cookieChoices = {}; * C.J Diary *: March 2012

Thursday 29 March 2012

Tahu tak

Aku penat..
Isnin hingga jumaat bekerja..
Malam aku perlu curi masa untuk buat assignment atau review untuk exam..
Jadi bila aku kata aku penat, aku bukan mengeluh..
Tapi kalau anggap sahabat atau lebih (kalau la) kau patutnya memahami..

Aku tiada masa..
Untuk diri sendiri pun kadang tiada
Kalau ada pun banyak untuk tidur
Sebab aku perlu tenaga yang banyak
Aku kan selalu sakit
Aku faham kesibukkan masing-masing
Jadi, cari sedikit ruang dalam hati
Pikir yang aku pun mahu ruang untuk diri sendiri

Aku tak ingat kawan-kawan..
Siapa kata aku tak ingat kawan-kawan ku
Aku ingat.. Aku tinggalkan pesanan..
Bila aku punya masa
Tapi kalau teman-teman aku sendiri
Diam dan tak peduli apa yang aku titip pada dinding facebook
Boleh balas pada orang yang di bawah dan di atas kiriman aku
Jadi aku ke yang tak ingat kawan-kawan?
Aku punya masalah..
Jadi aku diam.. Asingkan diri sebentar
Kalau kau masih nak naikkan ego..
Sebab aku tak hadir ke majlis itu..
Baik, lepas ini aku buang je kamu dari senarai teman

Sebab kau pun bukan anggap aku teman kan?
Dah bertahun, dah ada anak pun..
Jangan kau ingat kau jek ada keras kepala..
Nyah kau dari senarai aku
Rahsia kau aku simpan sampai bila-bila

Malam bukan untuk aku..
Jangan mengeluh atau mengkritik
Ya memang aku tak boleh keluar malam
Memang ibu bapa aku tak suka aku keluar sampai lewat malam..
Ape hak kau untuk kau Merendah-rendahkan aku
Membuat aku sebagai modal gurauan murahan
Manusia jalani hidup dengan prinsip dan cara yang berbeza
Jadi hormati pilihan hidup masing-masing
Ibu bapa aku kadang kala mengongkong
Tapi kalau itu yang terbaik, jika diri sendiri rasa tak kisah dengan semua ini
Jadi kenapa kau pulak nak ambil peduli kan?


p/s : habis inai ni comot.. Cisss

Monday 26 March 2012

Happy Belated Birthday Nek Yah

Sabtu lepas, keluarga kecik kami sambut hari jadi nenek yah a.k.a puan che'ah a.k.a lagi omak den dekat rumah ku syurga ku.

Hari lahir nek yah ni 22 Jun 1958.. Terlambat sebab nek yah kena pergi out station. Selamat hari lahir emak ku sayang, tahun ni masih tak ada hadiah macam tahun lepas. Tunggu hadiah mu a.k.a menantu tahun depan ye..

Love you,
CJ

Berakhir Sudah..

Hahaha berakhir apa ni jia.. Jangan nak suka sangat la jia. Berakhir apa ni. Berakhir la semester yang mencabar dan buatkan rambut ku yang lebat tu gugur BANYAK..

Sebelum ni tough jugak, tapi tak seteruk sekarang. Jadi note for myself, sila jangan ambil banyak sangat subjek programming sederap, nanti kau yang pening.. Huhuhu

Oh lupakan muka ku yang tidak ada solekan di muka.. Bukan aku tak reti, aku tak suka pakai sebab aku kena melangkah 4 tingkat untuk ke bilik exam. Gigih sangat la nak pakai benda tu. Sian akak-akak business yang solek bagai lencun masa sampai kat bilik exam..

Ok sampai sini, dapat cuti seminggu je. Lepas ni dah kena masuk sem pendek.. U kejam.. U kejam.. Erk, dah sakit aku ni.. Ok la salam peluk cium.. Muaah mmuahh..


Always blur,
CJ

Monday 19 March 2012

Mak.. Cepatlah balik

Mak.. Cepat lah balik.. Aku terseksa, menderita dengan semua ini.. Untuk terakhir kali, mak cepatlah sampai dari kelantan.. Mentang-mentang aku sorang jek muka macama emak, aku je kena buat kerja.. Cian kan naja ni mak (tu nama manja aku kat umah.. Sila jangan gelak) sob sob..si kecik ni pun sama mak.. Huhu


Oh, aku dh buat training jadi isteri dan ibu ni. Bila la dapat buat praktikal terus.. Huhu

Sunday 18 March 2012

Menyesal kah kita??

Manusia.. Tak kira artis, pemimpin mahu pun golongan pekerja bawahan seperti aku.. Merupakan pelakon atas bumi ciptaan Allah..

Kita tak hidup sendirian..hidup kita bermasyarakat..jadi apa yang kita buat, tak banyak, cikit akan jadi bualan orang. Kita tak boleh larikan? Kalau nak lari, kena masuk hutan. Tak ke jadi tarzan nanti.

Manusia, tak lari dari kesalahan..kadang-kadang percakapan atau perbuatan pun dah boleh melukakan hati seseorang. Aku tak bercakap mengenai aku. Sebab prinsip aku senang, kalau aku terasa cepat2 aku maafkan sebab bagi aku mungkin mereka tak sengaja (kalau asyik buat, 2 memang mengada la) cara yang mudah minta maaf sahaja dengan si polan dan si polan. Dan menyesal dengan apa yang telah kita buat. Itu memang bagus dan aku setuju caranya. Tapi bila dah bagitahu semua orang, hebah sana hebah sini, ok aku dah ragui. Tapi aku betulkan hati, orang itu memang berubah. Dia mungkin nak orang belajar dari kesilapan dia..

Alhamdulillah nampak perubahan dalam sebulan.. Masuk dua tiga bulan.. Eh mana janji dulu kata nak berubah..airmata turun dah macam air terjun tapi sekarang dah kontang. Betul Allah yang maha berkuasa, tapi kalau salah dengan manusia,hanya manusia tu yang dapat maafkan.kan dah susah. Dari orang melihat kita rasa kesian dan bersyukur atas perubahan, tiba-tiba meluat. Twitter dan facebook jadi alat pengantaraan.. Teman-teman yang follow jadi batu api.. Kesudahan keluar ayat.. "Terpulanglah orang nak kata apa. Kau kenal ke aku siapa.aku susahkan korang ke".. Mana hilangnya ayat "saya berubah dan menyesal kerana mulut saya jadi pergaduhan"..

Tepuk dada dan tanya diri kita sendiri.aku tak mahu jadi yang menjatuhkan hukum. Sebab benda ni akan balik pada niat yang asal.peringatan untuk diri, cukup cuma aku dan Allah yang tahu taubat dan penyesalan ku. Aku tak mahu jatuh ke riak dan menunjuk-nunjuk.

P/s : kemaafan kan dendam yang terindah bak kata kak aishah (kakak ke?) Hati akan tenang.. Percaya la.. (Perlu ke nak kena nyanyi tang chorus lagu kak CT tu)

Entri diupdate di henfon BB antik yang dah loose keypad kiri dan kanan sambil melihat Manchester United lead 5 gol lawan wolves..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bersabar lah :)

Hampa..
Tak perlu di ulang perkataan itu. Dah jadi macam kawan baik pula. Manusia semua tak sempurna, tapi ego buatkan manusia selalu rasa dengan kekayaan dan paras rupa, meletakkan mereka sempurna dari yang lain. Terlupa kot, setiap kelebihan 2, tak sampai seminit tuhan boleh tarik. Tapi tak apa lah. Aku punya kekurangan, asalkan aku tidak lupa diri, aku dah bersyukur.

Benci...
Perasaan yang lama sudah ku buang.aku tak suka.sekali kita membenci orang, kita akan sakit. Sebab dari benci, jadinya dendam. Hati akan sentiasa sakit bila orang yang dibenci tak merasa sakit seperti apa yang kita rasa. Kan lagi haru? Sebab itu aku masih menyayangi kau, sebab makin lama perasaan tu jadi kosong. Perlu ke aku nyanyi lagu kosong dari Najwa Latif untuk kau atau mereka faham? Tak perlu kan? Malah aku doakan kau bahagia dengan cara yang kau pilih.cuma jangan buat benda yang boleh memudaratkan badan dan agama yang kau percaya. Aku tahu kau ingin berubah.. Berubah la,walau culture kerja menekan kau selalu. Aku tahu kau boleh.

Kecewa..
Banyak yang berlaku.. Benda kecik pun boleh buat kecewa. Aku memang sensitif.. Orang jek yang tak tahu. Tapi sensitif aku bukan budak-budak.benda kecik aku tak kan sentap. Tapi kalau jatuhkan diri aku, memang kau nak kena buku dengan ruas. Aku jarang marah, tapi orang yang dekat dengan aku, yang aku sayang tak kira sahabat atau kekasih yang banyak mengecewakan aku. Susah jika hanya aku yang terima kekurangan orang lain,tapi tidak kamu semua.teruskan.. Bila aku sudah bosan dengan semua ini, aku akan melangkah pergi. Jangan tanya kenapa aku menyepi. Tu semua kerana kamu semua tidak mengerti. Bila tiba hari itu, jangan kata untuk telefon, untuk balas mesej pun aku tak mahu. Kamu semua tahu aku penah buatkan? Jadi jangan cabar kesabaran dan kemarahan aku.

Mood aku tidak baik.. Sepanjang dua minggu aku akan begini. Hingga peperiksaan berlalu pergi. Hingga rasa pedih terhapus nanti..

Puisi kan aku???

cik jia a.k.a CJ
18 Mac 2012
7.44 malam..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 16 March 2012

Final Sem 2 2011/2012

Peperiksaan sudah tiba.. Untuk semua pelajar UTM dan U yang lain.. Selamat menjawab soalan.. Baca bismillah dan jawap dengan tenang..

Thursday 8 March 2012

Selamat Hari Wanita

Mungkin agak terlambat, tapi asalkan hari yang sama dah ok kan? Untuk para wanita di luar sana.. Emak, mak mertua (insya allah.. Come to me jodoh) boss, cikgu-cikgu CJ, dan teman-teman semua.. Anda adalah wanita yang hebat untuk diri anda mahupun untuk pasangan anda..

Selamat hari wanita sekali lagi.. Pengorbanan anda semua tak terbalas.. :)

Kawan saya dah balik!!

Alhamdulillah one of my best buddy have arrive safely (kalau salah sila betulkan ye) .. Oh lupa pulak kawan CJ ni namanya Nawal dan baru balik dari umrah. Bagusnya muda-muda dah pergi.. CJ bila la lagi.. (T_T)

One of our wish are getting married.. No no no.. (•͡˘˛˘ •͡)
Bukan lah kami ni gatal.. Tapi bak kata Cik Yah (my mother) umur yang dah patut pikir untuk melangkah ke hubungan yang lebih tinggi dan berhenti dari berpemikiran seperti budak-budak.. (Baik la ibuku) semoga Allah memberi jodoh yang terbaik dan menerima diri seadanya..amin.. You love me.. I love you more.. Huaahuaahuaaa..

Oh lupa pulak..ingat entri saya yang sebelum ni pasal lagu sesaat kau tiada? My not so ex (ok sebab dia tak kata clash jadi jia tak tahu status kami) orang Makassar, Indonesia. Sejak CJ couple dengan dia CJ dah banyak pulak kawan orang Indonesia.. Hanya sebab CJ bisa bertuturnya dalam bahasa Indonesia.. Tak fasir tapi boleh lah.. So welcome to my new friend from Indonesia and Singapore.. Mungkin tahun hadapan ke Indonesia.. Penamat tahun ni ke THAILAND!!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ni cubaan update entri guna BB :)

CJ tengah cuba update entri guna blackberry ku yg non hado ni.. Senang nk update lps ni..