cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Kenapa Tidak Berkahwin??

Thursday 31 May 2012

Kenapa Tidak Berkahwin??



JAWAPAN Jika Ditanya Tentang Perkahwinan ::

Kenapa Lambat?   = Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku.
Dah Berpunya?     = Ya.. Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing2.
Siapa?          = Nanti Allah akan perkenalkan kpd semua.
Bila?                     = Bila kami sudah disatukan.. InsyaAllah jemput datang ke Walimatul urusku nanti :)

P/S: Janganlah selalu bertanya bila orang tu mahu berkahwin kerana semua rahsia dia, terletak di tangan Allah... Sampai masa Allah akan membongkarkannya.. (^_^) 

ini di ambil dari email yang di hantar oleh seorang kawan.. terima kasih Fai. =) bagi aku siapa yang tidak mahu berkahwin? kalau calon dari imam muda ke, hafiz hamidun ke masuk meminang... belum dia sempat tanya aku dah landing baik  punya depan dia sambil jerit YES!! kuat-kuat (dalam hati saja la) hakikatnya menyebut lagi senang mencari.. orang yang pada awalnya tak mahu berkahwin, bila berjumpa yang sesuai pun akan terdetik niat untuk berkahwin.. ayat standard "tak ada siapa  nak dekat saya".. tapi ayat aku selalunya "ngorat kau pun tak lepas, ni nak ngorat orang lain" huhuhu.. hakikatnya, aku sedar aku punya banyak kelemahan.. nak imam muda, aku ni layak tak jadi ustazah pilihan? jadi sebelum mencari yang terbaik, baik aku persiapkan diri aku untuk menjadi yang terbaik. pasti yang terbaik akan mencari..

p/s : aku dah mula buat muffin la kek la.. lepas tu coklat.. nanti-nanti masak memasak pulak.. dah orang kata aku nak upgradekan profile aku.. my future mother in law.. where ever or who ever you are..I can bake and cook right now.. please love me more..huhuhu .. kita akan bertemu..jadi aku selalu berdoa dipercepatkan pertemuan kita pada bakal suami ku.. (sesiapa sahaja) Amin...

No comments: