cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Cuti Budget..Singapura(Bahagian 5) Cenderahati dan Makanan Halal

Monday 7 May 2012

Cuti Budget..Singapura(Bahagian 5) Cenderahati dan Makanan Halal

bila kata nak cuti mesti kita fikir apa yang nak dibeli untuk ole-ole..
lebih-lebih lagi bila di Singapore.
Ya.. aku akan fikir 18 kali..
dah habis kira 18 kali...
kira balik 18 kali..
nilai tukaran yang tinggi.. (2.50 untuk 1 SGD mahal bagi aku..huhu)
sebab tu verangan (bak kata Johan masa Super Spontan)
nak dapat teman lelaki orang Singapura (verangan je la kau weii)

ok.. berbalik pada tajuk entri..
sebab budget aku yang tak berapa besar..
aku search internet untuk dapatkan info..
tempat yang mana boleh bagi harga murah untuk doorgift ni..

1. Bugis Street






ni info pertama yang aku dapat.. untuk ke sini kena turun di MRT Stesen Bugis. Naik escalator menuju ke dalam bangunan Bugis Junction. Keluar dari mall ni, hanya perlu melintas jalan untuk ke sini. Bagi aku, dekat sini boleh dapat keychain 4 untuk 10 Dollar.. tapi bagi sesiapa yang nak borong tempat yang selepas ini adalah yang terbaik...

2. Chinatown


Yup.. ini lah tempat yang terbaik untuk borong keychain, baju t, fridge magnet.. you name it, we have it.. (aku ni dah macam duta Chinatown pulak.. haha)
20 key chain untuk 10 Dolar.. 6 Fridge magnet untuk 10 Dolar..
Dan inilah tempat terbaik untuk orang yang berhemah ketika berbelanja macam aku ni.. huhu
untuk sampai ke sini, naik la mana-mana MRT dan lihat laluan Ungu.. cari stesen Chinatown. ada baca entri aku dulu pasal tempat tinggal aku? Ia laluan yang sama untuk ke sini..

Jadi mari berbicara tentang makanan halal (aku ramai kawan dari Indonesia, jadi berbicara sedikit)
walau cuma sebelah saja dengan Malaysia, memang ramai merungut bila nak cari tempat makan dekat sini (dah macam aku pergi jalan jauh sangat pula)
nak tak nak cuma makan fast food sepanjang aku ada dekat sini..
dan aku tak pernah makan banyak makanan segera dalam tempoh 3 hari.. (T_T)
bukan tak ada makanan yang lain (walaupun tak banyak pilihan)

Nasi Dengan Kari Ayam dekat Arab Street.. 4.50 Dolar + Bandung 1 Dolar = 5.50

tapi aku boleh dapat yang hidangan kfc / mc d dengan tambah 90 cent untuk hidangan yang lengkap..
kira yang boleh buat aku kenyang lama..
makanan yang makan dekat food court ni (kebanyakan makanan di food court tak halal ye.. bukan semua)
buat aku rasa nangis kuat-kuat.. sedih

dan tempat makan paling buat aku sedih..
walau orang banyak kata tempat ni sedap ialah...


tempat yang popular dengan murtabak (kata nya guna olive oil)
tapi servis sangat sedih dan non hado
pelayan very rude dan buat tak nampak orang baru masuk..
bukan tengah sibuk ambil tempahan..
tapi sibuk bersidang
bila pergi tingkat bawah (ni sabar dah kurang sangat)
siap cakap 'order dekat atas.. pergi naik'
pergh.. aku da nak terbalik kan meja baru nak ambil order..
buat siapa yang nak sangat tengok rupa murtabak dia..
ni la..


murtabak daging.. atas dia pun tabur daging kisar lagi..


yang ni pulak murtabak ayam..
memang isi ayam besar-besar dalam tu..

bagi sesiapa yang nak rasa..
cuba la order yang saiz kecil dahulu..
bagi aku, aku lagi suka yang dekat pasar malam aku tu..
tak kering, tak mahal dan yang penting tak layan aku macam kurang asam..

aku tengok cara pekerja dia layan aku dan kawan-kawan dah buat aku tak berselera langsung..
rupanya ramai blogger dari Malaysia terima layanan macam ini ya...
nasib.. nasib..

2 comments:

azrin_zelina said...

bila tgk entry ni teringat masa saya g singapore thn lepas,bestkan singapore...tak puas berjalan kt sana

Cik Jia said...

azrin : best sangat.. sebab salah satunya tempat dia bersih sedikit dari sini.. jom pergi lagi... :)