cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Sila Jangan Buat Aku Jadi Marah

Sunday 3 July 2011

Sila Jangan Buat Aku Jadi Marah

Setiap orang ada pendirian.. ada prinsip.. ada pantang larang..
ada cara.. dan ada batasannya..
aku.. meletakkan seseorang sahabat di tempat yang istimewa..
baik buruk sahabat.. kita perlu terima seadanya...
manusia.. punya kelemahan.. tiada kesempurnaan..
dan aku menerima kerana aku pun punya kekurangan..

prinsip aku..
jangan bercerita mengenai kekurangan orang...
sekali kita bercerita.. 10 kali orang mengata pasal kita..
kalau kita tak suka orang cuit kita..
kita jangan cuit orang kalau kita tak suka dicuit...
tapi kalau macam kes aku ni yang tak suka bercerita pasal orang...
pun ada yang berani bercerita...
kalau orang yang aku tak berapa rapat atau kenal aku tak kisah...
tapi......

kawan..
walaupun kau buat macam ni..
aku masih nak nasihat sikit..
hidup ada pasang surut.. naik turun..

ingat..
walau kita mengutuk-ngutuk ni..
budget orang yang dikutuk tak tahu..
tapi Allah tu maha mengetahui..

belajarlah menghargai sahabat..
nanti sahabat yang selalu kita cela tu yang bantu kita..
belajar memilih sahabat..
nanti sahabat yang kita sanjung tu yang menjatuhkan kita..

aku sentiasa memberi kepercayaan..
untuk mengetahui samada seseorang tu boleh dipercayai atau tidak..
terima kasih "sahabat"
kau mengajar aku yang tak semua orang punya nilai persahabatan yang sebenar..
dan yang paling penting..
tak semua orang mampu pegang rahsia atau keaiban orang..


nota kaki : shabat yang baik.. sahabat yang berkongsi susah dan senang.. dan menyimpan rahsia temannya.. walau teman itu tidak lagi bersamanya..

No comments: