cookieChoices = {}; * C.J Diary *: December 2011

Thursday 29 December 2011

Kan Seronok Kalau....

apa yang kita sebut terus dapat..
CJ nak sangat yang ni..
.
.
.
.
.
.
.

waa.. nikon 1 ni..
tak pun..
dapat ni pun jadi lah
.
.
.
.
.

8.9 jek.. boleh lah boleh la...
boleh ya pada bakal jodoh C.J..
dapat antara 1 pun jadilah.. huhu..

boleh kan encik sapa-sapa yang bakal jadi pasangan saya.. (sambil kenyit-kenyit mata manja)


nota kaki : terpaksa la tunggu tahun depan jawabnya... waa....

You deserve to be pampered. Indulge with Youth Code, for skin that looks and acts younger #imworthit

You deserve to be pampered. Indulge with Youth Code, for skin that looks and acts younger #imworthit

Wednesday 28 December 2011

Tak Perlu..


A: awk, jom jumpa..
B : ala.. nak jumpa ke..
A: kenapa? saya ikhlas nak kenal ngan awak.. bla.. bla.. bla..
B: ok.. kita jumpa minggu depan..

*lepas jumpa*

B : hai awk, lama tak dengar ce

rita awk..
A: oh awak, ermm.. sibuk sikit la awk..
B:oo yeke (dalam hati : sebelum ni sehari nak sms sampai 20 jam) kita tengok wayang kulit esok nak tak?
A : tak boleh la awak.. tayar kita pancit (dalam hati :pancit sampai tahun depan.. huhu)
B : mentang-mentang la saya macam ni macam tu mesti awak tak nak kawan saya la.. sampai hati awk bla..bla..bla dan drama pun b
ermula..... (mood down)

tipu la kalau kata tak pernah alami.. tak banyak sekali mesti pernah.. walaupun dalam hati(kau fikir kau hot.. hensem sangat) perasaan ala-ala kena reject ni buatkan orang yang kuat pun boleh lemah lutut..

bagi C.J, pertama sekali.. jangan rasa rendah diri dengan diri anda dengan kata aku gemuk, aku tak cantik, segan, malu dan sewaktu dengannya.. kalau kita dah rasa diri kita di tahap yang bawah macam tu, siapa lagi yang akan pandang tinggi pada kita?? kadang-kadang orang yang lagi besar, lagi teruk dah kawin.. kn?

(ok tang sini C.J sedih.. T_T )

be proud to who you are.. kalau nak kurus jangan sebab nak cari pasangan.. nanti dapat yang tak hargai usaha kita tu, dah makan hati pegi lak makan banyak-banyak lagi.. *pengalaman aku lagi..ciss* bagi CJ kita tak rugi satu pun kalau pasangan kita tinggalkan sebab rupa kita. sebab tak ada siapa boleh jamin rupa yang cantik tu boleh bertahan hatta 5 minit pun.. anggap mereka yang rugi sebab lepaskan
kita..

so kawan-kawan comel ku..
stop being so down and say a bad thing about yourself..
you are beautiful too..
stop wasting your tear..
we can be happy to bebey...


nota kaki : oh sedapnya kalau dapat makan aiskrim sekarang ni.. hehe

Monday 26 December 2011

Tak Apa La..


walau kamu..kamu.. kamu dan kamu dibelakang..
mahu cari salah silap saya selama ni..
mak saya selalu cakap.. sabar...
sebab orang yang macam ni tak sedar..
dia pun seperti apa yang dia cakap pada orang..

teruskan..
sebab saya dapat anda pun dapat..
cuma beza dosa dan pahala..
teruskan pandangan serong anda..
lagi anda buat.. lagi saya kuat..

oh orang yang bermuka-muka..
saya tahu apa yang anda buat pada saya selama ni..
cuma saya kesian..
sebab saya, anda susah-susah sampaikan berita untuk kutuk-kutuk saya..
tapi lagi kesian bila orang yang anda cerita tu nak caya anda pun susah..
apa lagi nak caya cerita yang anda sampaikan..
terima kasih pada anda..
saya lebih waspada pada orang yang muka yang manis-manis ni..
dari muka orang yang pecah rumah..
sebab anda lagi bahaya..

tak apala..
biarlah mulut anda berkata-kata..
tangan anda menari-nari..
saya tahu Allah tu maha adil..
kalau anda rasa puas dengan apa yang anda cuba lakukan..
bukan anda yang tentukan periuk nasi dan segalanya mengenai saya..

oh lupa pula..
terima kasih..
sebab dari apa yang anda buat..
saya dah tahu mana kawan mana lawan..
mana baik mana yang ambil kesempatan..
tunjukkan saya..
rakan yang ramai bukan penentu yang rakan tu boleh dipercayai..
biar sikit.. tapi bukan yang cuma nak tunjuk dia saja yang boleh..
tapi tolak orang lain kebelakang..
kalau anda mahu teruskan cara begitu..
sila duduk dalam hutan..
sebab dekat sana memang perlu pentingkan diri..

~sekian~
CJ

Sunday 25 December 2011

Telinga

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

bukan nya gunakan telinga untuk mendengar kata-kata nista.. untuk belajar dari kesilapan orang lain itu tak mengapa.. jangan kita dengar dan menyampaikan tambah lagi nasi tambah.. itu kan dah jadi dosa yang lain..

banyak orang kita.. dah tahu benda tu salah, tapi itu yang kita pilih..

nota kaki : dengar benda kutukan.. dah salah.. sampaikan pon dah salah.. bila orang datang balik tanya kenapa kita buat macam tu.. tau pulak tak nak ngaku salah.. =)

Ke Mana Selepas SPM/STPM??

salam untuk semua.. kali ni entri agak serius sikit.. =) bila kita dah habis je SPM mesti banyak surat la, katalog la pasal kursus dari IPT yang akan sampai dekat kotak pos yang tak berapa besar depan rumah kita tu.. saru hari mau 5 6 surat kan? sampai kita naik letih..

bagi siapa yang tak ada rasa nak sambung belajar, sila kumpul kertas-kertas tu pergi jual.. ada juga hasilnya, kan? :) bagi sesetengah orang yang nak melangkah setapak lebih tinggi dari sebelum ni.. memang akan teruja dengan katalog-katalog ni.. CJ pun mengalami benda yang sama 7 tahun lalu.. (oh dah tua rupanya.. T_T ) dan secara jujurnya dulu CJ tak tahu yang Akreditasi tu rupanya sangat penting sampai lah CJ bekerja di sini (ini bukan entri bodek ye incik BOSS).

apa itu akreditasi?
Akreditasi merupakan satu perakuan rasmi kepada IPT bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA. (sumber laman web MQA)

kenapa perlu akreditasi?
untuk sesiapa yang punya hasrat untuk memasuki profesion dalam perkhidmatan awam, kursusnya wajib ada akreditasi sebab kalau tak ada program itu tidak diiktiraf dalam jawatan awam. dan sekarang kebanyakan syarikat GLC dan swasta yang besar amat menitik beratkan syarat ini. akreditasi ini tak terhad pada IPTS semata-mata.. MQA pun menjalankan penilaian di IPTA sebab tu CK beritahu awal-awal tadi IPT.

dimana nak semak?
boleh semak di laman web rasmi MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) di www.mqa.gov.my dan pilih kotak yang tertulis MQR (Malaysia Qualification Register) atau klik di sini

MQA banyak terima panggilan yang kursus mereka tak dapat akreditasi dan sekarang dah susah nak ke mana dan nak cari kerja.. CJ harap anda bukan diantara mereka.. tolong semak untuk masa depan anda... =)

Saturday 24 December 2011

Cuti Budget..Singapura (Bahagian 1)

wohoooo... diam tak diam dah nak hampir ke tarikh bercuti.. kali ni destinasi terpilih ialah... dumm dumm dumm (drum roll please) huhu negeri kota singa... SINGAPURA!!!

bagi sesetengah orang mesti cakap ele apa ada dengan singapura.. dekat la ape la.. naik kapal terbang 45 minit sampai.. ye.. memang la.. tapi korang tak pergi-pergi jugak... so better shut up.. huhuu...

nak ke kota singa ni a.k.a kota telan duit (istilah jia) mula-mula bukan lah perancangan awal jia.. kalau anda leh jenguk-jenguk ke blog jiran sebelah partition ku cik julita, orang lain yang bercadang nak pergi tapi orang lain yang pergi.. :) dari nak duduk JB je akhirnya duduk di Singapura..

percutian kali ni adalah percutian budget.. (budget bagi sana... mewah bagi ke negara lain) tarikan utama sebab jia nak ke sana adalah UNIVERSAL STUDIO SINGAPURA (USS). baiklah!!! mungkin ramai yang dah pergi tapi CJ (cik jia) belum hokaayyyy.. (T_T)

bagi sesiapa yang punya kad kredit.. ticket boleh dibeli di beli di sini.. matawang mestilah SGD.. bagi yang biasa-biasa macam CJ ni anda boleh membeli melalui agen-agen di malaysia.. bagi CJ dan rakan-rakan.. kami memilih cuti.com sebab bila di tengok-tengok tiket lagi murah disitu..

jadi tiket dah sudah.. ops lupa.. kami pilih naik kapal terbang sebab malas nak turun naik bas untuk pemeriksaan kastam.. sebab sangat sayangkan lemak-lemak kami.. hehe (sila jangan gelak kuat-kuat) CJ and friend memilih untuk terbang dengan AIRASIA.. nak naik MAS masih tak mampu ye.. huk huk huk.. sedih.. (T_T) tapi kalau kawan-kawan semua tak nak naik AIR ASIA.. masih ada pilihan tambang murah yang lain.. kalau untuk ke Singapura boleh juga untuk pilih JETSTAR atau TIGER AIRWAYS. jadi sila-sila lah rajin untuk melihat tiket-tiket murah yer.. ok done with part 1.. after this, CJ will update entry about lodging.. tungguu!!!

Friday 16 December 2011

Ini Kisah Kita : Aryanna Day



sebenarnya ni untuk entri sebelum harijadi (keluar pada 24 Disember) tapi disebabkan kekangan kerja dan masa baru la dapat update sekarang. terima kasih sebab jadi kawan yang baik dan bertahan dalam tempoh 9 tahun ni... wuuhuuuu... dan terima kasih sebab meraikan harijadi cik jia... i love both of u...

Tuesday 13 December 2011

Selamat Hari Lahir Cik Jia


syukur.. diberi kesempatan sampai ke usia 25.. suku daripada abad..
syukur masih punya kerja..
syukur masih punya keluarga...
syukur masih punya teman-teman terindah..

bukan berapa banyak hadiah yang diinginkan.. tapi berapa banyak ucapan yang diberi.. bila orang beri ucapan, itu tandanya mereka masih mengingati kita...

sekali lagi ya allah.. aku bersyukur dengan apa yang ada.. walau ni tahun keempat jodoh masih belum tiba.. tapi saya tahu akan ada yang terbaik untuk saya..doa-doa kan ye.. hehe

Thursday 1 December 2011

Aku dan Telefon

*ni jek la hp tuan tanah kedaun ni..

tanya la siapa sahaja.. emak , ayah, adik beradik...kawan2... jia mmg xsuka memegang telefon untuk kadar yang lama.. senang cerita.. jia memang tak suka calling orang atau orang calling jia.. nak bercakap dalam tempoh yang lama..

ayat "handfone buang lombong la.." "kau telefon dia ni buat sakit hati je" hehe.. sampai satu tahap orang kata nak tunggu jia pegang handfone selalu, tunggu la dia ada boyfriend nanti..

jadi, kawan-kawan.. bos-bos ku.. serta mak ayah ku...tunggu la ye... sampai saya ada boyfriend..
baru saya jawap sms dan panggilan tuan puan ye....


*jia cuma layan bbm je... murah sikit... huhu