun, demi Allah.. tidak ku ampunkan dosa orang yang menambah-nambah, orang yang menyampai-nyampai dan orang yang berkata tidak benar. cukuplah selama ini aku bersabar dan memaafkan kalian yang berkali-kali berkata tentang ku. ini masa susahku. Apa mereka perlu merasa kesukaran dan kesusahan yang aku rasai, baru mereka faham? jika ya, moga dirasakan sedikit kepadamu oleh Allah, jika tidak. sila lah berhenti dari menambah dosa dan dosa. kerna saat mereka berkata-kata tentang aib ku, saat itu juga tidak lagi ku ampunkan setiap butir-butir ucapan itu. cukuplah, aku benar-benar berkecil hati. moga aku tidak termasuk dalam golongan yang berkata aib tentang orang lain. aku tidak terasa hati andai yang berkata itu orang yang aku punya masalah dengannya, namun bila orang lain yang berkata.. hurmm terpulanglah. moga Allah memaafkan kalian, namun kali ini bukan aku. moga hati ku terbuka untuk memaafkan. tapi saat ini, masih belum lagi.
berikut dipetik kata-kata dari laman facebook abu sayef atau membaca keseluruhannya dengan klik di sini
264.Soalan: Apakah yang dimaksudkan buruk sangka (su'- ul zon)?
Buruk sangka (su'-ul zon) adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (buruk dan tercela). Manakala mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan buruk di dalam hati manusia.
Apabila timbulnya buruk sangka, maka sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan seseorang itu timbul sehingga terbukalah kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas. Ia adalah suatu penyakit hati yang akan menyerang sesiapa sahaja. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang lain ini.
Allah Ta’ala berfirman.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا“
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Surah Al-Hujurat ayat 12)
Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, kerana sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa.
Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus. Tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau keburukan atau aib orang lain, yang biasanya merupakan kesan dari prasangka yang buruk.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ
حْوَانًا
Maksudnya : “Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 6064 dan Muslim no. 2563 )
Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata, “Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”
Sufyan bin Husain berkata, “Aku pernah menyebutkan keburukn seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyyah. Beliaupun memandangi wajahku seraya berkata, “Apakah kamu pernah ikut memerangi bangsa Romawi?” Aku menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya lagi, “Kalau memerangi bangsa Sind , Hind (India) atau Turki?” Aku juga menjawab, “Tidak”. Beliau berkata, “Apakah layak, bangsa Romawi, Sind, Hind dan Turki selamat dari keburuknmu sementara saudaramu yang muslim tidak selamat dari keburukanmu?” Setelah kejadian itu, aku tidak pernah mengulangi lagi berbuat seperti itu” ( Bidayah wa Nihayah, Ibnu Kathir (XIII/121)
Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata: Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri dan melupakan keburukan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa gelisah. Setiap kali dia melihat keburukan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat keburukan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan keburukan orang lain dan melupakan keburukannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan keburukan dirinya”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.131)]
Beliau juga berkata,:“Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.133)]
p/s: tidak kah terfikir yang orang itu punya masalah dan doakan dia dipermudahkan urusan dan dipermudahkan membayar. bersangka baik dan berdoalah selalu. kerna aku juga melakukan yang sama pada yang meminjam. andai tiada, tak apalah. adalah doa ku pada mereka, namun ku bercakap dengan Pencipta ku, bukan dengan hamba-hambanya yang hurmm..... tak apalah Hasbi Allah, Wanikmal Wakil, Fanikmal Maula, Wa nikmal Nassir. Cukuplah hanya Allah tempat ku berlindung dan dialah sebaik-baiknya Pelindung.
Monday, 26 August 2013
Masih kah ada harapan untuk ku bangkit?
berusaha ku bangkit, ujian tetap mendatang dan hebat, terdengar di bicara radio IKIM, antara faktor yang menyempitkan rezeki adalah dosa-dosa yang lalu yang kita lakukan. air mata makin menitis dan badan semakin longlai.
duduk di kerusi, fikiran terawang-awangan. mata tertutup, terfikir tentang pisau dan gunting. hebatnya syaitan menggoda dan merayu. potongkan aja nadi-nadi mu, urat-uratmu.. masalah akan selesai, saat kau tutupkan mata mu selamanya.. saat emosi seakan mengikut, subhanallah! astaghfirullahalazim air mata jatuh lagi kuat. tidak seringkah kau mau ibu ayah mu menitiskan air mata?? Ya Allah... ku raupkan muka ku semula..
bermimpi dalam saat ku menangis mencari jalan penyelesaian. dalam mimpi ambil sahaja duit-duit orang sekeliling mu. kau akan tenang, hutang tiada.. berjalan aku dan menghampiri tempat-tempat itu dan mencari. memegang dan saat membuka, menggigil aku hingga terkencing-kencing di situ. ku bukaka mata dan aku menangis. tegar kah aku melihat orang yang aku sayang menangis kerana kehilangan demi kehilangan yang aku lakukan dulu.
Ya Allah, hebatnya ujian Mu. menggigilnya saat aku cuba ingin bangun namun terjatuh semula. banyak yang aku hilang dan terbaru mungkin teman yang mempercayai ku, walau berpuluh cara ku lakukan, namun kehilangan jumlah itu buatkan semua yag terdekat dengan ku merasa sakit kerana ku. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku.ampunkanlah dosa-dosa orang yang berkata tentangku. dan itu berasal dari kesalahanku, ampunkanlah Ya Allah kerna aku mengampunkan mereka. aku tidak pernah menyesal dan mencemuh ujian ini Ya Allah. Hanya ku mohon ditabahkan hati dan tambahkan kesabaranku. tunjukkanlah jalan keluar dari permasalahan ini dan aku redha andai orang yang berhutang dengan ku tidak membayar/tidak mampu membayar hutangku. permudahkanlah urusan mereka membayar hutang mereka pada ku dan permudahkanlah aku membayar hutang kepada orang yang aku berhutang.
akhir-akhir ini banyak aku memikirkan tentang kematian. Janganlah kau tarik nyawa ku saat aku masih belum menjelaskan semuanya Ya Allah dan tidaklah mampu aku menjelaskannya melainkan Engkau menebusnya Ya Allah. kuatkan hati dan fikiran aku dan jauhkanlah aku dari melakukan perkara-perkara yang sia-sia.
p/s : Angkasa masih kata tidak dapat duit sedangkan potongan dari gaji dah di buat sebelum raya. Ya Allah, satu lagi ujian yang perlu aku bersabar. masing-masing kata bukan salah mereka. Ya Allah, permudahkanlah, permudahkanlah, permudahkanlah...
Wednesday, 21 August 2013
Tuesday, 20 August 2013
Eh Tak Raya Ke?
oh tak raya la macam tu.. kan? kan? erm.. perlu ke kena ada benda baru, baru dapat beraya? pakai baju lama dan kasut lama tak dapat beraya ke? kena halau atau tak boleh masuk ye.. :) pertama sekali fahamilah istilah atau maksud hari raya. dan motif utama hari raya iaitu bermaaf-maafan. walaupun sebenarnya istilah meminta ampun dan maaf itu sebelum masuknya ramadan (ketika mendengar tazkirah di IKIM fm) namun andai tujuan kita bermaaf-maafan.. perlu ke kita lihat pakaian dan perkakasan yang dipakai? atau keikhlasan dalam meminta maaf? andai kita punya rezeki lebih, terpulang pada kita. andai tiada, perlu ke meminjam hanya kerna nak nampak seperti BERAYA?
Saturday, 17 August 2013
Al - Fatihah
jangan ditanya kenapa keluarganya ambil keputusan ini dan itu.. walau kita saudara, walau kita paling rapat.. namun yang merasanya tentunya keluarganya. jangan ditanya takdir dan ketentuaan Allah.. tentu Allah ada perancangan yang lebih baik. Alhamdulillah arwah sempat jaga awe (nenek) sebelum kematiannya. dia dah tentu ada kebaikan yang dilakukan untuk ibu bapa. saya mohon saya juga diberi kesempatan yang sama. Amin
Wednesday, 7 August 2013
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri

permudahkanlah ya Allah.. permudahkanlah urusan ku dan dia, dan satukanlah kami dengan ikatan perkahwinan. ku menunggu mu dengan setia, wahai bakal suami ku :)
La Tahzan!
Thursday, 11 July 2013
Alhamdulillah..
anda bagaimana?
Wednesday, 10 July 2013
Selamat menunaikan ibadah =)
Tuesday, 9 July 2013
Selamat Datang Ya Ramadhan!!
Friday, 5 July 2013
Berhenti... Dan Senyum Seketika
Sakit Itu Penebus Dosa =)
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).
“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).
“Sakit panas di dunia itu (demam) itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).
dan saya mulai mengalami sakit belakang seperti dulu. cuma kali ini pakej lengkap dengan tulang bahu dan lutut sebelah kiri. tiba-tiba teringat waktu check up di ppukm dalam 2 tahun sebelum ini yang buatkan saya patah hati dan tak mahu lagi datang buat pemeriksaan bila doktor itu yang sebelum ni tak pernah pun check saya dengan semudahnya lafazkan "alaa ni sebab berat badan ni. badan pun sama macam saya. betul tak?" sambil bertanya pada doktor yang lain dan di depan pesakit yang lain dengan hanya melihat saya sekali sahaja. hurmm... mudahnya kan buat keputusan. wahai doktor, walaupun lepas peristiwa itu saya dah turun 20 kg pun masih sakit dan jangan lah mudah aja jatuhkan hukum. gelak tawa anda buatkan pesakit rasa tidak selesa dan hampa. dan yang saya tidak faham kenapa lebih 5 atau 6 kali zoom dekat dan jauh andainya itu x-ray yang 3 atau 4 bulan lepas. tak terfikir ke yang saya mungkin ada kecederaan lain sepanjang masa yang diberikan. terus keluar dan tidak mahu pun datang lagi..
tapi bila kena buat semula pemeriksaan.... hurmm perlu alami ke peristiwa yang sama dulu.
Wednesday, 3 July 2013
Tak rasa malu ke?
Moga Allah memudahkan saya untuk menyelesaikannya dan memudahkan orang yang berhutang dengan saya membayarnya semula. saya maafkan kesemuanya. dan saya mohon maaf andai saya lambat melunaskannya.. Insya Allah, saya akan melunaskan satu demi satu. setiap saat saya berdoa, berusaha dan tawakal. Moga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan untuk kita semua..
Buat siapa yang membaca.. Maafkanlah saya andai saya menghiris. Saya tidak pernah berniat dan kalau boleh tidak mahu berniat menyakiti siapa-siapa. cukuplah diri saya yang mengalaminya. Maafkan saya.. dan setiap saat, saya memaafkan pada semua. Kita manusia, tidak akan pernah lari dari melakukan kesalahan. hanya dengan maaf buatkan saya tenang dan saya harap anda semua memaafi dan mendoakan saya. doa orang yang tidak diketahui adalah antara doa yang mujarab. sama-sama kita mendoakan perkara yang baik-baik. =)
Tuesday, 2 July 2013
Kenapa Kita? Bukannya Mengapa Bukan Kita?
berbalik pada entri saya sebelum ini. saya sedar ramai yang bertanya mengapa saya jadi begitu teruk.. mencari sebab apa sebenarnya yang berlaku.. kenapa saya seorang yang berhati-hati jatuh merudum dengan begitu teruk. saya sedar percakapan itu. saya tidak akan bersuara, kerana saya bersuara pada insan yang saya percaya. dan jika ramai mengetahuinya selepas itu, saya maafkan pada orang yang saya percaya, moga tidak dilakukan pada yang lain. kerana tanpa kita sedar, orang yang punya masalah atau menghadapi ujian yang besar, ia mengambil 1000 kesusahan dan keperitan untuk meluahkan sepotong ayat. =) bersangka baiklah
Kenapa saya? Apa salah saya? itu adalah ayat yang saya selalu luahkan. sebutlah senarai apa yang orang dalam kesedihan dan kesusahan lakukan, saya telah lakukan. menangis, tidak makan, selalu menyendiri, kesihatan saya turun mendadak, mudahnya saya menuturkan airmata bila dengar perkataan Kenapa?. cuma yang tinggal buat benda bukan-bukan aja. duit merupakan masalah besar bagi kita yang duduk di bandar dan saya tertekan kerana itu. hinggalah terdetik dalam hati saya..
Mengapa tidak? maksud saya mengapa saya tidak boleh diuji begini. dan kerna itu setiap kali saya teringat soalan itu, airmata saya tak berhenti menangis.. sebab saya jadi begini hanyalah kebodohan. namun puncanya banyak dan dari pembacaan saya, masalah tidak akan selesai selagi kita tidak mengenali dan mengakui punca kita jadi begini. banyak kesalahan yang saya lakukan saat sebelum ujian datang. Berdosanya saya saat saya senang, saya jarang bersedekah. waktu masa lapang saya jarang melakukan solat yang wajib, bila saya sunyi, saya mencari hiburan sebagai penawar hati saya dengan berkaraoke, menari namun jarang atau tidak memilih zikirullah. Jadi, mengapa saya perlu menuturkan soalan kenapa atau memikirkan tentu Allah menghukum ku dan buat aku begitu..
Jadi betul ke ujian itu menghukum? benar ke zalim? saya mendekatkan diri semula dengan pembacaan. sirah nabi, buku motivasi, Al-Quran, zikir, dan mencari-cari apa yang saya perlu buat sekiranya saya ingin keluar. dan jawapannya tetap HATI. Ujian diturunkan sebagai tanda kasihnya Allah pada hambanya. Diturun sebagai peringatan, bukannya hukuman. Ia menjadi peringatan kepada insan yang melupakannya dan iya saya akui saya masih struggle untuk keluar dari ini. hutang masih tidak banyak berkurangan. Namun saya mendapat pengajaran yang tidak ternilai. Alhamdulillah dapat membaca semula Al-Quran, dapat menghafal dan mengamal doa dan zikir yang selama ini saya tidak ketahui atau andai saya tau tapi saya tidak amalkan. jadi bermula dengan hati yang kecewa saya isikan dengan perkara-perkara yang saya kurang ketahui. perkara yang saya sukai tetapi lama saya tinggalkan iaitu membaca bahan-bahan ilmiah, saya lakukan sekarang. Rakan-rakan? ramai yang mencemuh. Namun saya tidak marah dan saya memaafkan mereka kerna mereka tidak ketahui dan ia memang kesalahan saya. dan saya masih bersabar untuk membetulkan kesalahan saya dan saya bersyukur kerana ujian ini menemukan saya dengan siapa yang sebenarnya Rakan di masa susah dan yang menyedarkan kita andai kita terleka dan terlalai. Jadi, bersyukurlah saat anda ditimpa ujian kerana ia sebenarnya pengajaran yang berguna.
p/s : saya masih sering berdoa dan berdoa. dipermudahkanlah saya untuk membayar hutang-hutang saya. keutamaan saya sekarang untuk menyelesaikan hutang dan ketahuilah saya tidak mahu melarikan diri darinya. Air mata tak payah lah ditimbang, mau lebih 1 baldi, namun airmata bukannya dapat mengeluarkan saya. Hanya Allah yang mampu. Moga dipermudahkan saya menyelesaikan hutang dan dipermudahkanlah orang itu membayar walau tidak semua, sebahagian daripadanya pun cukuplah. Namun jika tertulis bukan rezeki saya, saya redha. Andai saya ditipu, saya maafkan. Andai dia punya masalah untuk membayar, tak apalah. saya redha dan andai ada rezeki, adalah. Siapa saya untuk menentukan salah dan hukum orang. :) Permudahkanlah semua Ya Allah.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya." (Hadis Riwayat Muslim)
Wednesday, 26 June 2013
walau nilainya besar. namun aku berfikir, yang harta atau duit yang ada pun pinjaman daripada Allah.namun aku selalu berdoa, permudahkanlah aku untuk membayar hutang piutang ku. demi Allah aku tak mahu lari membayar, aku bukan seorang yang lari dari itu. kerna aku takut aku akan meninggal sebelum sempat melunaskan hutang aku..
Hanya Allah yang mengerti.. hanya Allah yang mengetahui. pada kuliah ku.. maaf kita tidak jumpa untuk sem ini.. aku tidak mahu menambahkan hutang. ilmu sangat ku cintai, namun aku tak mahu hutang mengurangkan keberkatannya.
Aku maafkan orang yang tidak mampu melunaskan. aku faham bukan semua niat dia untuk tidak membayar. samada benar atau tidak. aku redha, dan aku halalkan. Moga aku mampu melembutkan hati orang-orang yang aku belum habis lunaskan hutangnya dan moga Allah membantu aku memudahkan dan mempercepatkan aku melunaskan semua. Ya Allah.. aku tahu ujian ini diturunkan kerna kelalaian aku saat masa senang ku, kekurangan aku mengucapkan kebesaran mu dalam setiap solat ku, dan kekurangan aku memberi pada orang yang memerlukan. Ampunkan aku Ya Allah.. sesungguhnya aku merasa pada tiap-tiap langkah aku, pedihnya seperti tertusuk kaca yang tajam. nafas yang ku hirup seperti sembilu. namun saat ku tutupkan mata dan mengalir airnya aku tahu aku masih ada-Mu Ya Allah. Tambahkanlah kekuatan dan kesabaranku dalam meniti titian ujian mu Ya Allah. aku rela kehilangan duit, daripada kehilangan saudara dan orang-orang yang mempercayai ku. kerna itu sahaja kekuatan aku selain rasa kepercayaan ku padamu Ya Allah.
p.s : rasa macam fikir ada ke kerja tolong orang dekat tempat-tempat jualan tapi boleh dapat RM 200 ke tiap kali datang.. hehehe.. ketawa untuk kurangkan kesedihan.. :)
Saturday, 8 June 2013
hurmm
kadang-kadang saya lupa.. hati saya dah lama saya tak jaga.. makin retak.. saya tak mahu berjumpa dengan Pencipta saya dengan hati yang penuh retak, dan saya tak mahu orang yang akan menjaga saya bersusah payah untuk membentuknya semula.. maaf, saya rasa.. cukuplah.. saya menjaga hati semua orang..
Friday, 7 June 2013
Allah sedang menguji.. Sabarlah Jia
Sakit, memang sakit.. sakit dengan kata-kata. Tak apa, cukup aku katakan aku memaafkan dan mohon maaf andai aku menyakiti hati sesiapa.. cuma ia memedihkan.. andai ada yang tidak mengetahui hal sebenar, namun berkata-kata tentang perkara yang mereka tak tahu, ia sangat menyedihkan. mencari dan berdoa selalu untuk kuatkan diri aku sepanjang melalui ujian dan dugaan dari Allah. Aku tahu kerna dari ujian inilah, Allah masih menyayangi aku dan mengingatkan aku dalam kelekaan dan kelalaian.
siapa lah aku, insan yang banyak lakukan dosa dan kesilapan. Namun aku berusaha untuk perbaiki dan menjaga hati insan lain hinggakan hati aku sendiri yang terluka. Tak pernah sekali aku merasa berbangga atas kesalahan yang aku lakukan, namun aku tetap berusaha untuk betulkan.. mungkin bukan sekaligus, tapi sedikit demi sedikit.
Kepercayaan.. Bukan mudah, kan? nak bina susah, nak runtuh senang. Jadi, pernah semua merasakan. Hilang duit, kepercayaan, semangat.. Rasa kesempitan, kesesakan, kepapaan,semuanya terjadi serentak dalam bulan ini. percaya dan ikhlas untuk cuba membantu, namun akhirnya aku yang menanggung seorangan.
Kepercayaan? memang aku senang beri pada orang. Namun andai tidak dihargai, aku memang sukar untuk percaya semula.. Kerana kepercayaan aku hilang dan lebih tepatnya aku alami kesempitan. orang tanya kenapa begini, kenapa begitu. kenapa sedih, kenapa macam tak sihat.. lebih baik aku diam dari berkata apa-apa. sebab kalau dulu pun aku bukan jenis bercerita tentang kelemahan dan keburukan orang lain, untuk apa aku berkata sekarang.. hurm.. malaikat mencatit kiri dan kanan. Allah memerhati apa yang dilakukan. Setiap kali itu, betapa aku takut akan dosa-dosa aku yang lalu.. moga Allah memberikan ku kekuatan dan melapangkan kesempitan dan mengeluarkan aku dari kepapaan dan kemiskinan. serta tidak mencampakkan aku ke dalam kemalasan..
p/s : memikir dan memikir.. macam mana lagi jalan untuk aku mencari duit untuk mendaftar sem baru.. Ya Allah.. permudahkan lah aku membayar hutang piutang ku dan permudahkanlah orang yang berhutang dengan ku untuk membayar hutang ku secepat yang mungkin.. (T_T)
Monday, 27 May 2013
Air mata
Monday, 29 April 2013
Mencari Pasangan
Memilih pasangan
"Perempuan itu dikawini atas empat perkara, yaitu: karena hartanya, karena keturunannya,karena kecantikannya, atau karena agamanya. Akan tetapi, pilihlah berdasarkan agamanya agar dirimu selamat."
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Satu informasi yang baca dari seorang ustaz dari Indonesia. Beliau menulis dalam artikel beliau, untuk memilih wanita yang beragama :
1. Lihat caranya berpakaian dan berias, adakah sesuai dengan hukum Islam
2. Lihat sikapnya dengan orang ramai, adakah mudah mesra dengan semua orang ( iaitu dengan kanak2 mahupun orang tua )
3. Lihat cara pergaulannya, adakah dia mudah bergaul dengan lelaki bukan mahram ataupun tidak
4. Lihat hubungannya dengan kedua orang tuanya, adakah dia hormati kepada ibu bapanya
5. Melihat ketaatannya kepada agama, adakah dia melakukan semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya
6. Lihat ilmu pengatahuannya, adakah dia amalkan ilmu yang dipelajari ( meskipun hanya sedikit sahaja yang dia tahu )
7. Lihat tingkah lakunya, adakah dia seorang yang sentiasa bertenang jika menghadapi masalah
8. Lihat sifat kesabaran, adakah dia akan sabar dalam mendidik anak-anak kelak
** buat seseorang. bersabarlah. Allah sedang menguji kita. Tak apalah tidak dapat berhubung, asal saya tahu awk selamat dekat sana. Bagaimana saya tahu? Allah kan ada. Dia yang Maha Berkuasa, dan saya mempercayainya. Semoga Allah melindungi saya dan orang-orang yang saya sayangi serta anda yang melihat catatan blog saya yang biasa-biasa dilindungi daripada orang-orang yang zalim. Dan moga Allah melindungi kita daripada menzalimi orang lain. Amin Ya Rabbal Alamin.
Friday, 19 April 2013
Allah Knows

Wednesday, 17 April 2013
Indahnya Bila Kita Merasa Keindahan Dari Perubahan
Alhamdulillah, seseorang yang saya kenali sudah mula melakukan perubahan atau pun hijrah. Allah menggerakkan hati untuk mula memakai hijab dan dia manis dan sopan dengan penampilan baru. Kenapa dan mengapa? Biarlah Allah yang mengetahui sebab musababnya. Orang akan mula berkata dan mengata. Siap membilang hari dan tergelak kecil untuk melihat sejauh mana perubahannya akan bertahan. Penyakit hati yang sukar untuk diubati andai diri merasakan itu bukan satu kesalahan yang besar. Dari kita berkata-kata benda yang merugikan dan menambah saham dosa yang tak terhitung, lebih elok andai kita mengucapkan syukur dan berdoa agar perubahan itu sampai ke akhir hayat. Hidup kita tidak selama mana, dunia ni kan hanya sementara. Bila-bila akan dijemput ke sana. Disaat sisa-sisa hidup yang tidak lama ini, banyak kali kita akan terjatuh dan terpelecok dengan keindahan dunia. Saat itu kita memang memerlukan teman untuk beringat dan beramal bersama. Jika asyik dengan perkataan, "Ala, nak tegur-tegur orang pulak, macam lah dia alim sangat" sampai bila-bila pun orang tidak akan menegur kerna nilai yang diletak untuk menegur orang sangat-sangat tinggi. Jadi perkara yang kecil makin lama makin besar.
*jika ternampak entri saya yang belum berhijab, mohon untuk katakan pada saya ye. Saya dalam proses untuk membuang entri-entri yang menampakkan aurat saya. kerjasama anda, amat saya hargai =)
Monday, 15 April 2013
Seni Maaf
merujuk pada penceramah tadi, bila kita ditimpa bencana atau ujian terutamanya para isteri, bila suami buat perangai, bercerita berjam-jam pada orang lain tanpa menceritakan sendiri pada suami apa kesalahan yang dilakukannya. dan saat kita asyik mengatakan "saya tidak dapat memaafkannya, saya tak boleh memaafkannya" namun kita asyik memikirkan macam mana nak keluar dari permasalahan itu, hakikatnya kita tidak akan mampu memikir jalan-jalannya. pung pang memikir dari matahari terbit sampai terbenam lepas tu bangkit balik, pun kita masih tidak dapat jawapan untuk keluar.yang ada hanyalah rasa sakit hati, rasa tertekan, rambut pun dah macam singa namun kita masih disitu. Di titik dan tempat yang sama.
Pertama sekali, bersyukurlah. Kenapa perlu bersyukur saat ujian macam ni tiba? kerana Allah menyedarkan kita yang terlalu selesa di zon yang selesa. Faham tak? :) mengikut apa yang diterangkan oleh ustaz itu, dalam hidup kita perlu syukur, faham dan hayati. Saya kupas mengenai hayati saja lah ye :) apa maksud menghayati dalam kehidupan? hayati ialah dalam bahasa yang saya senang untuk tuturkan ialah kita ingin hidup dalam keadaan selesa seperti kereta yang memudahkan ke sana ke mari, makanan yang senang untuk dijumpai namun kita janganlah jatuh dalam zon yang sangat selesa. tidak faham? tak apa, saya cuba untuk menghuraikan. Dalam dunia yang semakin canggih, kebanyakkan para isteri memiliki pendapatan yang lebih tinggi daripada suami dan kebanyakkannya menolong suami dalam urusan perbelanjaan rumah tangga. Namun, jika bila suami merasakan "tak apalah, bini aku gaji tinggi. nanti dia bayar la tu, bayar la ni. tak payah aku bagi gaji aku. gaji aku sedikit, nanti habis" itu yang dimaksudkan dengan terjatuh dalam zon yang sudah selesa. Hanya kerana terlalu selesa dengan isteri selalu hulurkan duit, buatkan suami tidak mahu mengeluarkan nafkah. Jadi itu yang salah.
Jadi, bersyukurlah kerna Allah menyedarkan kita. Kelalaian kita kadang-kala membuatkan ia sebagai punca sesuatu musibah. Siapa yang selalu alpa saat kita mendapat kesenangan? Saya mengaku yang saya terlupa, kerna itu Allah menghadiahkan saya ujian yang sangat indah. untuk mengenang kembali apa yang salah dan betulkan sebelum terlambat. Tak ramai kan yang sempat berubah sebelum kematian menjemput? Jadi berkatalah Alhamdulillah.
Seterusnya, memaafkanlah sipolan dan sipolan. "Eh kenapa pula? Dia buat saya malu, dia buat saya rugi berbilion, dia buat saya seperti sampah...." "Saya nak doakan dia akan terima pembalasan, lebih teruk dari apa yang saya rasa, saya nak dia menderita, doa orang termakbul teraniaya...." Ye benar, cukup benar. Doa orang teraniaya memang antara doa yang makbrur. Apa yang diucapkan, sama ada lambat atau cepat akan diterima oleh orang yang menzalimi tadi... Tapi, walaupun pembalasan itu diturunkan, adakah hati kita akan merasa tenteram? hati kita mudah lupakan ke? Atau setiap kali bila bercakap tentang orang itu, adakah hati kita akan tenang? Hati, jika disimpan sedikit dendam atau perkara-perkara yang dapat menghitamkan hati, apakah hati kita makin lama makin tenang atau makin sakit? tepuk dada tanya selera. Maaf memang perkataan yang sebenarnya senang untuk dieja dan disebut, namun untuk mengatakan dan menzahirkan seikhlas dari hati adalah sangat sukar. orang yang senang memaafkan pula dikatakan tidak pandai sebab tidak belajar dari kesilapan. Bukan, bukan begitu. Tahukah, bila kita memaafkan seseorang, hati kita akan tenang. Jiwa kita tiada dendam, serahkan segalanya kepada Allah, kita tidak mengetahui sebab musabab perkara itu terjadi, jadi berhak ke kita menjatuhkan hukum atas sebab yang kita tidak pasti? Pulangkan lah semula pada Allah :)
Bila dua perkara ini kita lakukan, dengan izin Allah akan terbuka lah segala jalan untuk keluar dari permasalahan dan ujian yang melanda. Bila fikiran dan hati tenang, segalanya lebih mudah. Kan Allah dah sentiasa ada untuk manusia yang bersabar. Berdoalah, agar hati dan fikiran kita menjadi tenang, ujian ini kan dicipta untuk mendekatkan diri kita kepada pencipta kita yang maha Agung.
Monday, 8 April 2013
Ujian Dan Dugaan? Mengapa Perlu Membencinya?
bila kita mengalami kesedihan dan terujinya diri, orang akan cepat mengatakan kenapa aku? kenapa ini? kenapa itu? tanpa kita cuba selami diri kita semula. Selami apa? Adakah kita lupa saat kita senang? siapa yang kita senangkan saat kita punya kelebihan? Ibubapa? Kekasih? Kawan-kawan? atau orang yang lebih susah? Andai ini yang kita tanyakan pada diri kita dan kita terima jawapannya juga saat itu, lautan yang paling luas pun tidak mampu untuk tampung airmata kesedihan dan kekesalan kita. Terasa diri begitu berdosa atas segalanya.
Ramai yang berkata : "Adakah Allah sudah tidak sayang aku lagi? Dia turunkan ujian yang aku sendiri tidak mampu tanggung. Adil kah ini?" Sahabat, saat kita berkata begitu, kita makin jauh dengan tujuan asal sebenar diturunkan sesuatu ujian atau dugaan atau juga musibah.Jadi mengapa ujian ini diturunkan oleh Allah?
Alangkah indahnya manusia yang menerima ujian dan dugaan oleh Allah. Tahukah? kerna Allah sayang pada kita lah di turunkan ujian untuk menguji sejauh mana kesanggupan kita menyerah diri semula pada Allah yang Maha Esa dan Maha Agung. Allah tidak akan memberikan ujian yang hamba-hambanya tidak mampu tanggung. Kita kata kita tidak kuat? Sedar atau tidak, kita telah pun melepasi ujian dan dugaan itu. Jadi masihkah kita rasa kita bukan insan yang kuat?

Wednesday, 13 February 2013
Tidak pernah berhenti
Doa..
Itulah kekuatan kita sebagai seorang muslim..
Saat kita rapuh, tidak tahu apa lagi yang ingin dilakukan..
Jangan lupa, kita punya Allah yang maha Esa..
Saat ini,
Hanya doa dapat ku lakukan..
Untuk menyalurkan kekuatan pada dirimu..
Seorang lelaki yang sempat menyatakan ikhlas menyintaiku kerana mu ya Allah..
Terima kasih..
Kerana menemukan kami..
Menyedarkan kami yang pernah alpa dalam menjalankan tugas sebagai hamba mu Ya Allah..
Dan kami tahu ini antara ujian..
Untuk melihat.. Sama ada kami benar ikhlas untuk berubah..
Aku menerima semua ini dengan redha dan pasrah Ya Allah..
Ya Allah yang maha Agung, yang menciptakan Arasy yang Agung..
Sembuhkanlah dan hilangkan penderitaannya Ya Allah..
Agar dia dapat tunduk syukur semula pada mu Ya Allah..
Dan menunaikan hasrat dan janji yang murni..
Aku mohon pada mu kekuatan dan ketabahan..
Agar kami sama-sama dapat menjalani ujian dan cabaran yang getir ini..
Semoga kami dapat membina mahligai berpandukan ajaran agamamu yang indah..
*almost 4 month now.. Dan doa itu tidak pernah berhenti.. Untuk melihat kau mampu berdiri dan berjalan semula.. Dan meneruskan kerjaya yang kau sukai.. Amin ya rabbal alamin.. Masa itu semakin mendesak...
Thursday, 31 January 2013
sabar itu penting
Kalau siapa yang dapat scan diri aku sekarang ni, aku boleh katakan tak ramai mampu bertahan. Aku kadang-kadang bersyukur sangat-sangat punya kekuatan menahan sabar dalam menjalani ujian demi ujian yang Allah turunkan. Pasal kehidupan aku, kuliah, persahabatan dan keluarga. Ada satu tahap aku sampai jatuh terduduk menangis seorang diri waktu orang lain tidur, dan kadang-kadang nak bangun pun aku dah tak mampu. Letih dan penat yang amat. Kan orang kata orang yang selalu tersenyum tu lah orang yang mengharungi banyak dugaan, dan dia orang yang kuat. Kenapa kuat? Ingat senang ke nak senyum saat kita "sakit". Cuba korang senyum masa sakit gigi? Rasa nak cabut terus gigi tu kan? Huhuhu..
*aku masih tak paham kenapa orang tak percaya aku ni umur dah nak masuk 27. Masa aku umur 20 kata muka macam 24 @ 25. Lani terbalik pulak. Motif? Alhamdulillah seseorang mulai beransur pulih. Mungkin lambat, tapi kalau dah positif aku sangat-sangat bersyukur. Mudahan sinar kebahgiaan akan menjelma disebalik kesukaran. 3 bulan di uji, mungkin orang lain lagi teruk kan? Aku doakan kekecewaan dan kesakitan kita antara yang pernah menanggungnya akan berakhir. Amin ya rabbal alamin :-)
Thursday, 10 January 2013
kegilaan terbaru
Pada siapa yang kenal aku, aku memang gila apa sahaja mengenai sukan, lebih-lebih lagi bola sepak. Jadi, setelah diperkenalkan oleh kawan-kawan aku.... Tadaaaa aku dah join pun. Tengah membeli pemain untuk pasukan aku.. JYF.. J untuk Jia dan selebihnya tu, hahahaha memang tak la aku nak bagitahu... Ada sesiapa main ni tak? :-)
Sunday, 6 January 2013
sahabat
Tidak terbatas pada satu-satu usia...
Tidak dibataskan kerna perbezaan agama..
Hakikatnya..
Jika kita memahami batas-batas sempadan perbualan..
Batas-batas dalam mengetengahkan idea dan perdebatan..
Siapa kata kita bebas dalam segalanya..
Setiap perkara perlu ada garisan sempadan..
Makan pun perlu berhenti sebelum kenyang..
Jadi siapa kata kita boleh buat apa saja..
bila kita memahami apa yang boleh membuat orang lain hilang pertimbangan..
Perlu ke kita menarik picu bom?
*sebagai seorang yang mempunyai kawan berbilang kaum, kami tiad masalah.. Boleh bertukar maklumat, membahaskan isu, bertukar lawak jenaka, beramah mesra tanpa melibatkan perasaan tidak emosi yang tidak menentu. Sayangnya, ini semua boleh bertukar menjadi teruk jika akal fikiran di pengaruhi politik yang semakin tidak sihat. Bila lah zaman memburukkan orang lain ini akan berlaku??
Wednesday, 2 January 2013
jangan bersedih
Entri pertama untuk tahun ini.. Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah.. Bersyukur? Tentu ya, saat kita bernafas dengan mudah.. Ada insan lain berjuang bermatian-matian untuk bernafas dalam tempoh 5 minit. Jadi, jangan bersedih atau hampa hanya kalau hari ini tak seindah semalam.. Aku pun baru berhenti menangis.. Sekali sekala boleh tapi jangan selalu.. Waktu lemah tu la "orang ketiga" senang masuk dan beraja dalam hati kita. Jadi berhenti menangis ya...
Monday, 31 December 2012
good bye 2012.. hello 2013
Lagi beberapa minit, akan melangkah lah kita ke tahun baru.. Cukup ke apa yang di buat? Bagi aku memang tak cukup. Sebab aku rasa aku masih boleh dapatkan keputusan lebih baik untuk diriku, tapi aku redha. Kudratku sampai di situ. Azam? Semua orang tanya aku. Azam tahun ni apa, azam tahun lepas tercapai tak? Blaa blaa blaa dan blaa.. Dulu, ya.. Aku memang akan fikir ermm tahun ni nak azam aku nak buat itu dan ini.. 6 bulan kemudian... Aku boleh lakukan.. Yakin boleh!!! 6minit nak masuk tahun baru.... Ah buang masa lah azam tahun ni, nak bawak ke depan la.. Silap-silap sampai 6 tahun azam aku tu dah jadi zam zam ala kazam jawabnya.
Tak salah, sapa kata salah nak azam atau mohd azam..(erkk??) don't get me wrong. I never say it wrong.. Wehuuu nehi la.. Azam ni matlamat dan impian la bro.. (bro mangkuk hang.. Aku pompuan la) ala-ala target untuk kita capai.. Niat kan dah dapat pahala.. Betul, tapi kalau sekadar niat aje, bila nak tertunai.. Kalau niat benda betul ok la, kalau yang menyimpang?? Ini serius.. (aku sangat merindui wonderpet)
Terpulang pada individu. Kita punya rasa dan matlamat yang berbeza. Bagi aku. Tidak perlu azam yang hanya di sebut sekali setahun lepas mercun meletup dok pekik selamat tahun baru, lepas habis mercun azam pun dah ke laut. Cukuplah sekadar diri ini menjadi lebih baik pada esok hari berbanding semalam, dan tidak menjadi lebih teruk dari kelmarin. Kita punya pilihan untuk melakukan kebaikan atau keburukan pada malam tahun baru.. Aku?? Duk atas katil lagi syiok. Selamat tahun baru. Moga menjadi orang yang baru bukan hanya pada penampilan, tetapi dalaman juga ya..,
Salam manis
-C.J-
Sunday, 30 December 2012
welcome new members
Alhamdulillah 27 Disember 2012 lahirnya seorang lagi anak saudara aku. Yang keempat ye dan kali ini perempuan. Secara rasminya namanya nur adriana batrisyah.. Kalau tak salah aku lah. Selamat datang wahai umat muhammad yanh baru.. Moga menjadi anak yang solehah dan disukai ramai orang.
*comel macam aku tak?
Friday, 28 December 2012
2013.. another year, another hope, another dreams
Sedar atau pun tidak, 2012 bakal meninggalkan kita. Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi Allah.. Aku tak paham kenapa sesetengah orang menjadikan tak jadi kiamat atau dunia akan musnah sebagai bahan lawak. Sebagai seorang muslim, memang tak boleh mempercayai ramalan kaum mayan sebab bila terjadinya kiamat, hanya Allah yang mengetahuinya.. Tapi dah cukup ke amalan kita untuk bawa ke sana? Ke hari kebangkitan. Dan kerna itu aku takut, takut cukup atau tidak amalan yang di bawa. Ish, lupakan lah. Setiap orang punya pandangan masing-masing, dan aku menghormatinya.
Banyak yang terjadi. Air mata kalau nak tumpah, dah boleh buat sungai. Kekuatan dan ketabahan kalau boleh diukur, dah boleh nampak nak menuju ke paras rendah. Namun aku bersyukur diberikan juga kegembiraan, diuji untuk kekuatan, dikurniakan kesetiaan di sebalik kehampaan.. Teman-teman yang makin menghampir.. Jadi tak perlu aku mengeluh kepenatan..
*moga dia cepat sembuh dan kembali semula...*
Thursday, 27 December 2012
kawan baru, dari kawan yang dah lama kenal.. :-)
Apa ni? Jap baru jap lama.. Apakah semua ini.. Hahaha itulah kawan aku yang baru. Just call it shinyu.. Sebab tuan yang bagi tu suruh namakan shinyu. Motip? Bagi aku, tapi paksa panggil nama dia shinyu.. Hahaha terima kasih sahabat aku ana a.k.a emak iman chan.. 4 tahun aku kenal dia dan moga persahabatan itu berpanjangan.. Susah nak cari orang yang sekepala dengan kita.. Moga kita sentiasa di dalam rahmat Allah yang maha esa :-)
Wednesday, 26 December 2012
wordless wednesday
We are not perfect.. But when we together, we are perfect for each other.. I don't need friend that richer, glamourous or stylister.. But only for people that can spend some time for me,,
Thursday, 20 December 2012
aku bersyukur
Saat orang lain berusaha untuk bangun..
Aku dapat bernafas hari ini..
Saat orang lain tiada sesiapa di sisi..
Aku punya kawan, keluarga dan orang tersayang..
Saat orang lain punya ramai musuh..
Aku berusaha menguranginya..
Jadi aku sangat bersyukur atas apa yang Allah berikan sekarang. Yup, keluarga aku bukan orang kaya yang ada rumah banglo atau kereta besar 3 4 bijik. Tapi aku bersyukur yang kami tak sesusah orang lain sampai tak dapat makan. Harta yang aku ada cuma cik bibah a.k.a viva biru yang kecil, tapi dapat bawa aku ke sana sini sedangkan orang lain perlu berpanas untuk ke sana dan sini. Aku tak ada ramai kawan yang aku rapat, ye aku memang punya ramai kawan disebabkan mulut aku yang senang berbual, jarang lihat aku jatuhkan orang lain atau asyik nak gunakan orang lain untuk kepentingan.. Tapi untuk aku nak klasifikasikan rapat tu memang tak ramai. Tapi walau tak ramai, itu yang selalu ada waktu aku perlukan orang yang tugasnya untuk mendengar.. Dan itu pun aku bersyukur..
Perancangan.. Banyak orang merancang.. Termasuklah aku. Merancang itu ini.. Tunang, nikah, buat itu, buat ini... Tapi apa pun bergantung pada Allah juga samada makbulkan atau memberi yang lain. Moga niat murni kita dipermudahkan semuanya..
Pada yang mengucapkan selamat hari lahir, terima kasih aku ucapkan. Mendoakan cepat jodoh, kebahgiaan dan kesihatan aku, hanya aAllah dapat membalas. Bertambah satu lagi tahun mendekati kematian. Moga kita sentiasa mendekati kebaikan dan meninggalkan kemungkaran..
*ramai kawan merancang tunang, kawin dan bakal ada anak tahun depan. Aku doakan moga niat kalian dimakbulkan.. Maaf kerna aku semakin penat sekarang. Perlu melakukan itu dan ini. Tapi aku punya masa untuk kalian. Sms lah, whatsapp, bbm tapi bukan menelefon (aku orang yang tidak suka mengangkat telefon dan bercakap lama di telefon. Aku lebih suka jumpa dan kita bercakap sampai lebam) atau cari saja di fb mahupun twitter.. Aku akan sentiasa ada untuk kalian. Tapi agak-agaklah kalau dah pagi tanya aku dah tidur ke belum, perlu ke di beri kaki sedas dua? Ok just joking.
Please respect other's privacy and principle if we want other people to do the same to us.. Jangan mencanang pada semua benda yang orang dah tak teringat pun. Move on and don't ever say it again. Adakala kita juga bersalah, jadi jangan asyik tunding pada orang lain. Aku bersyukur, kerna Allah memberikan aku ujian untuk aku menilai kesalahan dan kesilapan yang aku lakukan dan aku belajar dari itu. Sedangkan ada yang langsung tidak belajar dan terjatuh pada lubang yang sama berulang kali. Daaa..
Thursday, 13 December 2012
happy birthday.... to me!
Dengan rasa syukur pada mu Ya Allah, aku titipkan segala puji-pujian pada Mu kerna memberikan aku satu lagi kesempatan bernafas pada hari lahir ku. Pada sesiapa yang memberikan ucapan tahniah dan ucap selamat, hanya Alah yang dapat,membalas budi dan jasa anda semua.. Untuk yang tidak menyukai, setiap hari aku berdoa untuk mengurangi rasa benci dan mencambahkan perasaan sayang antara kita. Moga kita tak tergolong antara orang yang punya hati yang gelap dan busuk antara kita.
Bila menghampiri hari lahir ni, aku banyak memikirkan tentang kematian. Apa cukup ke amalan yang kita ada? Dah banyak orang ke yang kita maafkan hari ini? Ada ke kita sakitkan hati sesiapa semalam dan hari ini? Dan benda-benda ni buatkan aku rasa masih panjang lagi senarai yang aku perlu buang dan putihkan.. Moga orang yang tidak menyukai aku hari ini akan berkurangan esok.
Bila nyawa si dia berada di hujung nafas, kritikal, berjuang demi menghirup udara buatkan aku terfikir. Kalau aku berada dalam keadaan macam tu, apa aku sudah bersedia untuk tinggalkan semua ni dan berbangga dengan apa yang aku ada sekarang? Jawapannya tidak dan aku tak mahu lagi benda yang hanya melalaikan dan mulai mengejar bekalan ku sendiri.. Dan aku berjanji untuk berusaha menjadikan hari ini lagi baik dari semalam. Doakan aku..
*si dia melepasi pembedahan kedua dan syukran stabil dan sudah boleh bercakap. Dan dia berpesan sesuatu untuk aku. Moga Allah mengizinkan hasrat dan tujuannya itu.. Amin. . :-)
Thursday, 6 December 2012
kembali bekerja
Selama ni tak bekerja ke? Alhamdulillah aku masih bekerja. Tapi pada sesiapa yang tak tahu atau saja nak tahu, aku masuk kembali ke pejabat selepas 15 hari bercuti. Wah, macam seronok kan? Hakikatnya, cuti sakit itu tidak seronok. Aku pernah cerita kan yang pergelangan tangan aku sakit. Kerana degil untuk pergi ke hospital, mungkin Allah nak suruh aku berehat. Tangan aku terlanggar sinki bilik air. Ye yang marmar dan sangat keras itu. Dan akhirnya otot aku terkoyak dan tangan aku tak boleh gerak..
Jadilah aku penjaga tak bertauliah. Sangat tabik dengan suri rumah. Ni ada seseorang yang nak aku jadi suri rumah? Maaf ye kamu.. :-) tapi aku sakit pun tak sempat bagitahu dia. Dia kemalangan kereta dekat sana. Ya Allah, banyak dugaan terjadi pada kami. Moga dia kembali seperti dulu..
*saat entri ini ditulis, si dia masih tidak stabil. Saya tak akan berhenti berdoa. Saya sedang melakukan nazar. Lebih bererti kalau dia ada di sini. Ya Allah, kuatkan hati ku untuk menjalani semua ujian mu
Friday, 16 November 2012
untungnya menjadi kanak-kanak
Saat jam menginjak ke 5.50 petang, aku dekat taman permainan dekat dengan rumah. Melayan kerenah anak buah aku yang nak sangat pergi taman permainan, jadi turutkan aja walau badan dah memang tak larat. Tapi sekurangnya boleh tenangkan fikiran.
Kenapa aku kata untung? Waktu kanak-kanak, tiada istilah takut melakukan sesuatu, orak cuma fikirkan mencari kawan dan melakukan perkara-perkara yang seronok. Tiada istilah tikam belakang atau mencari peluang untuk menjatuhkan orang lain. Paling lambat tak kawan pun 5 minit, lepas tu bersalam dan berkawan semula. Semangat tolong-menolong amat tebal waktu bermain... Tapi??
Aku masih tertanya-tanya.. Mana hilangnya semangat ni bila kita membesar? Dekat mana sifat tu terhakis? Akhirnya persoalan itu akan datang kembali pada kita. Bagaimana cara kita dibesar dan membesar. Dan kalau ada yang salah di antara itu, mahu kah kita mencorakkan anak dan generasi kita seperti itu?
*just asking myself*
Be strong, my sweetheart
Oh ini bukan entri untuk kekasih.. Tidak.. Aku masih berpegang pada prinsip selagi tak ada hubungan tunang atau suami isteri, aku tak akan dedahkan siapa dia di blog. Bagi aku, biarlah dah betul laluan dan memang aku jadi miliknya yang sah baru boleh. Sebab kalau tak jadi, malu aja... Jadi bakal suami ku, tabahlah anda.. Kisah cinta sebelum nikah tidak elok di war-warkan.. Takut lepas nikah tak manis pula rasanya.. Kelat jek.. Hihihi... Itu apa yang aku rasa, mungkin yang lain punya pendapat berbeza dari aku :-)
Lupakan sebentar tentang itu, salah satu yang bertahta dalam hati aku ialah keluarga aku termasuklah anak-anak buah aku. Untuk entri yang lepas ada aku ceritakan sedikit tentang anak buah aku yang kena buat pembedahan.. Alhamdulillah, ni gambar selepas pembedahan. Rasa nak nangis bila tubuh kurus dan kecil tanggung kesakitan ni.. Tapi Anya tahu abang adie kuatkan. Langsung tak menangis teruk. Dan sekarang tiub dan wayar tu dah dikeluarkan dalam badan.. Syukur berjaya dan sekarang proses untuk bagi jahitan tu kering aja. Tapi anak buah aku kena cakap perlahan-perlahan.. Tapi yang paling menyentuh hati aku, bila aku demam teruk. Aku baring sebelah dia. Dia usap kepala aku dan bisik dekat aku yang dia sayangkan aku. Bila aku bawaj dia berjalan dekat Carefour dan bagi dia ambil apa yang dia nak. Bila nak balik rumah dia, dia salam dan cium pipi aku sambil cakap dia seronok dapat naik kereta aku.. Cepat baik ye sayang :-) nanti Anya bawak awak pergi beli beg sekolah ye. :-)
Friday, 2 November 2012
cuba untuk senyum
Banyak yang terjadi dan akan terjadi.. Syukur bukan pada aku, tapipada orang-orang yang aku sayang... Buat seseorang yang aku sayang, bertahanlah.. Bila kita mula beralih semula ke arah yang sewaktunya... Balik semula ke arah kebaikan, kita akan diuji samada kita benar berubah atau pun tidak.. Jadi sabar sayang, Insya Allah akan berubah kepada yang lebih baik.. Aku akan sentiasa ada disisi untuk beri sokongan dan kekuatan untuk kamu...
Isnin ni, anak buah yang kesayangan aku pula si adie a.k.a rusyaidi akan menjalani pembedahan waktu tu.. Untuk yang tak tahu, anak buah aku tu dari kecil kena pakai bateri dekat jantung dia..sebab denyutan dia tak kuat.. Sepatutnya umur 7 tahun baru buat pembedahan untuk ganti bateri yang dulu.. Tapi bila check hari tu, doktor kata dia dah kena tukar sebab bateri tu tak mampu nak tampung lagi.. Sebab adie aktif.. Adie sekarang 5 tahun.. Doakan pembedahan ini berjaya wahai pembaca yang membaca diari sebahagian hidup ku.Moga orang-orang yang aku sayang akan dapat kehidupan yang lebih baik dari ini.. Amin ya rabbal alamin...
Wednesday, 24 October 2012
wordless wednesday
As salam.. Selamat pagi.. Muka orang yang suhu badan naik mendadak semalam... Macam-macam yang terjadi. Moga aku mampu menahan sabar melayan kerenah orang-orang di sini.. Dan juga di sana...
Thursday, 11 October 2012
akhirnya...
Tiada lagi tak cukup tidur.. Tiada lagi kantung mata yang besar.. Tiada lagi kertas-kertas yang bersepah.. Untuk semester kali ni, aku dah habis peperiksaan.. Badan, minda, semangat aku letih, letih dan sangat letih.. Jadi aku boleh berehat selama sebulan setengah. Siapa nak dating, sila tinggalkan pesan. Huhuhu dah malas aku kena bebek dengan kawan-kawan aku sebab lama dah tak jumpa atau keluar bersama. Maaf hokayy.. Budak tengah belajar memang macam ni.
Aku dah penat menjawap tak penat ke belajar dan kerja.. Jawapan dia MEMANG PENATLAH.. Tapi bagi aku berbalik pada niat kenapa aku ambil keputusan nak belajar semula. Ramai orang cakap nak naik pangkat, gaji dan sewaktu dengannya. Bagi aku itu adakah sampingannya.. Tapi aku sambung kerna aku minat belajar dan aku tak nak otak aku tepu. Soal gaji atau imbuhan yang itu, aku serahkan pada Alkah yang Esa. Jika tertakluk itu memang rezeki aku, adalah. Kalau tak atau belum, mungkin Dia beri rezeki dalam bentuk lain. Sebab aku tengok ramai yang belajar sebab nak naik gaji dan pangkat, akhirnya kalau habis pengajian pointer cukup makan je, dan lebih sedih lagi ada yang sampai tak habis pun pengajian. Jadi betulkan niat kita dulu, ya!
*untuk seseorang, terima kasih kerna ambil berat saya yang memang dah berat ni.. Its really a stressfull week and I really struggle to maintain or at least try to being a real me. For all my friend.. Thanks because being a good "chingu-ya"... Jom rehatkan diri sepanjang cuti sem ni..
huh... entah..
Sebenarnya aku nak buat entri wordless wednesday.. Tapi serius...sakit kepala ni buatkan kepala aku lebih menghargai bantal dari tab aku semalam.. Jadi maafkan aku mr.tabie2 (nama aku bagi untuk tab aku) aku rasa aku terkejut sebab ada seorang lelaki, yang aku rasa semua orang yang bertugas semalam dekat hotel tu merasakan dia seorang yang kacak.. Tiba-tiba datang dan approach aku.. Aku?! Yup aku.. Dan aku toleh semua perempuan di situ mulut cakap "oh men..." *walaupun maksud orang lain sebenarnya berlawanan yang aku cakap, hahaha aku tak mahu bercakap benda yang tutt atau sampah dekat diari aku ni..
Dia lelaki yang pertama bagi aku yang datang dan cakap "dah lama kerja jadi jaga escalator ke?" aku dah nak cakap "apa??" tapi sebab anda punya senyuman yang bagi aku pertama kali aku cair.. Hahaha jadi aku senyum je. Bercakap-cakap dalam 5 minit sambil dia pusing-pusingkan blackberry dia.. Oh my gucci, dalan hati aku "wanna trade bb pin?" tapi sekali datang menteri terus kami terputus perbualan.. Apa kena mengena dia, aku atau kami dengan menteri.. Dia pegawai khas menteri.. Masa dia cakap dia PK, aku nak terlepas cakap apa benda tu... Sekali pegawai khas menteri.. Hokaayy... Bila tanya aku balik, aku jawab PT je.. Pembantu Tadbir secara spesifiknya... Mungkin dia tegur sebab bosan menunggu atau memang dia nak tegur tu wallahualam.. Kita tak tahu jati masing-masing.. Tapi ia menjadi topik hangat dekat office aku.. Hahaha tergoda dan famous aku sebentar..
Ridzwan from KPT... Nice chat with you.. Dan kawan-kawan aku, berhenti gosip.. Jangan cemburu sebab dia tegur aku dan yup, jangan cakap ada jodoh jumpa balik.. PK dan PT tu taraf dia jauh ye. Korang bercakap macam dia suka aku lak.. Sekali kalau terjumpa balik, jangan perasan ye awak, saya tegur sebab bosan jek. Hahaha kan haru..
*ada irang tegur aku muka makin macam budak-budak bila badan aku dah turun.. Ohoo.. Tak ada makna nya.. Yup, aku dah turun berat.. Dari 105 kg masa balik dari Singapura bulan Januari tahun ni,dan sekarang aku 90.. Turun sebab seseorang?? Tak ada maknanya.. Ia lebih sebab aku rasa aku nak cari baju susah.. Dan aku berdiet tanpa jemu.. Pil?? Tak.. Lebih pada kurang makan, dan jaga kolesterol... Ok daaa
Wednesday, 26 September 2012
Sunday, 9 September 2012
bila sudah sakit
Itu bukan fesyen aku yang baru.. Nehi nehi.. Itu guard yang aku fikir aku tak akan guna lepas aku cedera masa main bolatampar dulu. Rupanya meleset sama sekali.. Minggu lepas, dari hari ahad sehingga ke ahad waktu entri ni di upload, aku masih lagi pakai. Macam mana aku boleh terseliuh sampai bengkak ni? Penyebabnya masa memandu, waktu aku pusing tu aku terentap kasar sedikit. Tapi sebenarnya tangan aku ni senang untuk terseliuh.. Kalau orang rasa dekat pergelangan aku tu, akan rasa sedikit lekuk, kesan aktif sukan tu.
Aku cuma tak pakai sehari je orang dah marah kat aku.. T_T Ye, maafkan aku. Aku nak guna lama tangan tu. Semenjak aku sakit, agak seksa nak menulis, menaip dan buat apa-apa sebab aku kan pengguna tangan kanan yang berjaya. Dan bila orang tanya kenapa, lepas tu cakap kesian sambil buat muka sedih tu buat aku rasa macam teruk sangat. Kawan-kawanku, tolong jangan buat macam tu.. Its make me feel like I'm pitiful person.
Aku kena jaga kesihatan sekarang ni. Tak nak sakit lagi. Penat macam ni. Jadi doakan aku cepat sembuh ya kawan.
p/s : sesuatu akan berlaku. Aku dah bersedia dengan segala kemungkinan. Adakah kebahgiaan itu akan ada, atau tuhan tentukan yang lain?
Thursday, 6 September 2012
selamat hari raya!!
Ya aku lambat... Maaf aku tak update lama.. Ingat konon bila dah ada tab boleh selalu update.. Tapi... Oh hampa.. Maaf di situ.. Jadi, minta maaf sekali lagi. Kesibukkan sebagai penjawat awam dan pelajar buatkan aku tiada masa dan penat je. Jadi masa rehat banyak aku habiskan dengan tidur.
Yang sebenarnya aku merasakan raya kali ni macam kurang bermakna. Pada yang tidak tahu, aku dah kehilangan adik yang aku sayangi...jadi persiapan raya agak macam ada tak ada..
Tak apalah. Lupakan semua kesedihan.. Insya Allah, Allah akan balas dengan kegembiraan. Terima kasih kerna memberikan kegembiraan ku semula. Moga kami dapat tempuhi swmua cabaran dan permasalahan hari ini, untuk kegembiraan masa akan datang. Amin
Thursday, 16 August 2012
dalam kenangan..
Sebenarnya aku nak updated entry ni 8hb Ogos yang lalu, tapi aku tak ada kekuatan untuk menaip.. Tak pasal-pasal aku buat akak aku dengan mak menangis. Maaf, tiada niat pun.. Untuk sesiapa yang masih tak faham kenapa mood aku selalu bertukar-tukar, ini sebab tahun ni tahun pertama kami beraya tanpa adik ku yang istimewa, arwah Yazid bin Ab Razak. Adik aku dah meninggalkan dunia yang sementara ni pada 8 April 2012.. Jadi dah 4 bulan arwah tak ada. Aku tak nak cerita lebih mendalam sebab tu boleh buat aku menangis..
Friday, 3 August 2012
catatan dalam gelap
Jam dah tunjuk pukul 11.20 malam. Jadi secara automatiknya dalam bilik aku dah gelap. Akak aku guna kuasa veto, tutup lampu... Sebab dia nak tidur. Sudah 2 hari hati aku rasa sedih jek..lagu yang gembira pun aku sedih.. Ada akak pejabat aku tanya, "dah sampai seru ke jia?" aku yang sememangnya blur penat memikirkan seru apa nya. Rupa-rupanya sebab kebelakangan ni aku kemaskini status yang agak menjerumus ke arah perkahwinan atau percintaan. Siapa yang tak ingin berkahwin. Tanya lah pada semua wanita, impian terbesar mereka adalah perkahwinan. Tapi kalau tiada yang masuk meminang atau ingin meneruskan perhubungan dengan lebih serius, takkan lah aku nak berkahwin dengan kerusi atau bantal yang ada atas pelamin.
Ye, aku punya cerita cinta. Tapi cerita cinta aku agak kompleks.. Sebelum ni libatkan 3 keping hati, sekarang dah upgrade ke empat. Aku sendiri tak tahu kesudahannya. Permainan apa yang akan aku main untuj dapatkan pengakhiran yang gembira. Tapi takkan kegembiraan hanya untuk kawin, lepas dah kawin aku nak buat apa?? Sebab itu aku tak mahu tonjolkan sifat sebenar aku. Nanti dah kawin tak ada benda yang dia nak belajar tentang aku.. Tak perlu lah aku cerita kan secara jelas sebab seperti yang aku cakapkan tadi.. Cerita kami sangat kompleks..
Buat kamu yang saya sayangi, sayangku kasihku untuk kamu ikhlas kerana Allah. Aku bukan mengejar harta, pangkat mahupun rupa. Tapi aku mencari seseorang yang mamou menjadi pemimpin untuk aku dan bakal anak-anak ku, imam untuk solatku dan pelindung aku dari melakukan kemungkaran. Jika kau menginginkan rupa yang cantik, aku tidak akan secantik bidadari. Jika kamu menginginkan harta, aku tidak akan punya harta yang berkoyan-koyan. Jika kau mendambakan tubuh badan yang cantik, tubuh badan ku tak akan mampu memenuhi kehendak kamu. Tapi jika kamu mencari kesetiaan, kejujuran dan kesabaran.. Aku akan sentiasa menanti. Kerna aku akan lakukan semua itu hanya untuk suami ku yang sah. Bukannya dengan teman lelaki yang sia-sia..
Walau apa pun terjadi, aku tetap berterima kasih pada kamu atas segalanya. Aku insan biasa yang akan sentuasa belajar untuk perbaiki kelemahan diri. Moga aku bertemu orang yang menerims aku seadanya..
Wednesday, 1 August 2012
wordless wednesday 2
We are sengal... Hahahaha semoga persahabatan berpanjangan... It's almost 10 years


























