cookieChoices = {}; * C.J Diary *: March 2016

Thursday 17 March 2016

Cuti Bajet : Penang (Hari Pertama)

dah dua minggu baru nak taip entri.. maaf, kesibukan dengan kerja asyik bataskan waktu nak sapu-sapu sikit dekat dalam blog ni..26 februari, mengangkat semula back trekking yang berat itu, pergi semula bertemu encik pilot airasia. niat hati nak naik bas, tape memandangkan si Yaya mabuk kalau naik bas (karang muntah-muntah takut orang kata ngandung anak kedua lak aih)

jadi, kami bertemu dekat kl sentral. naik skybus ke sana. sebab naik bas pergi balik lagi murah dari naik klia ekspress.kami dapat pergi balik dalam RM15.00+- jumlah tiket pergi balik dan bas Rm117.92 jadi berbaloi rasanya. kalau ada banyak masa, ada yang dapat lagi murah dari tu. bagi jia dah ok dah. sebab masih dalam bajet lagipun kononnya nak membawa hati luar daripada KL.

jia selamat di Penang dalam 12.00 tengah hari. macam biasa ragam orang kita, kapal baru mendarat lepas tu masuk parking.. terus berebut-rebut nak keluar.. :) untuk kali ini, jia memilih untuk memulakan perjalanan dari Georgetown. untuk ke sana, boleh naik bas 401E dan kami pilih untuk turun dekat depan perhentian bas weld, konon nak makan dekat lebuh chulia.. sekali lupa la pulak hari tu hari jumaat.. bahahaha..

jadi kami pun menuju ke hotel untuk check-in. kali ini kami memilih untuk tidur di Guest House Thirty Three Steward Houze. hotel taraf untuk back packer ni harga untuk semalam hanya RM 35 untuk satu malam dan lagi suka bila dia ada tirai. jadi orang diluar tak nampak macam mana kita dalam tu :)



bilik air sangat bersih, walaupun bilik air perlu berkongsi..


perjalanan hari pertama bermula dengan... MAKAN... hehehe sebab masing-masing dah lapar. untuk jalan-jalan tambah lemak yang pertama ialah... Restoran Kapitan dekat Lebuh Chulia. nasib kami baik sebab kedai ni baru-baru je bukak lepas sembahyang jumaat, jadi orang tak banyak sangat.


 untuk kali ini, jia memilih Cheese Nan Set dengan air teh o ais limau. rasa dia? torbaek ar.. berbaloi dengan harga dia (RM12 tau uwaaa) tapi cheese dia banyak. ayam tandori not bad. bagi jia, mula-mula rasa masin sikit lepas tu pedas dan terakhir masam.. jadi, seimbang.. hehehe nasi beriani dia pun boleh tahan. dok kuis-kuis dalam pinggan yaya huhuhu.

tentu ada tahu pasal street art di Georgetown kan.. tapi disebabkan tujuan utama ke sini adalah MAKAN jadi bila terjumpa je. jadi banyaklah yang jia jumpa yang jenis wired :)




lepas sedap mencekik dekat Kapitan, niat di hati nak ke padang kota pula.. disebabkan risau pertambahan lemak dekat badan akibat makan saja, maka kami berjalan dari lebuh chulia ke sana disaat cuaca panas gila-gila.. makin golap lah den ni. oh, sepanjang dekat sana, awat makcik semua pakat sebut cheq orang pulau? cheq jawa tau makcik.. sepanjang perjalanan tu, asal nampak monumen je, jia snap. cantik la hai..




hajat dihati nak pergi muzium sebelah gereja.. tapi banyak pulak muzium yang tutup.jadi menapak pula ke Penang Time Tunnel ni.


 ok la.. tak ada la bosan sangat. sebab dia menceritakan sejarah tentang pulau pinang. tingkat atas pula ada 3d mural yang kita boleh tangkap gambar.


Yaya : Bila kau nak kawin ni?
Jia : Pedih.. Kuang Ajaq....


kalau ada yang berminat, silalah selalu lihat promosi dekat website dia, macam jia, jia dah print satu promotion yang ada dekat situ, jadi tiket  jia jadi RM13 sahaja.. selesai jalan-jalan, tekak pun rasa perit, macam nak minum sesuatu je. tiba-tiba teringat pulak coconut shake.. apa lagi jalan lah ke padang kota. dok pusing-pusing rupanya kami salah masuk food court.. waaa.... menapak lagi jauh rupanya...


akhirnya....... sampai juga huhuhu..


komen untuk air ni.. sangat sedap ok.. sangat sedap. siap tambah lagi secawan sambil curi-curi tengok macam mana dia buat air ni.. huhuhuhu tapi untuk air ni, sangat berbaloi jia menapak di bawah matahari yang sangat terik. tapi untuk ini.........

entahlah.. bagi jia, rasa macam nak tampar diri sendiri sebab makan mee ni. sangat-sangat manis bagi jia. sampai jia tercari-cari mana yang orang kata pedas. terbuktilah, tak semua punya rasa yang sama. sotong sebab dipotong halus maka rasa seperti makan getah je. untuk jia... tak mungkin datang semula untuk makan kali kedua.


untuk malamnya....... jia dah tak boleh nak masuk nasi. jalan punya jalan, kami pun pilih Restoran Tajuddin Hussein. er betul tak jia eja ni. jia pilih capati dengan ayam ros dan yaya makan murtabak ayam.. rasa? pasti akan datang lagi bila bercuti ke sini.. sangat sedap... :) orang kata kambing dia pun sedap, tapi masa jia datang.. kambing tak ada la... sedih..


perut dah kenyang.. balik lah,,, nak pi tidoq.. esok punya kita sambung nanti nooo....