cookieChoices = {}; * C.J Diary *: June 2015

Friday 26 June 2015

Actually

I miss you..
I miss 'us'..
I miss our conversation..

I miss our joke..
I miss our dream..
Dream about our passion, career even about having a family..

Don't you miss me?

Cuti Budget : Pulau Dayang (Hari Kedua)

maaf, ambil masa yang lama untuk update entry yang seterusnya..
untuk hari kedua, pagi tu kami berlapan naik semula ke bot untuk pergi snokelling..
err bukan bersembilan tapi lebih pada berenam kot :)
sorang tak tahu berenang dan malas nak masuk air (itu saya )
seorang lagi agak takut-takut dan terus lepak dengan saya..
seorang lagi mabuk laut.. sekali je terjun..lepas tu dah pengsan atas bot
dan seorang lagi terjun sekali terus naik.. takut katanya..


ni la bot kecil yang perlu di naik untuk ke bot besar yang berada dekat tengah-tengah laut :)

kami di bawa ke tiga tempat di sekitar pulau dayang dan pulau aur untuk aktiviti snorkelling.
syam (budak yang bawa kami ke sini) ni pertama kali dia tengok orang snorkelling dekat dayang ni. selalu budak-budak dari singapura akan buat aktivti scuba diving je :)


jalan-jalan ke sekitar pulau dayang




ni la salah satu kenapa jia masih sunburn hingga sekarang. tahap kepanasan terasa hingga ke tulang.
ehh sibuk la batang joran si amoi ni. enterframe the view :)

mengagumi ciptaan Allah.


go rosemaria.. go go go
ni team snorkelling..
jia?
berkawal atas bot saja..


aksi-aksi sebelum terjun.. huhu

dalam pukul 12 tengah hari, dah tak larat dah nak melihat laut aja.. kami nak balik!! lapaq..

 antara yang kena tarik sebab tak naik-naik atas bot..


tunggu...


cepat-cepat naik.
sapa naik cepat dapat cikedis..


ni antara pemandangan dalam laut.. ikan-ikan ni tak jinak dengan manusia..
asal datang dekat dengan dia jek dia lari..
bila dah jauh baru kerumun ramai-ramai :)


kami kata ni ikan mahal ni..
makan biskut mahal, biskut yang kami makan selalu pulak tu 


dah-dah... pi naik atas cepat..
putuskan tali nanti baru tau.


dah sampai dekat pulau dayang ni, terus terjun balik.
eh bukan kata lapar ke tadi?


insan-insan yang tak boleh tak jumpa kamera..



peace..

selesai makan tengah hari yang sangat sedap dan pedas :) kami (jia, amoi, yaya, anna dan rosemaria) berjalan-jalan sekitar pulau dayang. ada banyak tempat yang cantik, tapi atas sebab-sebab tertentu :) cukuplah gambar tu ada dalam simpanan kami saja. dah penat-penat bermain air, ombak dan posing dekat pulau dayang, Ai (pekerja dekat resort) ajak kami ke pulau aur. tak lah jauh mana pun, seberang dayang je. tapi mesti dia rasa menyesal kot, sebab yang pergi semua yang comel-comel.. hihihi berpeluh jugak lah menolak bot ni.

puan yaya beraksi dekat pokok tumbang di pulau aur. :)
belakang tu jeti untuk sesiapa yang berkunjung di pulau aur.


peace..


antara rumah yang terdapat di pulau aur.

apa pun bagi kami, dayang masih lagi cantik :) sebab di pulau aur ni matahari terus bertumpu ke muka.. pokok-pokok jauh ke belakang. tapi dekat dayang, pasir pantai masih putih dan ada pokok yang boleh berteduh. matahari dekat pulau dayang dilindungi oleh batu-batu bukit di pulau tu. jadi dayang sedikit sejuk berbanding dengan aur.

cukup 10 minit, kami dah balik semula ke dayang. dayang tetap di hati katanya :) 
malamnya bintang sangat indah di langit. tak seperti hari sebelum ni, hari ni malam cerah, nampak bulan penuh dan laut pun tak bergelora. sangat sedap dengan angin sepoi bahasa :) 
tiada gambar malam yang boleh dikongsi,
ia terlalu peribadi :)

Wednesday 17 June 2015

Happy Ramadan



Alhamdulillah, ramadan bagi kali ni. Bagi umat islam di Malaysia, bakal menyambutnya esok. bersyukur kita bertemu lagi di dalam bulan ramadan, bulan kemuliaan. maafkan segala dosa dan apa yang telah berlaku :)

Tuesday 16 June 2015

Monday 15 June 2015

Pulau Dayang, Mersing : Hari Pertama

pernah dengar tentang pulau dayang? kalau sebut dayang, selalunya orang merujuk pada tasik dayang bunting di Langkawi. Tapi untuk kali kita ke Pulau Dayang, Mersing. Dekat mana Pulau Mersing.. Sila lihat peta di bawah :) Pulau ni antara pulau yang paling jauh dari tanah semenanjung.



trip kali ni bersama dengan geng-geng rakan sebaya. ye kami semuanya lahir pada tahun yang sama. ada yang dah pernah berjumpa di luar, ada yang baru pertama kali bertemu. satu kumpulan bergerak dari kuala lumpur dan kami berjumpa satu lagi kumpulan di johor bahru kemudian berkonvoi ke jeti mersing.

jadi jia antara kumpulan yang bergerak dari Kuala Lumpur. jumpa yaya dan mula bergerak jam 5 petang ke terminal bandar tasek selatan. atas sebab-sebab tertentu kami mula bergerak dari sana jam 8.30 malam T_T 

adalah berhenti sejenak di RnR Yong Peng untuk solat jamak pada 11.30 malam dan bergerak semula ke Johor Bahru jam 12 tengah malam. berkumpul dekat kedai nasi ayam penyet yang femes dekat sana (alamak, dah lupa la nama dia) dan memulakan perjalanan yang mencabar ke mersing ikut jalan jb-mersing jam 1.30 pagi. dengan kabus tebal, jalan yang sangat gelap dan sentiasa berdoa selamat la sampai di jeti. Alhamdulillah selamat sampai jam 6 pagi, bersihkan diri di masjid berhampiran dan selamatlah jumpa si sham ni dan loading barang dalam boat comel.

 nampak tak muka orang tak mandi dari semalam.. waa masing-masing teruja dalam kepenatan.
 posing lagi sekali.

oh ya, kami ke sana dengan menaiki bot selama 8 jam.. ye anda tak salah baca, ianya 8 jam pergi dan 6 jam balik sebab kami ada amik speedboat masa nak hampir ke jeti. tak sanggup nak tunggu air pasang pukul 6.30 petang padahal dah ada dekat sekitar tu jam 3 petang.

ni nama dia bot anak kucing.. comel kan.. secomel saiz nya.. :)


laut agak bergelora waktu ni.. terpaksa baring untuk mengelakkan dari muntah.. kita masih nak jaga kemachoan lagi :)

hilang rasa penat, mabuk dan pening kepala bila lihat  keindahan ciptaan Allah.. terasa macam di Maldives pula. berdepan dengan pulau dayang ni, pulau aur. lebih besar daripada pulau dayang.


ni lah resort yang kami tidur. dekat pulau dayang ni cuma ada satu chalet saja dan mereka masak sendiri. dan masakan diaorang sangat lah sedap.. :)

aktiviti malam kami hanyalah santai dan lihat pemandangan malam. malam ni agak berangin dan satu bintang pun tak nampak. kesudahannya bilik perempuan-perempuan comel (bilik jia la tu) masing-masing dah lena awal. sebab kami yang tak cukup tidur sepanjang perjalanan. jia cuma tidur sejam dalam perjalanan yang ambil masa dalam 12 jam.. :'(

selamat pengantin baru zul

hari yang sangat panas.. perjalanan ke seremban rasa sangat jauh..
tapi sebab ada teman yang "gila-gila"
asyik nak gelak je..


gambar tak pakai filter..
saja nak tunjuk yang kulit memang tengah hitam sangat-sangat..
kena gelak dengan mak dah tak terkata..
pakai baju cream, lagi lah kena bahan :)

selamat pengantin baru zulkarami a.k.a zul
akhirnya nikah juga..
semua dalam pejabat ni menunggu.. tahniah..

ada bertanya yang si oren bila..
jawab "kena ngorat sesiapa dulu la.. ada ke yang single lagi.. hahaha"
"eh ada la.. jap ye.. "

erkk alamak.. masak aku..

p/s : maaf.. berperang dengan kesedihan.. maaf, melawan kekecewaan. maaf, mencuba untuk membahagiakan semula. maaf.. cuba memaaf dan memujuk hati.. saat melihat perkataan u ada?.. oh dah hilang rupanya semua panggilan.. tak pelah.... tak apa sangat.

Friday 12 June 2015

Terasa cepat berlalu

Waktu kecil dulu...
Selalu berharap...
Cepatlah masa berlalu..
Tak sabar nak habis sekolah..

Sekarang..
Rasa macam nak masuk semula ke alam tu..
Waktu tu..
Masalah hanyalah sekolah..
Tidak lebih dari tu..

Hari ni..
Masalah kerja hanua cebisan dari masalah yang perlu kita hadapi..

Ni sewaktu saya darjah 6 amanah tahun 1998..
Sekolah Rendah Jalan Peel, KL
Boleh cari saya yang mana?
Dulu hingga kini.. Itulah gayanya..

Nanti nak buat gathering..
Hurmm semua nak bawak bf/tunang/suami..
Ahaishh..
Nak bawak siapa ni..

#stress

Tuesday 9 June 2015

Kawan Yang Bagus adalah

bila seseorang boleh terima..
kegilaan kita..
kekurangan kita..


 tak kisah la baru bertemu atau lama berkenalan..
punya minat yang sama..
terima kasih menerima kekasaran fizikal dan kelembutan rohani ku.. #maukenadushnanti

dan ramai yang tahu..
andai aku terlebih senyum..
terlebih berjenaka..
maksudnya aku sedang membina kembali..
kekuatan hati yang sedikit rapuh..

 
 secara luarannya..
aku mungkin dipandang seperti orang yang sangat ramah dan suka buat jenaka..
tapi kawan yang rapat dengan aku tahu..
aku ni orang yang sedikit "akward" dengan orang lain..
apa lagi kalau aku atau dia pernah ada rasa suka..

I will treat you base on how you treat me first..
but if you love me, I will love you more... hohoho

**orang yang lambat jodoh kadang kala bersebab.. kadang-kadang Allah beri masa untuk kita perbaiki hubungan kita dengan orang tua kita, dan beri kita peluang untuk perbaiki diri kita sendiri. Be a good one.. and you will get the best..
err.. dah kenapa korang nak kenen-kenen kan aku sekarang ni T_T

Wednesday 3 June 2015

I'm so depressed

I already get a letter from UTMSPACE regarding of my status. I'm not active for 4 semester. I really want to studying again.. But I didn't have money to continue my study. Should I quit?

But I have only a few subject to graduate from my diploma. I'm so stress.. About my life, love and now for this thing..

I'm not strong anymore.. Ya Allah, please give me a strenght and lead me to a right decision..

Wordless wednesday : Pulau Dayang, Mersing

Have been there last week. And already miss the beach.

Can I go to beach in our honeymoon... Please please..

Monday 1 June 2015

I miss you

Short sentences..
But have biggest meaning..
When its mean you..