cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Cuti Budget..Singapura (Bahagian 4) Makanan Halal di Universal Studio

Wednesday 2 May 2012

Cuti Budget..Singapura (Bahagian 4) Makanan Halal di Universal Studio

saja tak mahu nak buat entri apa yang ada dalam USS. cukup cuma aku cakap dalam tu ada 7 zon. malas nak buat entri sebab gambar banyak sangat, dan banyak blog yang dah bercerita apa yang ada dalam tu. tapi nak bakar sedikit, aku letak satu gambar saja. hahaha

tak apa.. orang yang kurang kiut memang suka buat muka macam ni.. huahuahuahua.. kiut kan? kan?
dekat dalam USS ni tak semua tempat yang halal untuk di makan. kalau yang lain tak kisah untuk nak makan semuanya, itu terpulang pada anda. tapi bagi aku, kalau dah tak halal, tak perlu makan. bukannya aku dalam keadaan darurat pun kan?

dalam USS yang di jual di kiosk semuanya tak halal.. yang boleh makan cuma nachos (yang masam) dan popcorn sahaja. semua zon ada kedai makan, tapi tak semua yang boleh makan. sila ambil map untuk cari lokasi, di situ memang ada tanda halal atau tidak. ni aku tolong bagitahu yang mana halal ye.

1. Mel's Drive-In (ihsan keropokman.com)
Mel's Drive In, Universal Studios Singapore
restoran ni terletak di zon hollywood. dekat sini untuk siapa yang nak makan makanan fast-food.. bagi aku yang asyik dok telan makanan western (akan aku cerita nanti) jadi aku dah tak nak tengok burger lagi. sini ada meal yang boleh anda pilih la.. kalau berkenan la..

2. Oasis Spice Cafe
ni pulak terdapat di zon ancient egypt.. ni tempat kedua untuk makanan halal dekat sini.. ni pulak lebih pada makanan arab, melayu (roti canai) dan india.. ada jugak set yang boleh di pilih. sebabkan jarak entri ni dengan tarikh yang aku pergi agak lama, aku cuma ingat sedikit nama set tu.. ayam butter. huhu.. harga dalam 10 ke 15 SGD.. rasa dia ok la, cuma aku tak boleh makan sayur yang dicampur dengan yogurt rasanya.. masam.. ahaa.. ni gambar dari pakcik google.. combo set 3 ni la yang aku makan... boleh lah..

3. Marty's Casa Del Wild

untuk sesiapa yang nak makan ala-ala thai sini lah tempatnya.. kedai ni terletak di zon madagascar dan kami tak pilih makan dekat sini sebab tak mahu makan tom yam.. (Malaysia kan lagi sedap.. jadi tak mahu bandingkan nanti.. huhu) ada jual satay, kari dengan tomyam.. jadi sebab tak nak rindu dengan makanan umah aku yang lagi sedap, aku tak mahu makan dekat situ.. sedih..

asal sedih je posing.. cute tak aku a.k.a C.J.. susah tau aku nak maintain kecomelan aku.. huhuhu

ok aku dah penat.. mana jalan keluar ni?? huhuhu cepat tunjukkan aku... ke aku salah pintu ni..

muka dah penat.. mahu pulang!!!!

 selamat tinggal USS



No comments: