pernah dengar tentang pulau dayang? kalau sebut dayang, selalunya orang merujuk pada tasik dayang bunting di Langkawi. Tapi untuk kali kita ke Pulau Dayang, Mersing. Dekat mana Pulau Mersing.. Sila lihat peta di bawah :) Pulau ni antara pulau yang paling jauh dari tanah semenanjung.

trip kali ni bersama dengan geng-geng rakan sebaya. ye kami semuanya lahir pada tahun yang sama. ada yang dah pernah berjumpa di luar, ada yang baru pertama kali bertemu. satu kumpulan bergerak dari kuala lumpur dan kami berjumpa satu lagi kumpulan di johor bahru kemudian berkonvoi ke jeti mersing.
jadi jia antara kumpulan yang bergerak dari Kuala Lumpur. jumpa yaya dan mula bergerak jam 5 petang ke terminal bandar tasek selatan. atas sebab-sebab tertentu kami mula bergerak dari sana jam 8.30 malam T_T
adalah berhenti sejenak di RnR Yong Peng untuk solat jamak pada 11.30 malam dan bergerak semula ke Johor Bahru jam 12 tengah malam. berkumpul dekat kedai nasi ayam penyet yang femes dekat sana (alamak, dah lupa la nama dia) dan memulakan perjalanan yang mencabar ke mersing ikut jalan jb-mersing jam 1.30 pagi. dengan kabus tebal, jalan yang sangat gelap dan sentiasa berdoa selamat la sampai di jeti. Alhamdulillah selamat sampai jam 6 pagi, bersihkan diri di masjid berhampiran dan selamatlah jumpa si sham ni dan loading barang dalam boat comel.
nampak tak muka orang tak mandi dari semalam.. waa masing-masing teruja dalam kepenatan.
posing lagi sekali.
oh ya, kami ke sana dengan menaiki bot selama 8 jam.. ye anda tak salah baca, ianya 8 jam pergi dan 6 jam balik sebab kami ada amik speedboat masa nak hampir ke jeti. tak sanggup nak tunggu air pasang pukul 6.30 petang padahal dah ada dekat sekitar tu jam 3 petang.
ni nama dia bot anak kucing.. comel kan.. secomel saiz nya.. :)
laut agak bergelora waktu ni.. terpaksa baring untuk mengelakkan dari muntah.. kita masih nak jaga kemachoan lagi :)
hilang rasa penat, mabuk dan pening kepala bila lihat keindahan ciptaan Allah.. terasa macam di Maldives pula. berdepan dengan pulau dayang ni, pulau aur. lebih besar daripada pulau dayang.
ni lah resort yang kami tidur. dekat pulau dayang ni cuma ada satu chalet saja dan mereka masak sendiri. dan masakan diaorang sangat lah sedap.. :)
aktiviti malam kami hanyalah santai dan lihat pemandangan malam. malam ni agak berangin dan satu bintang pun tak nampak. kesudahannya bilik perempuan-perempuan comel (bilik jia la tu) masing-masing dah lena awal. sebab kami yang tak cukup tidur sepanjang perjalanan. jia cuma tidur sejam dalam perjalanan yang ambil masa dalam 12 jam.. :'(