cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Cuti Budget : Pulau Dayang (Hari Kedua)

Friday 26 June 2015

Cuti Budget : Pulau Dayang (Hari Kedua)

maaf, ambil masa yang lama untuk update entry yang seterusnya..
untuk hari kedua, pagi tu kami berlapan naik semula ke bot untuk pergi snokelling..
err bukan bersembilan tapi lebih pada berenam kot :)
sorang tak tahu berenang dan malas nak masuk air (itu saya )
seorang lagi agak takut-takut dan terus lepak dengan saya..
seorang lagi mabuk laut.. sekali je terjun..lepas tu dah pengsan atas bot
dan seorang lagi terjun sekali terus naik.. takut katanya..


ni la bot kecil yang perlu di naik untuk ke bot besar yang berada dekat tengah-tengah laut :)

kami di bawa ke tiga tempat di sekitar pulau dayang dan pulau aur untuk aktiviti snorkelling.
syam (budak yang bawa kami ke sini) ni pertama kali dia tengok orang snorkelling dekat dayang ni. selalu budak-budak dari singapura akan buat aktivti scuba diving je :)


jalan-jalan ke sekitar pulau dayang




ni la salah satu kenapa jia masih sunburn hingga sekarang. tahap kepanasan terasa hingga ke tulang.
ehh sibuk la batang joran si amoi ni. enterframe the view :)

mengagumi ciptaan Allah.


go rosemaria.. go go go
ni team snorkelling..
jia?
berkawal atas bot saja..


aksi-aksi sebelum terjun.. huhu

dalam pukul 12 tengah hari, dah tak larat dah nak melihat laut aja.. kami nak balik!! lapaq..

 antara yang kena tarik sebab tak naik-naik atas bot..


tunggu...


cepat-cepat naik.
sapa naik cepat dapat cikedis..


ni antara pemandangan dalam laut.. ikan-ikan ni tak jinak dengan manusia..
asal datang dekat dengan dia jek dia lari..
bila dah jauh baru kerumun ramai-ramai :)


kami kata ni ikan mahal ni..
makan biskut mahal, biskut yang kami makan selalu pulak tu 


dah-dah... pi naik atas cepat..
putuskan tali nanti baru tau.


dah sampai dekat pulau dayang ni, terus terjun balik.
eh bukan kata lapar ke tadi?


insan-insan yang tak boleh tak jumpa kamera..



peace..

selesai makan tengah hari yang sangat sedap dan pedas :) kami (jia, amoi, yaya, anna dan rosemaria) berjalan-jalan sekitar pulau dayang. ada banyak tempat yang cantik, tapi atas sebab-sebab tertentu :) cukuplah gambar tu ada dalam simpanan kami saja. dah penat-penat bermain air, ombak dan posing dekat pulau dayang, Ai (pekerja dekat resort) ajak kami ke pulau aur. tak lah jauh mana pun, seberang dayang je. tapi mesti dia rasa menyesal kot, sebab yang pergi semua yang comel-comel.. hihihi berpeluh jugak lah menolak bot ni.

puan yaya beraksi dekat pokok tumbang di pulau aur. :)
belakang tu jeti untuk sesiapa yang berkunjung di pulau aur.


peace..


antara rumah yang terdapat di pulau aur.

apa pun bagi kami, dayang masih lagi cantik :) sebab di pulau aur ni matahari terus bertumpu ke muka.. pokok-pokok jauh ke belakang. tapi dekat dayang, pasir pantai masih putih dan ada pokok yang boleh berteduh. matahari dekat pulau dayang dilindungi oleh batu-batu bukit di pulau tu. jadi dayang sedikit sejuk berbanding dengan aur.

cukup 10 minit, kami dah balik semula ke dayang. dayang tetap di hati katanya :) 
malamnya bintang sangat indah di langit. tak seperti hari sebelum ni, hari ni malam cerah, nampak bulan penuh dan laut pun tak bergelora. sangat sedap dengan angin sepoi bahasa :) 
tiada gambar malam yang boleh dikongsi,
ia terlalu peribadi :)

No comments: