cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Bersabar lah :)

Sunday 18 March 2012

Bersabar lah :)

Hampa..
Tak perlu di ulang perkataan itu. Dah jadi macam kawan baik pula. Manusia semua tak sempurna, tapi ego buatkan manusia selalu rasa dengan kekayaan dan paras rupa, meletakkan mereka sempurna dari yang lain. Terlupa kot, setiap kelebihan 2, tak sampai seminit tuhan boleh tarik. Tapi tak apa lah. Aku punya kekurangan, asalkan aku tidak lupa diri, aku dah bersyukur.

Benci...
Perasaan yang lama sudah ku buang.aku tak suka.sekali kita membenci orang, kita akan sakit. Sebab dari benci, jadinya dendam. Hati akan sentiasa sakit bila orang yang dibenci tak merasa sakit seperti apa yang kita rasa. Kan lagi haru? Sebab itu aku masih menyayangi kau, sebab makin lama perasaan tu jadi kosong. Perlu ke aku nyanyi lagu kosong dari Najwa Latif untuk kau atau mereka faham? Tak perlu kan? Malah aku doakan kau bahagia dengan cara yang kau pilih.cuma jangan buat benda yang boleh memudaratkan badan dan agama yang kau percaya. Aku tahu kau ingin berubah.. Berubah la,walau culture kerja menekan kau selalu. Aku tahu kau boleh.

Kecewa..
Banyak yang berlaku.. Benda kecik pun boleh buat kecewa. Aku memang sensitif.. Orang jek yang tak tahu. Tapi sensitif aku bukan budak-budak.benda kecik aku tak kan sentap. Tapi kalau jatuhkan diri aku, memang kau nak kena buku dengan ruas. Aku jarang marah, tapi orang yang dekat dengan aku, yang aku sayang tak kira sahabat atau kekasih yang banyak mengecewakan aku. Susah jika hanya aku yang terima kekurangan orang lain,tapi tidak kamu semua.teruskan.. Bila aku sudah bosan dengan semua ini, aku akan melangkah pergi. Jangan tanya kenapa aku menyepi. Tu semua kerana kamu semua tidak mengerti. Bila tiba hari itu, jangan kata untuk telefon, untuk balas mesej pun aku tak mahu. Kamu semua tahu aku penah buatkan? Jadi jangan cabar kesabaran dan kemarahan aku.

Mood aku tidak baik.. Sepanjang dua minggu aku akan begini. Hingga peperiksaan berlalu pergi. Hingga rasa pedih terhapus nanti..

Puisi kan aku???

cik jia a.k.a CJ
18 Mac 2012
7.44 malam..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: