cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Menyesal kah kita??

Sunday 18 March 2012

Menyesal kah kita??

Manusia.. Tak kira artis, pemimpin mahu pun golongan pekerja bawahan seperti aku.. Merupakan pelakon atas bumi ciptaan Allah..

Kita tak hidup sendirian..hidup kita bermasyarakat..jadi apa yang kita buat, tak banyak, cikit akan jadi bualan orang. Kita tak boleh larikan? Kalau nak lari, kena masuk hutan. Tak ke jadi tarzan nanti.

Manusia, tak lari dari kesalahan..kadang-kadang percakapan atau perbuatan pun dah boleh melukakan hati seseorang. Aku tak bercakap mengenai aku. Sebab prinsip aku senang, kalau aku terasa cepat2 aku maafkan sebab bagi aku mungkin mereka tak sengaja (kalau asyik buat, 2 memang mengada la) cara yang mudah minta maaf sahaja dengan si polan dan si polan. Dan menyesal dengan apa yang telah kita buat. Itu memang bagus dan aku setuju caranya. Tapi bila dah bagitahu semua orang, hebah sana hebah sini, ok aku dah ragui. Tapi aku betulkan hati, orang itu memang berubah. Dia mungkin nak orang belajar dari kesilapan dia..

Alhamdulillah nampak perubahan dalam sebulan.. Masuk dua tiga bulan.. Eh mana janji dulu kata nak berubah..airmata turun dah macam air terjun tapi sekarang dah kontang. Betul Allah yang maha berkuasa, tapi kalau salah dengan manusia,hanya manusia tu yang dapat maafkan.kan dah susah. Dari orang melihat kita rasa kesian dan bersyukur atas perubahan, tiba-tiba meluat. Twitter dan facebook jadi alat pengantaraan.. Teman-teman yang follow jadi batu api.. Kesudahan keluar ayat.. "Terpulanglah orang nak kata apa. Kau kenal ke aku siapa.aku susahkan korang ke".. Mana hilangnya ayat "saya berubah dan menyesal kerana mulut saya jadi pergaduhan"..

Tepuk dada dan tanya diri kita sendiri.aku tak mahu jadi yang menjatuhkan hukum. Sebab benda ni akan balik pada niat yang asal.peringatan untuk diri, cukup cuma aku dan Allah yang tahu taubat dan penyesalan ku. Aku tak mahu jatuh ke riak dan menunjuk-nunjuk.

P/s : kemaafan kan dendam yang terindah bak kata kak aishah (kakak ke?) Hati akan tenang.. Percaya la.. (Perlu ke nak kena nyanyi tang chorus lagu kak CT tu)

Entri diupdate di henfon BB antik yang dah loose keypad kiri dan kanan sambil melihat Manchester United lead 5 gol lawan wolves..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: