cookieChoices = {}; * C.J Diary *: October 2015

Friday 30 October 2015

Wednesday 21 October 2015

Kelly clarkson - breaking your own heart

Seboleh-bolehnya..

Aku tak mau marah..
Aku bergelut dengan kesakitan..
Kedatangan kau semula hanya akan menyulitkan semuanya..

Faham tak..
Berapa kali mau aku terangkan..
Aku... dah tak mau kau kembali...
Tempat kau pun dah tak ada lagi dihati..
2 tahun.. cukuplah..
Cukup kesengsaraan tu..
Apa yang aku beri.. aku tolong..
Aku dah lama kata.. aku halalkan..
Cuma aku dah tak mau tahu..
Sama ada kau sihat atau sakit..
Hidup atau tak.. aku dah tak mau ambil pusing..
Aku mau kau hilang begitu saja..

Buat insan bernama Y.. iya.. kau..
Sila teruskan hidup.. seperti mana aku teruskan hidup aku..
Sila janganlah anggap..
Kerinduan aku.. sayang aku.. untuk kau..
Tidak!!!!
Aku menanti yang lain..
Yang pastinya bukan lagi kau..

**pembohongan, pengkhianatan, pendustaan... tiadalah lagi tempat untuk orang seperti itu.. bangunlah dari mimpi..**

Jangan telefon aku lagi!!!!

Dah berapa kali aku dah kata.. jangan telefon aku lagi. Pembohongan kau tu pun aku dah tak boleh terima walau sebesar hama.. aku dengan kau dah tak ada apa-apa. Kau ngan aku dah lama putus, dan aku tak minta kau kembali.

Sila duduk diam dekat indonesia tu. Tak perlu kau cari aku lagi. Aku rimas, benci dan tak suka langsung. Jangan menagih perkara yang bukan milik kau. Syg? Sayang aku tapi berpeleseran dengan orang lain. Aku bukan perempuan yang boleh tutup mata aja dengan semuaini kononnya demi kebahgiaan aku.

Berhenti dari ganggu aku dalam apa jua cara sekalipun. Jangan lihat blog, jangan sms, jangan nak call.aku lebih bahagia bila kau tak ada dalam hidup aku. Aku mencuba unuk bangkit dari semua kesulitan masa lalu, jadi.. sila jangan muncul langsung. Apa yang kau cuba cakap, atau kawan-kawan kau.. atau kononnya keluarga kau atau sesiapa pun yang berkaitan dengan kau,, aku dah tak percaya.. Pergi hilang dari hidup aku..kau sudah hilang saat pembohongan kau yang terbesar.

Wednesday 14 October 2015

Perarakan Maal Hijrah 2015

Dalam berita dikhabarkan 50000 orang sertai perarakan paling besar tahun ini. Selalu jia join duduk dalam dewan aja. Kami berarak dari check point 3 ke masjid negara. Moga hijrah ini membawa kita semua ke arah kebaikan :)
**jahat betul diaorang ni. Tiap anggota polis ke, askar ke atau kementerian lalu.. dorang cakap jia.. jodoh kau ke tu.. cari cepat..hahaha

Tuesday 13 October 2015

Doa Awal dan Akhir Tahun

Salam Maal Hijrah


esok Jia antara 30000 yang menyertai perarakan yang akan berakhir di sana. Moga kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik..

Monday 12 October 2015

Wakaf dosa

Sempatlah melihat sebentar rancangan dai'e di tv3. Waqaf dosa.. apa itu wakaf dosa.. dosa pun boleh diwaqafkan? Bukan harta saja ke. :) saat kita menekan butang like, share kita dah pun berjaya mendapatkan satu saham waqaf dosa. Atas sebab apa? Sebab kita menghebahkan berita tampa kita tau samada benar atau tak terus kita viralkan hingga mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.
Cabaran dunia sekarang kan? Bila dikatakan zaman dihujung jari. 

Zaman pelbagai perisian. Sampai satu tahap tekan butang mute sampai setahun sebab selalu dapat mesej atau gambar salin dan tampal (copy and paste) yang bila kita tanya betul ke, sahih ke, kau ada ke kat tempat tu. Jawapan yang selalu dapat oh aku dapat dari group lain la, entah aku copy je. Rasa macam nak keluar group je sebab yang selalu buatni kawan yang rapat dengan kita. Bila tegur terasa la. Jadi selalu terpaksa sabar, sebab lepas tegur pun selalu buat balik.

Zaman 5 tahun lepas emel berantai. Sekarang whatsapp berantai sampai ke fb. Hentilah.. benda yang tak pasti ni. Takut jatuh tahap menfitnah. Dah la kita ni saham dosa selalu mencanak naik. Yang pahala makin kurus. Sanggup ke merangkak minta ampun di akhirat nanti? Moga ini pun menjadi pengajaran pada diri sendiri. Sentiasa belajar lari dari mendengar perkara yang belum pasti..

Sunday 11 October 2015

Sekadar coretan

Aku belajar untuk menerima hakikat..
Aku belajar untuk menerima kenyataan..
Aku belajar untuk terima kegagalan..
Aku belajar untuk fahami erti permasalahan..


Aku tahu erti kecewa..
Aku marah kerana hati keliru..
Kenapa terusik kerna dari awal itu bukan tempat letaknya hati..
Hati kau tidak diletak di atas dari mula lagi..


Terfikir ahh ini mungkin kerna diri..
Mungkin jika aku kurus sedikit mungkin pandangan awalnya terpahat ke aku..
Andai aku pakaikan pakaian yang menawan mesti nama aku yang terpahat..
Jika aku biarkan perhiasan wanita itu dibiar panjang mungkin jarinya sentiasa membelai..


Bila makin leka..
Makin terbuai cemburu..
Ingin selalu renungannya ku buru..
Hinggalah satu saat itu hati tiba terdetik..

Adakah itu yang ingin dibangga?
Yang ingin ditarik itu nafsu..
Tapi yang ingin dimiliki kononnya cinta sejati..


Haluan yang difikir lurus, tapi perbuatan yang mau ditonjol jadikannya berliku..

Tak mungkin mau digapai yang baik tapi dimulakan dengan yang busuk.,
Perbetulkan semula tindakan untuk menggapai niat permulaan..
Biarlah yang dicantikkan perbuatan bukan memperagakan badan..
Yang bersifat haiwannya banyak namun biarlah kita memulakan sifat kemanusiaan..


Biarlah sifat ku begini., dari menjadi yang lain,,
Hanya kerna mengajar yang belum tentu halal bagiku..
Telah dikatakan dari dulu. Yang baik jodohnya tentu yang baik..
Maka biarlah hati ini terus beristiqomah..
Kerna jiwa ini tau.. ia belum tentu lagi putih bersih..
Banyak yang perlu dibaikinya..

Wednesday 7 October 2015

Yup.. ini betul

Ramai yang kadang-kala lupa.. kasar macam mana pun dia tetap perempuan.. akan ada terasa hati.. akan rasa sensitif.. tetap jua ingin rasa disayangi :)

Tuesday 6 October 2015

Assalamualaikum..

If you can see into my eyes.. cewahh.. I'm a lil bit tired right now. My blood pressure slightly high this month.. have to settle so many thing and stand beside my sis for her battle.. wish me luck!! :)

Monday 5 October 2015

NEVER STOP DO'A

people around you will always say..
"this thing are good for you.." " that thing will make you fall.."
"see.. I told you before.."
.
.
.
.
yes.. I hear you..
yes.. I see your point..
yes.. I know it now..
.
.
.
"if you hear what I'm saying you never be alone"
"if you doing what I advise you before, you already have 2 children right now"
"see.. the boy that you dumped before get marriage and have a kid"
.
.
.
.
i'm tired of all the point..
thing you have to do this and that..
let us experience it..

remember that somewhere, someone also waiting to for you..
I'm know this upcoming Dec I will become 29..
and next year will turn to 30..
for someone in Malaysia, that's mean you are to old right now..
why do you not marriage yet?
trust me.. the person that also feel in my shoes right now..
we also want to get marriage, get some children..
build some dream with our lovely husband..
.
.
i'm not stop believing..
so can you also pray for me? :)

for future husband.. can you please hurry find me? :)
I already tired to tell them :)


Friday 2 October 2015

Jalan sesak.. argh!!

KL dan PJ.. dua tempat yang sinonim dengan sesak atau jammed dalam bahasa inggeris. Dengan jerebu yang masih belum tunjuk tanda nak berakhir, tersekat dalam kesesakan bukanlah benda yang menyeronokkan. Ni pun menaip masa tersekat ni... dok tengok jam. Tak sampai-sampai lagi dekat rumah..
Ramai asyik cakap jauhnya dari rumah.. hari-hari mengadap jammed mesti bosan kan? Akak, kalau lah adik ni boleh pilih kerja.. adik amik yang bukak pintu rumah, dah sampai pejabat dalam masa 5 minit.
Tapi bersyukur dengan apa yang ada temanya sekarang. Jadi bersabarlah wahai pencari rezeki. :)
For those tourist that plan to visit Kuala Lumpur or Petaling Jaya, don't worry.. just bring your mp3 and keep listening to the music. Don't panic if your fall sleep because yu still at that place more than 15 minutes. School holiday will start around november.. and yeah.. maybe the traffic will getting worse :'(