cookieChoices = {}; * C.J Diary *: September 2016

Wednesday 28 September 2016

Strawberry Hunter

counting day and hour..
ah.. rasa panas sangat di bawah..
penat bekerja dua tiga menjak ni..
tak sabar rasanya...
nak cari makanan berkhasiat kekdahnya...


eee
tak sabar..

Wednesday 14 September 2016

Selamat Hari Raya Aidil Adha :)

Image result for aidil adha 2016

Assalamualaikum.. maaf, lambat untuk ucap selamat pada semua :)
dah hampir 2 minggu batuk dan sukar tidur.. Alhamdulillah makin nak sembuh dari sakit..

Aidil Adha..
tak lari daripada maksud pengorbanan..
apa pengorbanan kita yang dah kita lakukan tahun ini?
apa pun pengorbanan yang kita lakukan, asalkan tak melebihi batasan agama..
itu sudah mencukupi..

untuk jia,
kali ni pengorbanan dari segi kesihatan...
mula untuk buang semua lelemak di badan,,
doakan dipermudahkan..
tak kan tak nak tengok mana tau..
tahun depan boleh pos gambar kawin :)

taklah..
niat sebenarnya..
nak sihat..
doakan saya sihat semula :)

Saturday 3 September 2016

Tiga-tiga naik sekali!!

hahaha apa yang naik ye.. jangan fikir bukan-bukan :) hari khamis lepas, mak panggil dan kata ada la benda nak diborakkan.. tapi kebiasaannya, kalau mak panggil mesti ada benda yang serius yang mak nak katakan. dalam adik-beradik jia, bab benda-benda macam ni mak mesti panggil jia..

dibukakkan cerita, adik jia ada tanya berapa harga cincin emas sekarang. mak jia seloroh tanya kenapa, nak kawin dah ke? dan adik jia sengih macam kerang busuk sambil mengiyakan.. tak tahu la kenapa, tapi dalam keluarga jia lelaki biasanya akan kawin dalam umur 26 macam tu dan adik jia tahun depan masuk lah ke 26 tahun..

serentak lepas mak cerita, jia dengan kakak dah mula gelak-gelak dan buat-buat lawak.. lepas tu mak cakap, kalau boleh, biarlah tahun depan tiga-tiga anak dia (jia, kakak dan adik) naik pelamin sekali.. senang sikit dia nak buat, sekali jalan.. dan dan tu jugak lah terus jia terdiam..

"so I have to find someone?"

ahh.. its been a long time since yesterday.. malam, tak pernah rasa panjang sebelum ini.. perlu ke aku terima cadangan makcik untuk pilih je lelaki yang aku tak pernah bersua.. atau menanti seseorang yang entah muncul atau tak... atau jadi tak seseorang yang malas untuk punya perasaan pada seseorang.. hurmmm... malam.. masih lagi jauh untuk ku putuskan.. salah memang tak salah.. diri ini pun nak menginjak ke 31 tahun depan... kusut.. makin kusut fikiran dan pemikiran...

Friday 2 September 2016

oh hye!

Assalamualaikum.. annyeonghaeseyo.. hye.. hai.. dan sewaktu dengannya.. welcome for my new reader and hello to my follower..

pernah tak.. sesekali dalam hidup kita.. kita sebenarnya serba salah dalam banyak perkara.. orang selalu menilai kita dan kadang-kadang macam tak benarkan kita lakukan apa jua kesalahan.. by hook or crook..

"kau sepatutnya jangan buat begitu" "begini lagi elok kan" dan sebagainya.. setiap kata akan ditapis.. langkahan akan sentiasa dikawal.. gerak badan akan sentiasa diimbas.. bukan tidak elok untuk diri ini.. tapi jasad ni bukan robot yang tak ada emosi.. kadang-kadang orang bila lagi dikawal akan berubah menjadi lebih teruk lagi.. let them learn..

belum lagi ditegur eh kenapa buat stail tudung macam ni.. eh kenapa tak macam tu dan blah blah blah... tapi yang selalu jia kena kenapa buat tudung ala-ala comel, kenapa tak buat stail matang.. haishh baru tau sekarang.. tudung pun ada matang tak matang.. haha tak apalah.. apa pun kita.. siapa pun kita.. belajarlah untuk menerima yang seseorang tu perlu merasa sendiri dan belajar sesuatu mengenainya.. tak kan sampai ke tua kita harus memimpin dan dipimpin...