cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Saiz tu Penting ke?

Wednesday 19 October 2011

Saiz tu Penting ke?

kenapa orang selalu menjadikan alasan laki tu tak sesuai dengan kau, sebab kau tinggi. perempuan tu besar sangat la dari kau... kurusnya laki/perempuan tu.. jangan pilih la... macam tadi, aku terus terang cakap yang pembantu ustaz yang bagi ceramah tu muka dia nampak jernih je.. manis je (aku bukan menggatal ye)... aku cakap macam tu.. terus dah orang tepi aku cakap eh tak sesuai la dengan kau, kau tinggi... bila aku tanya so?? jawapannya ala nampak macam tak kena la, dia renda sangat la.. aku membalas balik dengan pernyataan... kita memilih pasangan ni berdasarkan saiz fizikal ke? itu boleh menjamin kebahgiaan kita ke?? no no no... siapa yang mengenali aku tentu tahu aku bukan orang yang macam tu.. meh sini baca ciri-ciri memilih pasangan yang aku ambil dari komuniti i luv islam..



1) Mengawal Hawa Nafsu

Kita boleh perhatikan bagaimana lelaki atau wanita tersebut bergaul. Adakah terjaga batas-batas pergaulannya. Atau, bersenang lenang bercanda bermesra dengan berlainan jantina.

Ini amat penting. Semasa berumah tangga nanti, kedua-dua suami isteri akan bekerja. Seawal 6pagi sudah keluar rumah, pulang pula lewat malam. Maknanya, waktu di pejabat lebih berkualiti daripada waktu di rumah. Lelaki dan wanita yang mengawal hawa nafsu, dan menjaga pergaulan di mana-mana sahaja, sudah pasti lebih terselamat daripada fitnah yang memungkinkan lafaz "Aku Ceraikan Dikau" dilontarkan.

2) Di bawah naungan al-Quran dan As-Sunnah


Lelaki dan perempuan yang baik sentiasa merujuk kepada al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman hidup. Andai dia ditimpa musibah, kekeliruan dan kesulitan, dia menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan bagi membebat hati yang luka.

Dia tidak akan mengeluh, merungut, mengherdik, marah atas apa yang Allah uji ke atas dirinya. Pendek kata, kita boleh mengenal lelaki dan perempuan yang baik untuk dijadikan pasangan dengan melihat akhlaknya. Selalunya, akhlak lelaki dan perempuan tersebut terserlah ketika dia bersama-sama dengan lingkungan teman-teman rapatnya.

3) Beribadat kepada Allah

Seringkali apabila datang merisik si gadis, bakal ibu mertua akan bertanya, "Kamu kerja apa? Berapa gaji kamu? Pakai kereta apa?" Kita lupa untuk bertanya "Kamu solat tak?"

Lelaki dan perempuan yang baik akan diringankan hatinya untuk melakukan ibadah kepada Allah. Dia rindu untuk sujud merendahkan dirinya sebagai hamba kepada Allah. Kita boleh lihat, bagaimana seseorang itu rajin beribadah atau tidak. Adakah dia menghormati waktu solat ketika tiada keuzuran dan sebagainya.

4) Terikat Hati dengan Masjid dan Dakwah

Bermakna, rajinkah dia mengerjakan solat berjemaah? Sensitifkah dia dengan isu-isu semasa dan terlibat dalam proses dakwah dan humanisasi? Renung-renungkanlah

5) Berakhlak Mulia dan Berbudi Bahasa

Kata orang, hendak mengenal seseorang, kita memerlukan masa sekurang-kurangnya 2minggu. Ya, ada benarnya juga. Masa akan sedikit sebanyak memaparkan sisi-sisi negatif seseorang. Kawan saya Dr. Ahmad Hazim Abd Ghaffar pernah berpesan kepada kami rakan-rakannya (mengikut pemahaman saya seperti berikut):

"Semakin lama anda berkawan dengan saya, anda akan lihat kelemahan-kelemahan yang terdapat pada diri saya. Usahlah anda menggunakan kelemahan-kelemahan tersebut untuk membenci saya. Seharusnya, sama-samalah kita menutup lubang-lubang kelemahan antara satu sama lain kerana kita semua bersahabat kerana-Nya".

Kita boleh lihat bagaimana akhlak seseorang. Bagaimana dia bersama rakan-rakan, guru-guru, ibu bapa dan sebagainya. Ketawa tak ingat alamkah? Bercerita 24 jamkah? Bersuara seperti keldaikah?

ada ke dinyatakan saiz fizikal seseorang?? bagi aku, jika seorang lelaki itu mampu untuk membimbing aku dan anak-anak ku dan mampu menjadi ketua keluarga yang baik.. i will say yes.. aku perlukan seseorang yang bila aku pandang, rasa redup jek kemarahan aku, berbanding orang yang hanya tahu jaga kecantikan luaran, tapi dalaman nya kosong.. moga aku dipertemukan dengan orang yang aku inginkan... amin...

2 comments:

Cik Da said...

x pa jia kita tgu jerk jodoh yg menanti pada kita insyallah tuhan itu adil dan akan sampai lelaki itu untuk kita...

Cik Jia said...

amin ya rabbal alamin..
moga kita sama2 mendapat kebahgiaan yang kita ingini..