cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Cuti Budget : Hong Kong (Hari Ketiga - Macau)

Thursday 7 January 2016

Cuti Budget : Hong Kong (Hari Ketiga - Macau)

maaf, lama sangat nak update entri seterusnya. ok lah. untuk hari ke tiga di sini, rasa macam tak seronok lah pergi HK tapi tak jejak kan kaki ke Macau. Ada dua cara untuk sampai ke Macau melalui Hong Kong. sama ada kapal terbang (untuk orang banyak duit) atau feri (untuk orang ada-ada macam den ni.. huhu). kalau anda memilih menaiki feri macam jia ni, akan ada 2 syarikat perkhidmatan feri dekat sini. boleh pilih Turbojet ataupun Cotaijet. Apa beza antara dua ni? Mungkin dari segi harga dan juga keselesaan. Mungkin. sebab jia naik cotai pun dah cukup selesa. mungkin jarak antara kaki dengan tempat duduk depan, agak rapat. bagi jia la :)

dekat HK ada 2 feri terminal ya. jadi sila tanya ejen tu mana terminal yang kita kena naik. bagi cotai, kita kena naik di HK Macau Ferry Terminal yang terletak dekat Shein Tak Centre.

sumber : pakcik google

 macam mana ingin ke sini? nak mudah naik saja mana-mana MTR stesen dan turn lah dekat MTR Shueng Wan dan ikut saja penunjuk. kita kena naik escalator hingga ke tingkat 5 dan cari kaunter cotaijet seperti di bawah.

sumber : wikipedia

tiket yang dibeli perlu ditukar dekat kaunter di atas sebelum dia bagi tiket sebenar. bila dah dapat, bawa diri dan tiket ke pos imigresen. Jangan lupa bawa passport kemana jua anda berada.. huhu.. bila dah siap imigresen, jalan je sampai jumpa kaunter kecik untuk dia berikan no tempat duduk dan silalah duduk. pastikan feri yang nak naik tu betul. huhuhu

**sempat lagi orang kaunter cakap good luck ya.. what??**

sumber : tripadvisor

bawalah daku pergi... cotai.... oh ya lupa pulak. dekat Macau ni sama macam Hong Kong. Bagi warga Malaysia, tak perlu visa untuk ke sini.


sebab jia naik cotai, kita akan turun di Taipa. betul-betul berdekatan dengan Lapangan Terbang Macau. kalau naik turbojet, dia akan turun dekat Macau Ferry Terminal. Jangan risau untuk ke mana-mana. sebab di Macau akan ada bas-bas percuma yang disediakan casino-casino besar. di setiap tempat pelancongan tu mesti ada berdekatan dengan casino. kalau tak nak, naik teksi atau bas tempatan pun boleh, tapi kena pastikan ada duit Macau ya.

sumber : pakcik google

jadi disebabkan kami nak merasa ala-ala drama BOF (Boy over flower) babak yang naik perahu tu.. jadi kami ambil bas Venetian. yang warna biru tu.


berjaya sampai!! wuhuu



dalam ni la yang dicari-cari. sekadar untuk lihat dalam ni saja. untuk ke sini, kita boleh naik lift yang ada di tepi dan terus pilih tingkat tiga.


ambil gambar sebelum di tolak secara kasar oleh orang-orang Mainland China. den ni yang bosa pun boleh ditolak-tolak.. haish.. sangat kurang ajar.


venetian ni gabungan 3 buah hotel ye dan peningnya berjalan-jalan dari satu kedai ke satu kedai.. tapi tak jumpa-jumpa jugak hard rock cafe nya. dalam pukul 1 petang, dah tak tahan rasanya duduk dalam ni. pening je. banyak setan rasanya. haha bukak balik peta macam mana nak keluar dari sini. tapi..... nak keluar kena la melalui mesin-mesin judi dalam casino ni.. tunduk je.. dalam hati.. (setan..setan..setan)

jadi destinasi ke dua ialah Senado Square. disebabkan tak dapat mencari bas yang terus ke sana dari venetian ni (mungkin tak sempat study sangat) maka amik bas semula ke Taipa terminal. dengan  menggunakan wifi bas yang lalu-lalang, maka kami naiklah bas Wynn.

ni lah kolam yang besar, yang terdapat bersebelahan hotel.


pertunjukan air..



sebenarnya korang boleh juga naik bas Grand Lisboa. belakang ni hotelnya. abaikan muka jia yang ni. ni dah mula migrain.


disebabkan Wynn terletak di seberang jalan, maka laluan bawah tanah ni yang perlu ditempuh. tapi masa pergi tu kami melintas je. nasib baik tak ada polis kacak dok tepi jalan. mau kena saman.


eh.. senado.. mana senado..


waktu jia ke sini, Macau tengah buat persediaan untuk sambut krismas. maka tiada la nampak senado nya di sini.


pameran replika lego dalam Macau Tourism. langkah kaki kiri lagi. tiada poskad percuma untuk di hantar ke Malaysia. sedih!!



jom mulakan pengembaraan. untuk ke tempat seterusnya...


St. Paul.

sakit kepala betul-betul dapat mencabar kesabaran dalam perjalanan ni. nak marah. nak salah sesama sendiri. sebab tak nak, terpaksalah menahan. naik ke atas juga, tapi suku tangga je. ramai betul umat. paling ramai biasa lah.. si pendominasi. tanah besar China.


perasan tak yang langit sentiasa muram atau tak cerah je sepanjang kami dekat sini. rasa macam tak sedap hati. jadi kami putuskan untuk pulang awal ke HK. pukul 3 petang dah menuju semula ke Wynn untuk naik bas, balik semula ke Taipa.


berehat sebentar untuk makan coklat, bagi tenaga cikit. tak jumpa kedai makanan halal dekat sini. bukan sebab tak ada. tapi mencari dalam sakit. apalah ertinya.


nampak menara Macau!!



patah balik semula ke Taipa Ferry Terminal. sampai kaunter dekat 4.10 petang. kaunter terus bagi tiket pukul 4.30 petang. tengok yang beratur dekat kaunter imigresen panjang, macam nak menangis rasanya. 4.20 baru dapat ke kaunter cotai untuk dapatkan no seat. ingatkan feri dekat je. rupanya yang paling jauh. T_T dengan kekuatan kaki yang jalan seperti watson nyambek, kami sampai dekat feri pukul 4.35 petang. nasib masih ramai lagi yang beratur nak masuk perut feri tu. separuh perjalanan, hujan lebat turun.. ombak naik turun.. dugaan betul. dengan migrainnya, nak muntahnya. separuh perjalanan lagi terpaksalah duduk dengan kepala mengereng ke kanan. rasanya Macau ni den tak boleh poie ni.

sampai di HK, lepas immigresen. perut berkeroncong. turunlah dekat MTR Kowloon mencari Chungking Mansion sebab dekat situ makanan sedikit murah dan kami tukar duit dekat Money Changer yang bagi rate lagi bagus dari tempat lain. malam ni memang tenaga dah tak ada untuk ke mana-mana. hmm..

No comments: