Friday, 5 September 2014
Thursday, 4 September 2014
Tertanya kah kita?
sedar atau tidak.. kita ada melakukan perkara ini.. termasuklah saya.. moga semakin berkurangan kita melakukannya..
Tuesday, 2 September 2014
Berhati-hati Ketika Menulis..
jarang.. untuk diperkatakan apa yang orang lain coretkan.. yela silap-silap kita di bahas kembali.. "macam kau punya bagus sangat" "kau tahu ke apa yang aku rasa. tak kan? jadi jangan nak memekak" antara perbualan yang akan kerap di kata kembali..
hurm.. berfikir sejenak.. selalu di katakan "apa kau fikir kau dah bagus sangat. kau pun banyak jugak buat dosa.. buat salah".. ya benar, namun tak kan lah nak tunggu diri ini sebagus ulama baru boleh menegur. alamaknya tidak akan berubahlah kita. bila namanya manusia, kadang-kala ada terkhilaf dalam pertuturan, penyampaian atau apa saja..
berbalik pada tajuk entri.. sekarang ini kita berada dalam dunia di hujung jari.. apa yang diinginkan, taip saja dan keluarlah semua carian. pernahkah kita terfikir hal ini akan terjadi dalam masa sepuluh tahun yang lepas? tentu tak tercapai akal kita dengan perkembangan sekarang. tidak salah menjadikan blog, fb, twitter atau apa saja laman sosial untuk menzahirkan apa yang berlaku dalam keadaan sekeliling termasuklah diri kita. kita memang punya hak untuk menjadikan medium ini sebagai diari hati online kita. nak tanya pendapat atau mahu berkongsi permasalahan serta luahan.
namun...
lihat kembali apa yang kita taip.. kita kongsikan.. kita luahkan.. kita pamerkan.. tak pernah ke kita terfikir yang anak-anak kita, atau cucu kita bakal melihat apa yang kita luahkan dan katakan.. hal-hal pertelingkaran rumah tangga.. dia curang.. kita curang.. kisah-kisah mertua.. belum lagi jika kita perkatakan tentang suasana kerja kita.. dan dengan semua ini sahaja dah boleh membuatkan pandangan orang pada kita akan ke arah kebaikan atau sebaliknya? benar, aku bukan tahu apa.. aku belum pun bernikah, apatah lagi bertunang. namun aku bercakap tentang pandangan.. suami/isteri bercerita tentang keburukan pasangan masing-masing.. tidak terfikir ke apa pandangan orang pada pasangan kita? "oh ni la isteri/suami si A ni.. bukan dia ni ada skandal ke dengan si B? hari tu si A tagged kan dekat status". "alaa.. kalau betul si A sayang isteri/suami dia, tak kan dia nak aibkan orang yang dia sayang, kan?"
lihatkan? apa yang di tulis dan di paparkan akan segera bertaburan seperti debu.. kita mengaibkan orang lain, keaiban itu akan datang kembali. "apa kau tahu bila dicurangi? diam dan duduk tepi tembok sana". Benar, aku tidak mengalami kesakitan begitu. paling kuat pun bercinta monyet, itu pun dah rasa sakit. namun itu bukanlah berikan kita hak untuk membalas sakit hati kita. ikut rasa binasa, ikut hati mati.. bila kita ambil keputusan untuk bernikah, kita menerima baik buruknya. berdoa bukan hanya update status di fb, namun sentiasa update status selepas solat. aku tidak merasakan kesakitan ini, namun aku hanyalah merasakan SABAR.. bersabarlah menerima ujian dan dugaan. Allah memberi kita ujian ini kerna Allah tahu kita mampu dan Allah ingin memberi kekuatan untuk kita menghadapi ujian mendatang.. sabarlah, Allah akan membalas setiap perbuatan yang salah. akhir perjalanan nanti kita akan mendapat kebahgiaan yang hakiki malah lebih dari sebelum kita menerima ujian.
**kalau kita membalas kembali perbuatan yang salah.. samalah kita meletakkan diri kita sama seperti kedudukan mereka..

Subscribe to:
Posts (Atom)