cookieChoices = {}; * C.J Diary *: December 2012

Monday 31 December 2012

good bye 2012.. hello 2013

Lagi beberapa minit, akan melangkah lah kita ke tahun baru.. Cukup ke apa yang di buat? Bagi aku memang tak cukup. Sebab aku rasa aku masih boleh dapatkan keputusan lebih baik untuk diriku, tapi aku redha. Kudratku sampai di situ. Azam? Semua orang tanya aku. Azam tahun ni apa, azam tahun lepas tercapai tak? Blaa blaa blaa dan blaa.. Dulu, ya.. Aku memang akan fikir ermm tahun ni nak azam aku nak buat itu dan ini.. 6 bulan kemudian... Aku boleh lakukan.. Yakin boleh!!! 6minit nak masuk tahun baru.... Ah buang masa lah azam tahun ni, nak bawak ke depan la.. Silap-silap sampai 6 tahun azam aku tu dah jadi zam zam ala kazam jawabnya.

Tak salah, sapa kata salah nak azam atau mohd azam..(erkk??) don't get me wrong. I never say it wrong.. Wehuuu nehi la.. Azam ni matlamat dan impian la bro.. (bro mangkuk hang.. Aku pompuan la) ala-ala target untuk kita capai.. Niat kan dah dapat pahala.. Betul, tapi kalau sekadar niat aje, bila nak tertunai.. Kalau niat benda betul ok la, kalau yang menyimpang?? Ini serius.. (aku sangat merindui wonderpet)

Terpulang pada individu. Kita punya rasa dan matlamat yang berbeza. Bagi aku. Tidak perlu azam yang hanya di sebut sekali setahun lepas mercun meletup dok pekik selamat tahun baru, lepas habis mercun azam pun dah ke laut. Cukuplah sekadar diri ini menjadi lebih baik pada esok hari berbanding semalam, dan tidak menjadi lebih teruk dari kelmarin. Kita punya pilihan untuk melakukan kebaikan atau keburukan pada malam tahun baru.. Aku?? Duk atas katil lagi syiok. Selamat tahun baru. Moga menjadi orang yang baru bukan hanya pada penampilan, tetapi dalaman juga ya..,

Salam manis
-C.J-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday 30 December 2012

welcome new members

Alhamdulillah 27 Disember 2012 lahirnya seorang lagi anak saudara aku. Yang keempat ye dan kali ini perempuan.  Secara rasminya namanya nur adriana batrisyah.. Kalau tak salah aku lah. Selamat datang wahai umat muhammad yanh baru.. Moga menjadi anak yang solehah dan disukai ramai orang.

*comel macam aku tak?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday 28 December 2012

2013.. another year, another hope, another dreams

Sedar atau pun tidak, 2012 bakal meninggalkan kita. Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi Allah.. Aku tak paham kenapa sesetengah orang menjadikan tak jadi kiamat atau dunia akan musnah sebagai bahan lawak. Sebagai seorang muslim, memang tak boleh mempercayai ramalan kaum mayan sebab bila terjadinya kiamat, hanya Allah yang mengetahuinya.. Tapi dah cukup ke amalan kita untuk bawa ke sana? Ke hari kebangkitan. Dan kerna itu aku takut, takut cukup atau tidak amalan yang di bawa. Ish, lupakan lah. Setiap orang punya pandangan masing-masing, dan aku menghormatinya.

Banyak yang terjadi. Air mata kalau nak tumpah, dah boleh buat sungai. Kekuatan dan ketabahan kalau boleh diukur, dah boleh nampak nak menuju ke paras rendah. Namun aku bersyukur diberikan juga kegembiraan, diuji untuk kekuatan, dikurniakan kesetiaan di sebalik kehampaan.. Teman-teman yang makin menghampir.. Jadi tak perlu aku mengeluh kepenatan..

*moga dia cepat sembuh dan kembali semula...*

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday 27 December 2012

kawan baru, dari kawan yang dah lama kenal.. :-)

Apa ni? Jap baru jap lama.. Apakah semua ini.. Hahaha itulah kawan aku yang baru. Just call it shinyu.. Sebab tuan yang bagi tu suruh namakan shinyu. Motip? Bagi aku, tapi paksa panggil nama dia shinyu.. Hahaha terima kasih sahabat aku ana a.k.a emak iman chan.. 4 tahun aku kenal dia dan moga persahabatan itu berpanjangan.. Susah nak cari orang yang sekepala dengan kita.. Moga kita sentiasa di dalam rahmat Allah yang maha esa :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday 26 December 2012

wordless wednesday

We are not perfect.. But when we together, we are perfect for each other.. I don't need friend that richer, glamourous or stylister.. But only for people that can spend some time for me,,

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday 20 December 2012

aku bersyukur

Saat orang lain berusaha untuk bangun..
Aku dapat bernafas hari ini..
Saat orang lain tiada sesiapa di sisi..
Aku punya kawan, keluarga dan orang tersayang..
Saat orang lain punya ramai musuh..
Aku berusaha menguranginya..

Jadi aku sangat bersyukur atas apa yang Allah berikan sekarang. Yup, keluarga aku bukan orang kaya yang ada rumah banglo atau kereta besar 3 4 bijik. Tapi aku bersyukur yang kami tak sesusah orang lain sampai tak dapat makan. Harta yang aku ada cuma cik bibah a.k.a viva biru yang kecil, tapi dapat bawa aku ke sana sini sedangkan orang lain perlu berpanas untuk ke sana dan sini. Aku tak ada ramai kawan yang aku rapat, ye aku memang punya ramai kawan disebabkan mulut aku yang senang berbual, jarang lihat aku jatuhkan orang lain atau asyik nak gunakan orang lain untuk kepentingan.. Tapi untuk aku nak klasifikasikan rapat tu memang tak ramai. Tapi walau tak ramai, itu yang selalu ada waktu aku perlukan orang yang tugasnya untuk mendengar.. Dan itu pun aku bersyukur..

Perancangan.. Banyak orang merancang.. Termasuklah aku. Merancang itu ini.. Tunang, nikah, buat itu, buat ini... Tapi apa pun bergantung pada Allah juga samada makbulkan atau memberi yang lain. Moga niat murni kita dipermudahkan semuanya..

Pada yang mengucapkan selamat hari lahir, terima kasih aku ucapkan. Mendoakan cepat jodoh, kebahgiaan dan kesihatan aku, hanya aAllah dapat membalas. Bertambah satu lagi tahun mendekati kematian. Moga kita sentiasa mendekati kebaikan dan meninggalkan kemungkaran..

*ramai kawan merancang tunang, kawin dan bakal ada anak tahun depan. Aku doakan moga niat kalian dimakbulkan.. Maaf kerna aku semakin penat sekarang. Perlu melakukan itu dan ini. Tapi aku punya masa untuk kalian. Sms lah, whatsapp, bbm tapi bukan menelefon (aku orang yang tidak suka mengangkat telefon dan bercakap lama di telefon. Aku lebih suka jumpa dan kita bercakap sampai lebam) atau cari saja di fb mahupun twitter.. Aku akan sentiasa ada untuk kalian. Tapi agak-agaklah kalau dah pagi tanya aku dah tidur ke belum, perlu ke di beri kaki sedas dua? Ok just joking.

Please respect other's privacy and principle if we want other people to do the same to us.. Jangan mencanang pada semua benda yang orang dah tak teringat pun. Move on and don't ever say it again. Adakala kita juga bersalah, jadi jangan asyik tunding pada orang lain. Aku bersyukur, kerna Allah memberikan aku ujian untuk aku menilai kesalahan dan kesilapan yang aku lakukan dan aku belajar dari itu. Sedangkan ada yang langsung tidak belajar dan terjatuh pada lubang yang sama berulang kali. Daaa..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday 13 December 2012

happy birthday.... to me!

Dengan rasa syukur pada mu Ya Allah, aku titipkan segala puji-pujian pada Mu kerna memberikan aku satu lagi kesempatan bernafas pada hari lahir ku. Pada sesiapa yang memberikan ucapan tahniah dan ucap selamat, hanya Alah yang dapat,membalas budi dan jasa  anda semua.. Untuk yang tidak menyukai, setiap hari aku berdoa untuk mengurangi rasa benci dan mencambahkan perasaan sayang antara kita. Moga kita tak tergolong antara orang yang punya hati yang gelap dan busuk antara kita.

Bila menghampiri hari lahir ni, aku banyak memikirkan tentang kematian. Apa cukup ke amalan yang kita ada? Dah banyak orang ke yang kita maafkan hari ini? Ada ke kita sakitkan hati sesiapa semalam dan hari ini? Dan benda-benda ni buatkan aku rasa masih panjang lagi senarai yang aku perlu buang dan putihkan.. Moga orang yang tidak menyukai aku hari ini akan berkurangan esok.

Bila nyawa si dia berada di hujung nafas, kritikal, berjuang demi menghirup udara buatkan aku terfikir. Kalau aku berada dalam keadaan macam tu, apa aku sudah bersedia untuk tinggalkan semua ni dan berbangga dengan apa yang aku ada sekarang? Jawapannya tidak dan aku tak mahu lagi benda yang hanya melalaikan dan mulai mengejar bekalan ku sendiri.. Dan aku berjanji untuk berusaha menjadikan hari ini lagi baik dari semalam. Doakan aku..

*si dia melepasi pembedahan kedua dan syukran stabil dan sudah boleh bercakap. Dan dia berpesan sesuatu untuk aku. Moga Allah mengizinkan hasrat dan tujuannya itu.. Amin. . :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday 6 December 2012

kembali bekerja

Selama ni tak bekerja ke? Alhamdulillah aku masih bekerja. Tapi pada sesiapa yang tak tahu atau saja nak tahu, aku masuk kembali ke pejabat selepas 15 hari bercuti. Wah, macam seronok kan? Hakikatnya, cuti sakit itu tidak seronok. Aku pernah cerita kan yang pergelangan tangan aku sakit. Kerana degil untuk pergi ke hospital, mungkin Allah nak suruh aku berehat. Tangan aku terlanggar sinki bilik air. Ye yang marmar dan sangat keras itu. Dan akhirnya otot aku terkoyak dan tangan aku tak boleh gerak..

Jadilah aku penjaga tak bertauliah. Sangat tabik dengan suri rumah. Ni ada seseorang yang nak aku jadi suri rumah? Maaf ye kamu.. :-) tapi aku sakit pun tak sempat bagitahu dia. Dia kemalangan kereta dekat sana. Ya Allah, banyak dugaan terjadi pada kami. Moga dia kembali seperti dulu..

*saat entri ini ditulis, si dia masih tidak stabil. Saya tak akan berhenti berdoa. Saya sedang melakukan nazar. Lebih bererti kalau dia ada di sini.  Ya Allah, kuatkan hati ku untuk menjalani semua ujian mu

Published with Blogger-droid v2.0.9