cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Dunia... Macam-macam ada

Thursday 18 August 2011

Dunia... Macam-macam ada

sumber artikel : kosmo online

Remaja 15 tahun hamil anak luar nikah




THORNABY, Britain - Seorang remaja perempuan, Soya Keaveney (gambar) menggembirakan ibunya selepas dia hamil luar nikah ketika berusia 15 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika usianya baru menjangkau 12 tahun, Soya Keaveney pernah beraksi untuk sesi fotografi dengan cuma memakai pakaian dalam kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang model.

"Saya terkejut pada mulanya tetapi kini saya sungguh teruja," kata Soya yang kini hamil 16 minggu.

"Saya merupakan wanita yang pertama akan melahirkan anak dalam kalangan rakan-rakan saya, tetapi saya tidak fikir saya dewasa dengan terlalu cepat," tambahnya.

Ibunya yang menganggur, Janis, 48, turut gembira kerana kehamilan Soya membolehkan mereka memohon rumah kerajaan yang lebih besar untuk keluarga itu termasuk anak-anaknya yang lain iaitu Coco, Ritzy, Tarot dan Jake di bawah skim kebajikan Britain.

Soya mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Jake Gray, 17, hasil hubungan intim mereka pada Mei lalu.

Janis yang membenarkan Jake tinggal di rumah mereka menyatakan, anak perempuannya benci pengguguran bayi.

"Saya yakin dia akan menjadi seorang ibu yang baik dan akan mendidik anaknya dengan penuh disiplin seperti yang saya lakukan," kata wanita itu.


dunia makin membimbangkan.. bila siibu pun bersetuju bila anak mengandung luar nikah.. bukan menegur tapi gembira sebab dapat pindah ke rumah lagi besar dari sebelum ni.. hurm... bila kemewahan dan keselesaan mengatasi segalanya.. macam mana nak mendidik anak dengan penuh disiplin bila mentor kita sebegitu rupa?? moga-moga keluarga ku tidak diturunkan dengan musibah yang sedemikian rupa..

No comments: