cookieChoices = {}; * C.J Diary *: June 2013

Wednesday 26 June 2013

bila tiada langsung duit di tangan, diri rasa rebah.. namun kerna aku tahu ini ujian untuk lihat samada hambanya mampu bertahan atau tidak, aku cuba bankit 0.00000000001 cm setiap saat.. aku redha andainya nilai hutang itu tiada dapat langsung.. itu kiranya Allah dah takdirkan bukan jadi rezeki aku..

walau nilainya besar. namun aku berfikir, yang harta atau duit yang ada pun pinjaman daripada Allah.namun aku selalu berdoa, permudahkanlah aku untuk membayar hutang piutang ku. demi Allah aku tak mahu lari membayar, aku bukan seorang yang lari dari itu. kerna aku takut aku akan meninggal sebelum sempat melunaskan hutang aku..

Hanya Allah yang mengerti.. hanya Allah yang mengetahui. pada kuliah ku.. maaf kita tidak jumpa untuk sem ini.. aku tidak mahu menambahkan hutang. ilmu sangat ku cintai, namun aku tak mahu hutang mengurangkan keberkatannya.

Aku maafkan orang yang tidak mampu melunaskan. aku faham bukan semua niat dia untuk tidak membayar. samada benar atau tidak. aku redha, dan aku halalkan. Moga aku mampu melembutkan hati orang-orang yang aku belum habis lunaskan hutangnya dan moga Allah membantu aku memudahkan dan mempercepatkan aku melunaskan semua. Ya Allah.. aku tahu ujian ini diturunkan kerna kelalaian aku saat masa senang ku, kekurangan aku mengucapkan kebesaran mu dalam setiap solat ku, dan kekurangan aku memberi pada orang yang memerlukan. Ampunkan aku Ya Allah.. sesungguhnya aku merasa pada tiap-tiap langkah aku, pedihnya seperti tertusuk kaca yang tajam. nafas yang ku hirup seperti sembilu. namun saat ku tutupkan mata dan mengalir airnya aku tahu aku masih ada-Mu Ya Allah. Tambahkanlah kekuatan dan kesabaranku dalam meniti titian ujian mu Ya Allah. aku rela kehilangan duit, daripada kehilangan saudara dan orang-orang yang mempercayai ku. kerna itu sahaja kekuatan aku selain rasa kepercayaan ku padamu Ya Allah.

p.s : rasa macam fikir ada ke kerja tolong orang dekat tempat-tempat jualan tapi boleh dapat RM 200 ke tiap kali datang.. hehehe.. ketawa untuk kurangkan kesedihan.. :)

Saturday 8 June 2013

hurmm



kadang-kadang saya lupa.. hati saya dah lama saya tak jaga.. makin retak.. saya tak mahu berjumpa dengan Pencipta saya dengan hati yang penuh retak, dan saya tak mahu orang yang akan menjaga saya bersusah payah untuk membentuknya semula.. maaf, saya rasa.. cukuplah.. saya menjaga hati semua orang..

Friday 7 June 2013

Allah sedang menguji.. Sabarlah Jia

banyak nya dugaan bulan ni.. banyak sehingga kadang kala aku jatuh terduduk dan menangis. peritnya dugaan yang melanda.. kesakitan yang hanya aku yang menyimpan dan Allah yang mengetahui. Aku bukan manusia yang lupa tentang janji, hutang, kerja.. tidak.. demi Allah aku tidak pernah melupakannya. Apa lagi yang melibatkan angka yang agak sukar aku lupakan.

Sakit, memang sakit.. sakit dengan kata-kata. Tak apa, cukup aku katakan aku memaafkan dan mohon maaf andai aku menyakiti hati sesiapa.. cuma ia memedihkan.. andai ada yang tidak mengetahui hal sebenar, namun berkata-kata tentang perkara yang mereka tak tahu, ia sangat menyedihkan. mencari dan berdoa selalu untuk kuatkan diri aku sepanjang melalui ujian dan dugaan dari Allah. Aku tahu kerna dari ujian inilah, Allah masih menyayangi aku dan mengingatkan aku dalam kelekaan dan kelalaian.

siapa lah aku, insan yang banyak lakukan dosa dan kesilapan. Namun aku berusaha untuk perbaiki dan menjaga hati insan lain hinggakan hati aku sendiri yang terluka. Tak pernah sekali aku merasa berbangga atas kesalahan yang aku lakukan, namun aku tetap berusaha untuk betulkan.. mungkin bukan sekaligus, tapi sedikit demi sedikit.


Kepercayaan.. Bukan mudah, kan? nak bina susah, nak runtuh senang. Jadi, pernah semua merasakan. Hilang duit, kepercayaan, semangat.. Rasa kesempitan, kesesakan, kepapaan,semuanya terjadi serentak dalam bulan ini. percaya dan ikhlas untuk cuba membantu, namun akhirnya aku yang menanggung seorangan.
Kepercayaan? memang aku senang beri pada orang. Namun andai tidak dihargai, aku memang sukar untuk percaya semula.. Kerana kepercayaan aku hilang dan lebih tepatnya aku alami kesempitan. orang tanya kenapa begini, kenapa begitu. kenapa sedih, kenapa macam tak sihat.. lebih baik aku diam dari berkata apa-apa. sebab kalau dulu pun aku bukan jenis bercerita tentang kelemahan dan keburukan orang lain, untuk apa aku berkata sekarang.. hurm.. malaikat mencatit kiri dan kanan. Allah memerhati apa yang dilakukan. Setiap kali itu, betapa aku takut akan dosa-dosa aku yang lalu.. moga Allah memberikan ku kekuatan dan melapangkan kesempitan dan  mengeluarkan aku dari kepapaan dan kemiskinan. serta tidak mencampakkan aku ke dalam kemalasan..

p/s : memikir dan memikir.. macam mana lagi jalan untuk aku mencari duit untuk mendaftar sem baru.. Ya Allah.. permudahkan lah aku membayar hutang piutang ku dan permudahkanlah orang yang berhutang dengan ku untuk membayar hutang ku secepat yang mungkin.. (T_T)