cookieChoices = {}; * C.J Diary *: November 2012

Friday 16 November 2012

untungnya menjadi kanak-kanak

Saat jam menginjak ke 5.50 petang, aku dekat taman permainan dekat dengan rumah. Melayan kerenah anak buah aku yang nak sangat pergi taman permainan, jadi turutkan aja walau badan dah memang tak larat. Tapi sekurangnya boleh tenangkan fikiran.

Kenapa aku kata untung? Waktu kanak-kanak, tiada istilah takut melakukan sesuatu, orak cuma fikirkan mencari kawan dan melakukan perkara-perkara yang seronok. Tiada istilah tikam belakang atau mencari peluang untuk menjatuhkan orang lain. Paling lambat tak kawan pun 5 minit, lepas tu bersalam dan berkawan semula. Semangat tolong-menolong amat tebal waktu bermain... Tapi??

Aku masih tertanya-tanya.. Mana hilangnya semangat ni bila kita membesar? Dekat mana sifat tu terhakis? Akhirnya persoalan itu akan datang kembali pada kita. Bagaimana cara kita dibesar dan membesar. Dan kalau ada yang salah di antara itu, mahu kah kita mencorakkan anak dan generasi kita seperti itu?

*just asking myself*

Published with Blogger-droid v2.0.9

Be strong, my sweetheart

Oh ini bukan entri untuk kekasih.. Tidak.. Aku masih berpegang pada prinsip selagi tak ada hubungan tunang atau suami isteri, aku tak akan dedahkan siapa dia di blog. Bagi aku, biarlah dah betul laluan dan memang aku jadi miliknya yang sah baru boleh. Sebab kalau tak jadi, malu aja... Jadi bakal suami ku, tabahlah anda.. Kisah cinta sebelum nikah tidak elok di war-warkan.. Takut lepas nikah tak manis pula rasanya.. Kelat jek.. Hihihi... Itu apa yang aku rasa, mungkin yang lain punya pendapat berbeza dari aku :-)

Lupakan sebentar tentang itu, salah satu yang bertahta dalam hati aku ialah keluarga aku termasuklah anak-anak buah aku. Untuk entri yang lepas ada aku ceritakan sedikit tentang anak buah aku yang kena buat pembedahan.. Alhamdulillah, ni gambar selepas pembedahan. Rasa nak nangis bila tubuh kurus dan kecil tanggung kesakitan ni.. Tapi Anya tahu abang adie kuatkan. Langsung tak menangis teruk. Dan sekarang tiub dan wayar tu dah dikeluarkan dalam badan.. Syukur berjaya dan sekarang proses untuk bagi jahitan tu kering aja. Tapi anak buah aku kena cakap perlahan-perlahan.. Tapi yang paling menyentuh hati aku, bila aku demam teruk. Aku baring sebelah dia. Dia usap kepala aku dan bisik dekat aku yang dia sayangkan aku. Bila aku bawaj dia berjalan dekat Carefour dan bagi dia ambil apa yang dia nak. Bila nak balik rumah dia, dia salam dan cium pipi aku sambil cakap dia seronok dapat naik kereta aku.. Cepat baik ye sayang :-) nanti Anya bawak awak pergi beli beg sekolah ye. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday 2 November 2012

cuba untuk senyum

Banyak yang terjadi dan akan terjadi.. Syukur bukan pada aku, tapipada orang-orang yang aku sayang... Buat seseorang yang aku sayang, bertahanlah.. Bila kita mula beralih semula ke arah yang sewaktunya... Balik semula ke arah kebaikan, kita akan diuji samada kita benar berubah atau pun tidak.. Jadi sabar sayang, Insya Allah akan berubah kepada yang lebih baik.. Aku akan sentiasa ada disisi untuk beri sokongan dan kekuatan untuk kamu...

Isnin ni, anak buah yang kesayangan aku pula si adie a.k.a rusyaidi akan menjalani pembedahan waktu tu.. Untuk yang tak tahu, anak buah aku tu dari kecil kena pakai bateri dekat jantung dia..sebab denyutan dia tak kuat.. Sepatutnya umur 7 tahun baru buat pembedahan untuk ganti bateri yang dulu.. Tapi bila check hari tu, doktor kata dia dah kena tukar sebab bateri tu tak mampu nak tampung lagi.. Sebab adie aktif.. Adie sekarang 5 tahun.. Doakan pembedahan ini berjaya wahai pembaca yang membaca diari sebahagian hidup ku.Moga orang-orang yang aku sayang akan dapat kehidupan yang lebih baik dari ini.. Amin ya rabbal alamin...

Published with Blogger-droid v2.0.9