16 Mei.. siapa yang tidak mengingati tarikh ini.. tarikh yang sentiasa diingati.. banyak dilalui dengan insan yang bergelar pendidik. banyak kenangan suka duka bila kita mengimbau kenangan dulu.. berjumpa yang benar-benar ikhlas mendidik dan bertemu juga yang suka mengeji (nasib baik tidak mengajar saya). yang mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan pelajar dan ada juga yang mendoakan "awak semua ni kawin awal punya.. kerja pun dekat pasar raya je"
nasib berjumpa dengan guru yang ikhlas.. pada yang berjumpa guru begini, anggap ini antara pendidikan awal tentang kehidupan manusia. ada yang baik dan ada yang sebaliknya. namun apa pun, pada mereka lah tempat kita menimba ilmu dan mengamalkan ilmu yang di ajar. selama hari guru pada guru-guru di SK Jalan Peel (1993-1998), SMK Jalan Cochrane (1999-2003) serta pensyarah di Politeknik Ungku Omar, Ipoh (sem Julai 2004 - Disember 2006 di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer) dan Universiti Teknologi Malaysia (hingga kini) terima kasih untuk segalanya.. dan maaf, maaf, maaf dan maaf.. saya cuba jadi baik.. tapi nakal saya masih ada hingga kini :)