cookieChoices = {}; * C.J Diary *: May 2014

Friday 16 May 2014

Selamat Hari Guru Duhai Pendidik


16 Mei.. siapa yang tidak mengingati tarikh ini.. tarikh yang sentiasa diingati.. banyak dilalui dengan insan yang bergelar pendidik. banyak kenangan suka duka bila kita mengimbau kenangan dulu.. berjumpa yang benar-benar ikhlas mendidik dan bertemu juga yang suka mengeji (nasib baik tidak mengajar saya). yang mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan pelajar dan ada juga yang mendoakan "awak semua ni kawin awal punya.. kerja pun dekat pasar raya je"

nasib berjumpa dengan guru yang ikhlas.. pada yang berjumpa guru begini, anggap ini antara pendidikan awal tentang kehidupan manusia. ada yang baik dan ada yang sebaliknya. namun apa pun, pada mereka lah tempat kita menimba ilmu dan mengamalkan ilmu yang di ajar. selama hari guru pada guru-guru di SK Jalan Peel (1993-1998), SMK Jalan Cochrane (1999-2003) serta pensyarah di Politeknik Ungku Omar, Ipoh (sem Julai 2004 - Disember 2006 di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer) dan Universiti Teknologi Malaysia (hingga kini) terima kasih untuk segalanya.. dan maaf, maaf, maaf dan maaf.. saya cuba jadi baik.. tapi nakal saya masih ada hingga kini :)

Thursday 8 May 2014

Selamat Hari Dilahirkan Yang ke 7 Muhammad Rusyaidi

8 Mei 2007... semua teruja.. cucu pertama dalam keluarga kami.. alhamdulillah.. kau selamat dilahirkan.. namun saat dimasukkan kembali dalam incubator.. kami semua tertanya dan menangis.. saat doktor mengatakan yang denyutannya lemah.. kami semua menangis.. tiap hari berdoa.. tiap hari melawat.. walau sekadar dapat melihat di tingkap kaca..itu sudah cukup selagi kau berdenyut dan bernafas. tak putus airmata nenek mengalir dan berdoa..walau keputusannya tetap perlu jantung mu berdengup menggunakan tenaga bateri, tak apa.. kami redha..asal kau membesar bersama kami.

ketawa.. geram.. menangis.. marah.. gembira dilalui sepanjang dari awal dilahirkan hingga kini. "nenek takut abang adie mati ya?" soalan yang keluar saat budak berumur 6 tahun sebelum diusung semula ke bilik pembedahan untuk ditukarkan baterinya meruntuhkan airmata..jangan kata nenek yang menangis, setiap yang ada dalam bilik pun mengalirkan airmata. ini baru kali kedua.. bagaimana pembedahan yang seterusnya pula..
dia.. kanak-kanak yang penuh emosi.. kadang-kadang buat lawak.. tiba-tiba marah.. tiba-tiba bertukar sedih.. tiba-tiba bertukar jadi pemalu.. namun punya jiwa yang sensitif.. yang tak boleh lihat orang yang dia sayang sakit. "abang adie sayang anya..anya cepatlah baik"

selamat hari dilahirkan sayang.. hari ni genap 7 tahun.jangan risau..tiap kali abang adie rasa rendah diri, anya akan bangunkan semangat sayang ye. biar orang lain kata abang adie tak comel.. bagi anya abang adie paling comel.. maaf anak buah ku yang lain.. yang ini sangat istimewa bagi anya.. SELAMAT HARI DILAHIRKAN MOHAMMAD RUSYAIDI MOHD RADZI