cookieChoices = {}; * C.J Diary *: akhirnya...

Thursday 11 October 2012

akhirnya...

Tiada lagi tak cukup tidur.. Tiada lagi kantung mata yang besar.. Tiada lagi kertas-kertas yang bersepah.. Untuk semester kali ni, aku dah habis peperiksaan.. Badan, minda, semangat aku letih, letih dan sangat letih.. Jadi aku boleh berehat selama sebulan setengah. Siapa nak dating, sila tinggalkan pesan. Huhuhu dah malas aku kena bebek dengan kawan-kawan aku sebab lama dah tak jumpa atau keluar bersama. Maaf hokayy.. Budak tengah belajar memang macam ni.

Aku dah penat menjawap tak penat ke belajar dan kerja.. Jawapan dia MEMANG PENATLAH.. Tapi bagi aku berbalik pada niat kenapa aku ambil keputusan nak belajar semula. Ramai orang cakap nak naik pangkat, gaji dan sewaktu dengannya. Bagi aku itu adakah sampingannya.. Tapi aku sambung kerna aku minat belajar dan aku tak nak otak aku tepu. Soal gaji atau imbuhan yang itu, aku serahkan pada Alkah yang Esa. Jika tertakluk itu memang rezeki aku, adalah. Kalau tak atau belum, mungkin Dia beri rezeki dalam bentuk lain. Sebab aku tengok ramai yang belajar sebab nak naik gaji dan pangkat, akhirnya kalau habis pengajian pointer cukup makan je, dan lebih sedih lagi ada yang sampai tak habis pun pengajian. Jadi betulkan niat kita dulu, ya!

*untuk seseorang, terima kasih kerna ambil berat saya yang memang dah berat ni.. Its really a stressfull week and I really struggle to maintain or at least try to being a real me. For all my friend.. Thanks because being a good "chingu-ya"... Jom rehatkan diri sepanjang cuti sem ni..

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: