cookieChoices = {}; * C.J Diary *: huh... entah..

Thursday 11 October 2012

huh... entah..

Sebenarnya aku nak buat entri wordless wednesday.. Tapi serius...sakit kepala ni buatkan kepala aku lebih menghargai bantal dari tab aku semalam.. Jadi maafkan aku mr.tabie2 (nama aku bagi untuk tab aku) aku rasa aku terkejut sebab ada seorang lelaki, yang aku rasa semua orang yang bertugas semalam dekat hotel tu merasakan dia seorang yang kacak.. Tiba-tiba datang dan approach aku.. Aku?! Yup aku.. Dan aku toleh semua perempuan di situ mulut cakap "oh men..." *walaupun maksud orang lain sebenarnya berlawanan yang aku cakap, hahaha aku tak mahu bercakap benda yang tutt atau sampah dekat diari aku ni..

Dia lelaki yang pertama bagi aku yang datang dan cakap "dah lama kerja jadi jaga escalator ke?" aku dah nak cakap "apa??"  tapi sebab anda punya senyuman yang bagi aku pertama kali aku cair.. Hahaha jadi aku senyum je. Bercakap-cakap dalam 5 minit sambil dia pusing-pusingkan blackberry dia.. Oh my gucci, dalan hati aku "wanna trade bb pin?" tapi sekali datang menteri terus kami terputus perbualan.. Apa kena mengena dia, aku atau kami dengan menteri.. Dia pegawai khas menteri.. Masa dia cakap dia PK, aku nak terlepas cakap apa benda tu... Sekali pegawai khas menteri.. Hokaayy... Bila tanya aku balik, aku jawab PT je.. Pembantu Tadbir secara spesifiknya... Mungkin dia tegur sebab bosan menunggu atau memang dia nak tegur tu wallahualam.. Kita tak tahu jati masing-masing.. Tapi ia menjadi topik hangat dekat office aku.. Hahaha tergoda dan famous aku sebentar..

Ridzwan from KPT... Nice chat with you.. Dan kawan-kawan aku, berhenti gosip.. Jangan cemburu sebab dia tegur aku dan yup, jangan cakap ada jodoh jumpa balik.. PK dan PT tu taraf dia jauh ye. Korang bercakap macam dia suka aku lak.. Sekali kalau terjumpa balik, jangan perasan ye awak, saya tegur sebab bosan jek. Hahaha kan haru..

*ada irang tegur aku muka makin macam budak-budak bila badan aku dah turun.. Ohoo.. Tak ada makna nya.. Yup, aku dah turun berat.. Dari 105 kg masa balik dari Singapura bulan Januari tahun ni,dan sekarang aku 90.. Turun sebab seseorang?? Tak ada maknanya.. Ia lebih sebab aku rasa aku nak cari baju susah.. Dan aku berdiet tanpa jemu.. Pil?? Tak.. Lebih pada kurang makan, dan jaga kolesterol... Ok daaa

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: