cookieChoices = {}; * C.J Diary *: 2015

Wednesday 23 December 2015

Cuti Budget : Hong Kong (Hari Kedua)

selepas selamat tumpahkan 1 koleh air milo waktu lepas mandi di subuh hari (habis wet tisu aku T_T) bersiap-siaplah dua puteri ni untuk jalan-jalan ke tempat impian waktu kanak-kanak... Disneyland Hong Kong!!!!

ok, macam mana nak pergi ke sini.. cara mudah dan murah adalah dengan menaiki MTR. dari MTR Mongkok, cari arah menuju ke Tsuen Wan (Red Line). sebab kita akan keluar di stesen Lai King untuk pertukaran tren ke Tung Chung (Yellow Line). turun di Sunny Bay untuk pertukaran tren yang terakhir untuk ke Disneyland Resort.


inilah tren yang akan membawa kita ke Disneyland... :) kalau dah nampak lambang Mickey ni, tahniah.. anda tidak tersesat.. huhu


muka teruja di pagi hari.. huhuhu

kami sampai dalam pukul 8.35 pagi dan pintu buka pada pukul 10 pagi ye.. haha nak buat apa awal-awal datang? untuk beratur nak masuk ye. sekarang pulak cuti sekolah, jadi paham-paham je la keadaan dekat sini.


tengah snap gambar, tiba-tiba tengok apsal kabus je. oh fogging kot.. sekali tu.. rupa-rupanya, Lenovo jia dah masuk air milo rupanya.. patutlah bau koko je dalam beg.. orang lain tak sabar nak masuk sebab nak main permainan.. jia lak tak sabar masuk sebab........

  tandas mana? tandas mana haha... selepas di cuci dan lap dan cuci dan lap semula, cuba snap, ok cantik...








tahitian terrace

antara tempat halal yang terdapat di Disneyland.. tapi macam awal sangat nak makan, bawa diri tengok muzikal Lion King la dulu...




ok ni set yang jia ambil masa di Disneyland. Set katanya nasi dengan santan (macam sticky rice rasanya), ayam kicap kot, satay masin sikit dan bersekali dengan air HK109 + buah-buahan (HKD28)


encik, saya kondem makanan teruk sangat ke? awat masukkan saya dalam jail...

lapo.. lapo..

 opocot..
 ermm saya pemalu orangnya.. hik hik hik

nampak kan jalan basah? sepanjang di Disneyland, hujan turun renyai.. berhenti.. lebat balik.. berhenti.. dan keadaan tu berulang-ulang. cuaca sangat sejuk.. yela dah masuk winter kan dekat sini. salji tak ada, cuaca sejuk tu tetap ada. ni dah penat berjalan dekat dalam, sekarang berjalan-jalan sekitar jalan utama pulak..


dah malam.. kita tak sabar menantikan bunga api dan....... Parade!!






berakhirlah parade untuk hari ini.. sebelum parade, ada satu acara tapi disebabkan tersekat dalam kedai dan dekat jalan dah penuh orang, maka lepaskan saja la.. kami keluar dari sini dalam nak dekat pukul 10 malam juga la. tak larat nak jalan mana-mana lagi.. badan dah penat.. esok nak keluar awal lagi.. balik semula ke hotel. turun dekat MTR Mongkok.


ok.. ini jia nak bagitau parade yang ada masa jia dekat sini..
  • flight of fantasy parade (3.00 petang) - main street, usa (parade)... tak dapat tengok.
  • festival of the lion king (12.00,2.00,4.30,6.00 petang) - adventureland (stage show) sangat bedt.. wuhuuu
  • frozen christmas tree lightning ceremony (6.20 petang) - main street, usa (stage show) tak tengok. tersekat dalam kedai.
  • disney paint the night time spectacular - main street, usa (parade) (7.15 malam) - siap rakam lagi.. bestnya ada anak waktu ni. mesti seronok
  • disney in the stars firework - main street, usa (firework)(8.30 petang) - kemuncak untuk semuanya.... siap berdiri 1/2 jam untuk rakam semuanya..

Cuti Budget : Hong Kong (Hari Pertama)

ok sepatutnya nak karang ni awal-awal lagi.. tapi masa betul-betul buat jia tak sempat menekan punat kekunci. 2 Disember lepas, bermulalah perjalanan ke Hong Kong, syurga barang mahal :) pun bermula. jia ke sana berdua, dengan kawan perempuan :) memulakan langkah dengan naik pesawat Airasia. dah nama pun bajet kan? idok ler teman mampu lagi naik MAS ke sana.

ambil pesawat pertama pada hari tu. pukul 6.25 pagi ke sana tapi bila masuk je dekat KLIA, mak aih ramai nya orang. yela, cuti sekolah baru mula kan. sampai patah headfone hamba sebab kes orang punya lah ramai dekat kaunter imigresen. dari pukul 5.25 pagi beratur, nak dekat pukul 6 pagi baru lepas. dah la dekat pintu paling jauh T_T


keadaan KLIA2. dapat duduk je terus snap huhuhu


kali ni bercuti bajet dengan Lys pulak

jari dan tuan tubuh adalah orang yang berlainan.. huhuhu


dalam sejam take-off, makanan yang ditempah pun sampai. untuk penerbangan pergi ni, jia tempah nasi tomato. tapi sayang tak makan sangat sebab perut angin dan rasa kenyang sangat. rasa pun mungkin agak kureng, bagi jia lah.. jangan lupa kad yang pramugari cantik dengan pramugara kacak bagi, sila isi dan simpan sepanjang perjalanan dekat hong kong ni.

bila dah selamat mendarat, jangan lupa bagi kad arrival tadi masa pemeriksaan imigresen hong kong. nampak nau dia usya banyak kali dekat passport jia sebab baru renew kan.. satu apa cop pun tak ada. demi hong kong tau, den renew :P

bila dah selesai semuanya, sila cari kaunter untuk octopus card. kad ni boleh digunakan untuk tambang bas dan mtr . kad octopus ni boleh dibeli dengan harga HKD150 (nilai dalam kad HKD100 dan deposit HKD50). kalau gunakan kad ni, ada dua cara untuk ke hotel. kalau inginkan cepat tapi mahal, gunalah MTR (HKD60) atau nak murah tapi lambat sedikit, gunakan bas yang terdapat di terminal bas dekat bawah airport. macam jia, jia nak ke Sun Hing Building, jadi jia kena naik bas A21 dan turun ke perhentian ke 8 Sino Centre (HK33). tapi disebabkan kelalaian bersama, terpaksa turun dekat perhentian 10. berjalan la kami menarik beg. bas dekat sini, jia rasa kebanyakkan pemandu dia bekas racer masa muda-muda dulu.. sikit punya laju bawak, dan sila tekan butang  turun selepas perhentian bas terakhir sebelum tempat yang kita nak turun tu. kalau tak bercinta la macam den ni.

pemandangan ke Mongkok


den dah sampai Hong Kong omak oiii...


masa berjalan menarik beg, ternampak la mural-mural yang cantik dekat tangga macam yang ini.. tu yang snap juga :)

berjalan sampai lah nampak bangunan ni.

kami menginap di Tong Cheng Hotel dan buat tempahan dekat agoda.com (4 malam dalam RM700, jadi seorang dalam RM350) , tapi kalau tengok directory dalam ni, nama tongcheng tak ada. tak apa, jangan panik, tengok tulisan kantonis dengan dekat dinding tu huhu..


**credit picture to agoda. 
kami dapat sebiji macam ni.. jadi nak solat, kena la solat dekat dengan bilik air.

untuk makluman semua, setiap hari rabu, kebanyakkan muzium dekat hong kong adalah PERCUMA ya. walaupun banyak muzium yang ditutup sebab naik taraf, tapi demi kekangan kewangan maka hari tu, redah saja.

keluar dari hotel, MTR yang terdekat ialah MTR Mongkok dan MTR Yau Ma Tei.. sebab hotel ni ada di tengah-tengah diantara dua stesen ni. jadi jangan pelik la kalau ada catatan dari MTR Mongkok atau MTR Yau Ma Tei haha.

jadi perjalanan kami untuk hari ini, bermula di museum of science dan museum of history. untuk ke sini naik MTR berdekatan dengan hotel anda, (macam jia, MTR Mongkok), pergi ke Red Line (train menuju ke Hong Kong) dan turun di MTR Tsim Sha Tsui. berjalan menuju ke MTR East Tsim Sha Tsui dan selepas dah tapkan kad octopus tu, tuju ke laluan menuju ke Hung Hom.


dari sini ada petunjuk untuk menuju ke sana, banyak cara untuk ke muzium, tapi jia pilih jalan yang tak buatkan jia pening haha. bila keluar dari sini, akan nampak la Hong Kong Polytechnic University sepanjang laluan jambatan ni. sangat cantik dan sangat besar ye. terfikir, awatlah poly aku dulu tak besar macam ni.


bila dah selesai turun dari jambatan, jangan risau. akan ada petunjuk-petunjuk seperti di bawah. kalau masih sesat juga, bagi sesiapa yang beli tourist sim pack dekat kedai 1010 di airport, masa sampai boleh pilih nak pakej apa.. tapi disebabkan jia ada sana 5 hari dan itu aja yang ada masa tu, beli lah pakej HKD88 dan install apps citymapper dan kalau nak tahu nak ke sana sini naik bas apa, sila lah install CitybusNWFB.. sangat membantu.


dua-dua muzium ni terletak di tempat yang sama. sebelah menyebelah je. jadi, naiklah escalator dan pilih muzium mana yang nak masuk. bagi kami, kami pilih muzium sains dahulu.

 dalam muzium ni bertingkat-tingkat dan berpecah kepada banyak section. sesuai untuk keluarga yang bawa kanak-kanak. sangat menarik.

bagi jia yang peminat sejarah, lepas puas pusing sekejap dari muzium pertama tu terus masuk ke muzium sejarah hk. sampai sekarang rasa woww.. sebab dia bermula dari zaman prasejarah tentang keadaan hong kong dulu hinggalah pada pendudukan jepun dan pembukaan hong kong serta sejarah industri perfileman mereka.





muka marah sebab tak ajak pi wedding.. hehehe

dah puas berjalan dalam muzium, kami pun dah penat. ambil keputusan untuk balik ke Mongkok dan cari makan di Ladies Market. Tempat tinggal kami dekat dengan Sneaker Street juga...  kami makan di restoran Our Restaurant - Turkish Doner dan ambil makanan yang ada set air.. ok la rasanya, janji kenyang :) jalan punya jalan, dapatlah jumpa t-shirt hong kong 12 = HKD100 bagi kami yang bajet, murah la.. :) kena simpan tenaga untuk aktiviti seterusnya..

**kami beli semua tiket-tiket untuk ke tempat-tempat menarik di Hong Kong dekat DingDing Travel. 3 in 1 (the peak tram +madame tussauds + sky terrace) HKD 190, Disneyland HKD 470, cotai jet (HKD180 - pergi dan balik) dan Ngong Ping (ok ni lupa) 

Wednesday 16 December 2015

wordless wednesday


Selamat Hari Pertambahan Usia, Jia



"Andai hatimu berubah
Pasti ku cuba fahami
Tetap ku melangkah terus berani"



alhamdulillah.. 13 disember lepas genap 29 tahun umur anak pakcik razak dengan makcik che'ah..
terima kasih untuk semua ucapan dan doa..
tentang pertanyaan bila nak kawin..
sebagaimana anda penat bertanya..
saya juga penat menjawab
serahkan semua pada Allah..
dia aturkan yang terbaik..
mana tau dari ramai-ramai yang mendoakan..
ada 1 yang makbul tentang saya akan berkahwin ke..
jadi berdoalah yang baik, semoga kesudahannya tetap baik..
salam sayang untuk semua..

Monday 7 December 2015

Bawa hati ke hong kong

Assalamualaikum..

Maaf lama menghilang.. Kerja hakiki sangat banyak sampai tiap hari balik malam. Mood ke daun bila hari-hari Pakcik telefon. Untuk apa? Biarlah simpan saja dalam hati.

Semalam baru balik dari kota raya Hong Kong. Selalu berangan nak pergi berdua.. Konon dengan yang tersayang.. Kali ni pun berdua la. Dengan kawan je. Ada kesempatan nanti, update tentang itenari. Penat sangat. Semalam balik, hari ni dah kerja..

P/s: orang gemuk untuk orang gemuk saja ke?

Monday 2 November 2015

wad?

pada yang bertanya-tanya di fb, terima kasih atas keprihatinan kawan-kawan semua. Inilah punca saya ditahan di wad. adalah terjadinya masalah komunikasi hingga saya ditahan 12 jam, walaupun sebenarnya mungkin 5 atau 6 saja.. hehe tak apalah :)

adalah kejadian-kejadian di wad yang menginsafkan dan mengajar saya sesuatu, tapi tak apalah.. mungkin kalau ada masa, saya titipkan.  kalau tak, cukup sekadar terbuku dihati dan muka buku.. :)
jam 4 petang, saya telah di bawa ke operation teater dan telah berjaya mendapat dua suntikan yang hampir membuatkan doktor tu ditendang hihihi..

kesannya masih lagi terasa hingga sekarang.. bila hujan memang rasa sakit, lemah dan nak nangis rasanya.. doktor kata 2 atau 3 minggu jangan buat kerja berat. tapi saya dah tekad rasanya. saya ingin bersara dari semua sukan terutamanya futsal. cukup sekadar saya jadi peneman encik abang (sekiranya bakal suami minat futsal huhu) kalau tak, tengok jela semua perlawanan Manchester United.saya sudah bosan untuk merasa sakit belakang lagi. :)