cookieChoices = {}; * C.J Diary *: June 2011

Thursday 23 June 2011

Review Product : The Face Shop Natural Base Sun Cream SPF 42+

saya ada pigment yang tinggi.. (T____T) huhu sangat sedih..
tu lah malas lagi nak pakai sun block.. budget muka ala-ala hitam manis tak perlukan tu semua..
ha kan padan muka den.. high pigmentation (pengsan jap)
ni buatkan semangat berkobar-kobar dok pusing alamanda..
tapi tak ada yang berkenaan...
patah balik pergi jaya jusco dekat dengan rumah..
dan...
tadaaa....

ok kenapa saya sangat tertarik untuk membeli??
pertama sekali krim ni tak berminyak..
kedua sangat "blend"dengan kulit.. kita tak akan rasa macam pakai tepung gomak..
ketiga boleh dijadikan sebagai makeup base..

ele jia.. macam tak pernah pakai bb cream dulu.. ye pernah pakai.. tapi agak sedikit berminyak.. dan nampak macam tak berapa natural je. sebenarnya jia nak beli yang 38+ tapi dah habis.. jadi jia beli la yang 42+ ni.. 50+ pun ada tapi tu kalau kita bersukan dekat luar la.. harga krim ni 49.90 dan semasa entri ni ditulis, saya masih menggemari nya.. abg z.. sila beli untuk saya ye lepas ni.. huhuhu

Review Product : Skin Food

sepatutnya entri ni da lama di bubuh...
ampun kan saya ye jiran saya..
asyik tanya bila saya nak buat review produk ni...
ok, ini pengalaman jia..

buat siapa-siapa yang tak tahu..
skin food ni produk daripada korea..
seangkatan dengan hada labo, etude, faceshop dan lain-lain..
dan kalau kita tengok kebanyakan produk dari korea ni berasaskan tumbuh-tumbuhan..

ok kembali pada tajuk entri..
kulit muka jia jenis normal tapi sedikit berminyak dan liang roma yang agak terbuka..
jadi selama hampir 3 minggu ni la produk yang saya gunakan.

  1. Green Tea Cleansing Form

untuk pencuci jia pakai yang ini. masa nak pakai ni, jia picit cikit je. kalau boleh ukur dalam 0.7 cm je. basahkan sebelah tangan dan gosok. baru la letak kat muka.. memang rasa segar je lepas cuci muka sebab benda ni menyerap minyak yang berlebih-lebih tu. sebab ni daripada teh hijau, agak tenang la lepas cuci tu. serius, tak ada bau bahan kimia langsung. itu yang penting. tipu la kalau anda semua tak pernah ada terbeli pencuci muka yang bau kimia yang sangat kuat.

2. Peach Toner

salah satu sebab yang jia sangat berpuas hati dengan toner ni, cepat meresap dan bau peach dia sangat nyummy... toner ni sebenarnya berfungsi untuk mengecilkan liang roma jia yang agak jelas di pipi ku ini. dan yang penting muka memang rasa lembap jek lepas gunakan toner ni.. saya suka saya suka!!!!

last but not least...

3. Black Egg Pore Serum

ha ni bentuk botolnya.. kalau packaging nya yang di bawah

comel tak?? huhu.. ok kebaikan serum ni dia boleh digunakan siang dan malam (jangan banyak-banyak.. takut kulit berminyak lak) ok kebaikan serum ni boleh mengecilkan liang roma (liang roma boleh dikurangkan.. tak boleh hilang ye) dan menyerap minyak yang lebih-lebih dekat muka tu. serum ni boleh di bubuh pada muka dan leher (jia bubuh muka je..nak jimat huhu) paling bagus bubuh kat zon T dengan pipi sebab serum ni mudah menyerap dan kulit muka tak ada rasa minyak pun..

keseluruhan nya.. saya bagi 8/10 sebab nak bagi perfect tak boleh.. baru pakai nak dekat sebulan. tapi untuk orang yang kulit berminyak dan liang roma agak terbuka.. memang produk ni terbaik la. jumlah 3 barang ni jia bayar RM 130++ tapi tak lebih 140 la.. tapi produk ni boleh pakai dalam 2 bulan. kira ok dan berbaloi la.. kata sekarang mau kembali ke produk organik.. huhu..

ha mama iman.. puas hati untuk review minggu ni?? huhu