cookieChoices = {}; * C.J Diary *: October 2011

Thursday 27 October 2011

Tinggi Mana Pun Kita Mendongak.. Kita Tetap Pijak di Tanah Yang Sama..

ada apa dengan tajuk?? apa yang jia cuba sampaikan? manusia.. suka membezakan sesuatu.. apa yang membezakan manusia ni pangkat dan kedudukan..tapi itu kan pandangan dari kacamata manusia.. sebelum tinggi langit kita terbang, bukan ke kita bermula di tanah yang di bawah..

apa yang jia merepek ni?? terlebih makan kerepek ke?? huhuhu... bukan.. jia jenis orang yang memerhati.. dan asyik diperhati.. siapa yang tak marahkan?? kalau salah, baik!!! sila lah marah.. tapi cara dan adab kita masa nak marah tu yang membezakan samada kita nak mendidik atau kita saja nak cari pasal dengan orang..

sebenarnya, entri ni lama dah jia taip.. cuma simpan bikin pekasam.. bila dah jadi depan mata (kena batang hidung yang tak mancung ni) dengan orang lain (keje orang yang sama) rasa macam... erm.. macam mana ye..

mungkin masa awal-awal rasa memang meluat betul kalau tengok perangai orang good-good je ni.. tapi lama-lama jia rasa kesian.. orang macam ni hidup dia asyik tak tenteram je.. sebab kalau tak marah orang...xsah.. dan yang paling kesian... dari awal sampai akhir akan jadi bualan orang..
awak kalau agak tak boleh nak jaga pertuturan, cakap main lepas je.. silap ari bulan kawan pun lari.. usia dah meningkat.. ubah-ubah la ye... (psstt... sama je pangkat kita ni.. udah-udah la eksyen macam awak tu jusa ye.. sampai satu tahap, orang semua taknak kat awak ye..) kita makin tua.. patut dah makin matang tindakan kan?? jangan nak salahkan ibu mengandung ye...

Wednesday 26 October 2011

Team Bulding Siri 2 di Felda Tekam : Hari Pertama

inilah destinasi yang jia jajahi...cewah.. untuk team building tahun ni.. untuk yang menyukai suasana hijau macam jia ni, jia memang akan kata tempat ni best. tapi kalau yang non hado, buat la ape pun memang akan kata tak best.

kami bertolak daripada pejabat dalam pukul 10 pagi.. biasa la janji malaysia ni.. cakap pukul 9.00 pagi, kul 10 br bertolak nya... perjalanan makan masa 3 jam lah jugak, sebab kami berhenti dekat R&R Temerloh..

jalan yang banyak kona-kona ni buatkan jia pening-pening dan hampir termuntah... jia ni kampung kat melaka... mana la ada jalan belok-belok sangat.... kalau bakal suami dapat orang pahang atau duk dekat pahang (kalau la..) jia... terpaksa la kau bersabar dengan semua jalan yang bengkang bengkok ni... (waa....)

chalet dia?? memang best.. sampai jia terfikir kalau kat kampung buat macam ni mesti best (pening la cik yah tu karang...hehe) ni la dari pandangan luar chalet..jia duduk dekat chalet 23..


pandangan dalam (ehsan pakcik google)
tapi sebenarnya cadarnya kaler yang ini.. (ehsan pakcik google lagi)

tapi kalau la boleh buat penambahbaikan.. sila la betulkan siaran untuk televisyen 2.. tak jelas... bising.. pastu gambar hitam putih... terpikir pulak jia ni kat zaman mana sebenarnya..malam nya kami ada main permainan night tresure hunt.. nanti jia ceritakan kisah seterusnya ye...daaa

Wednesday 19 October 2011

Saiz tu Penting ke?

kenapa orang selalu menjadikan alasan laki tu tak sesuai dengan kau, sebab kau tinggi. perempuan tu besar sangat la dari kau... kurusnya laki/perempuan tu.. jangan pilih la... macam tadi, aku terus terang cakap yang pembantu ustaz yang bagi ceramah tu muka dia nampak jernih je.. manis je (aku bukan menggatal ye)... aku cakap macam tu.. terus dah orang tepi aku cakap eh tak sesuai la dengan kau, kau tinggi... bila aku tanya so?? jawapannya ala nampak macam tak kena la, dia renda sangat la.. aku membalas balik dengan pernyataan... kita memilih pasangan ni berdasarkan saiz fizikal ke? itu boleh menjamin kebahgiaan kita ke?? no no no... siapa yang mengenali aku tentu tahu aku bukan orang yang macam tu.. meh sini baca ciri-ciri memilih pasangan yang aku ambil dari komuniti i luv islam..



1) Mengawal Hawa Nafsu

Kita boleh perhatikan bagaimana lelaki atau wanita tersebut bergaul. Adakah terjaga batas-batas pergaulannya. Atau, bersenang lenang bercanda bermesra dengan berlainan jantina.

Ini amat penting. Semasa berumah tangga nanti, kedua-dua suami isteri akan bekerja. Seawal 6pagi sudah keluar rumah, pulang pula lewat malam. Maknanya, waktu di pejabat lebih berkualiti daripada waktu di rumah. Lelaki dan wanita yang mengawal hawa nafsu, dan menjaga pergaulan di mana-mana sahaja, sudah pasti lebih terselamat daripada fitnah yang memungkinkan lafaz "Aku Ceraikan Dikau" dilontarkan.

2) Di bawah naungan al-Quran dan As-Sunnah


Lelaki dan perempuan yang baik sentiasa merujuk kepada al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman hidup. Andai dia ditimpa musibah, kekeliruan dan kesulitan, dia menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan bagi membebat hati yang luka.

Dia tidak akan mengeluh, merungut, mengherdik, marah atas apa yang Allah uji ke atas dirinya. Pendek kata, kita boleh mengenal lelaki dan perempuan yang baik untuk dijadikan pasangan dengan melihat akhlaknya. Selalunya, akhlak lelaki dan perempuan tersebut terserlah ketika dia bersama-sama dengan lingkungan teman-teman rapatnya.

3) Beribadat kepada Allah

Seringkali apabila datang merisik si gadis, bakal ibu mertua akan bertanya, "Kamu kerja apa? Berapa gaji kamu? Pakai kereta apa?" Kita lupa untuk bertanya "Kamu solat tak?"

Lelaki dan perempuan yang baik akan diringankan hatinya untuk melakukan ibadah kepada Allah. Dia rindu untuk sujud merendahkan dirinya sebagai hamba kepada Allah. Kita boleh lihat, bagaimana seseorang itu rajin beribadah atau tidak. Adakah dia menghormati waktu solat ketika tiada keuzuran dan sebagainya.

4) Terikat Hati dengan Masjid dan Dakwah

Bermakna, rajinkah dia mengerjakan solat berjemaah? Sensitifkah dia dengan isu-isu semasa dan terlibat dalam proses dakwah dan humanisasi? Renung-renungkanlah

5) Berakhlak Mulia dan Berbudi Bahasa

Kata orang, hendak mengenal seseorang, kita memerlukan masa sekurang-kurangnya 2minggu. Ya, ada benarnya juga. Masa akan sedikit sebanyak memaparkan sisi-sisi negatif seseorang. Kawan saya Dr. Ahmad Hazim Abd Ghaffar pernah berpesan kepada kami rakan-rakannya (mengikut pemahaman saya seperti berikut):

"Semakin lama anda berkawan dengan saya, anda akan lihat kelemahan-kelemahan yang terdapat pada diri saya. Usahlah anda menggunakan kelemahan-kelemahan tersebut untuk membenci saya. Seharusnya, sama-samalah kita menutup lubang-lubang kelemahan antara satu sama lain kerana kita semua bersahabat kerana-Nya".

Kita boleh lihat bagaimana akhlak seseorang. Bagaimana dia bersama rakan-rakan, guru-guru, ibu bapa dan sebagainya. Ketawa tak ingat alamkah? Bercerita 24 jamkah? Bersuara seperti keldaikah?

ada ke dinyatakan saiz fizikal seseorang?? bagi aku, jika seorang lelaki itu mampu untuk membimbing aku dan anak-anak ku dan mampu menjadi ketua keluarga yang baik.. i will say yes.. aku perlukan seseorang yang bila aku pandang, rasa redup jek kemarahan aku, berbanding orang yang hanya tahu jaga kecantikan luaran, tapi dalaman nya kosong.. moga aku dipertemukan dengan orang yang aku inginkan... amin...

Saturday 15 October 2011

Dah Habis Dah...

minggu lepas muka aku..


nak senyum malas...
tension saja...
bila orang tanya...
STRESS!!!

tapi sekarang..
muka ada..


yahoo... tamat sudah sem ni...
jumpa lagi bulan depan ye utmic...

yeah...
yeah...
yeah..
.
.
.
er... alamak...

buku lupa hantar balik...waaa....
tukar mood balik...

Monday 10 October 2011

Hari Penentuan!!

dah berhempas pulas menatap buku.. memerah otak menjawab soalan.. bertikam lidah untuk dapatkan jawapan yang betul.. akhirnya hari ini dah bermula final exam untuk sem 1 2011/2012 kali. (aku bukan sem 1 yer)

mala sebelum nak exam...


mata asyik terbukak je.. jap tidur jap bangun.. mata asyik nak tengok benda ni saje..


sambil cakap dalam hati (mata-mata... tolong la tidur sekarang.. bagi fikiran tenang kejap.. tolong ye... tolong la)

pagi-pagi dengan azam yang jitu (cewah) letak kereta dekat depan psz, utmic...
tengok budak-budak semua..


siap ada yang macam ni lagi..


sabar semua....
selamat berexam yer..


selamat berjaya pada semua yang sedang mengambil peperiksaan...

Tuesday 4 October 2011

Tema Minggu Ni


sakit kepala sampai minggu depan...



achik nak exam dah minggu depan..
achik tak boleh main-main lagi..
sedia untuk stress yang BESAR punya.....

buat yang ambil PMR minggu ni..
all the best..
buat sehabis baik..
dan tawakal pada-Nya..
hwaiting!!!!!!