cookieChoices = {}; * C.J Diary *: September 2011

Wednesday, 28 September 2011

Kata-Kata Hikmah (Orang Lain Punya)

tiada kata pengenalan..
cukup sekadar gambar..
tapi maksudnya sama..
namun pengertiannya berbeza..






Kalau Tak Tanya Mana Nak Pandai...

aku rasa pepatah malu bertanya sesat jalan tu dah lama atok nenek kak cik cucu cicit dah guna pakai.. pepatah ni lagi 10 tahun kalau pergi tanya dekat budak sekolah rendah hari ni belajar peribahasa apa. dengan tanpa rasa segan silu dan konfiden nya jawap malu tanya sesat jalan.

tinggi mana pun kita duduk.. rendah mana pun kita pijak, ada satu-satu benda yang kita tak tahu tapi orang lain tahu. sebab tu aku selalu letak yang diri aku tak pandai mana... sebab tu setiap hari aku tanam dalam kepala yang aku perlu belajar sesuatu hari ni.. baik atau buruk benda yang kita belajar, kita yang tentukan sendiri. kita bukan budak-budak lagi yang nak kena tunjuk itu salah ini betul. aku tak kisah kalau berkongsi pengetahuan yang tak seberapa bagi aku ni.. sharing is caring.. tapi yang aku nak tekan kan ni ADAT BERTANYA...

adat bertanya atau cara kita nak dapatkan sesuatu.. perlu la ada akak... pernah ke korang datang rumah orang lain, tak bagi salam terus bukak pintu tanya dekat mak kawan korang tadi, "anak makcik ada tak? suruh dia keluar.." ha karang ada orang yang makan penampar karang.. itu yang aku..a.k.a senior yang lain rasa bila cara adik-adik ku mintak tugasan dekat kami. kami paham ada yang tak tahu atau tak paham sesuatu terutama sekali melibatkan aturcara, sebab ada jugak antara kami yang tak tahu. tapi jangan la tiap-tiap kali assignment mintak jawapan je. tapi langsung tak nak tanya macam mana dapat jawapan untuk soalan tu. asyik salin aja.. bila ada ujian bising-bising tak tahu nak buat. lecture cakap kat depan korang buat benda lain.. kami pun nak tegur senior dulu-dulu tanya baik-baik. sebab tu kami ok sekarang.. oh korang... tolong jangan buat orang lain tambah dosa.... sila tanya dan tanya dan tanya STEP atau langkah-langkah ye.. bukan terus TULIS JAWAPAN... sila la buat adik-adik ku... kalau tak buang masa datang kelas.. yuran bukan murah yer...

sekian,
anyeonng!!!!!!

Friday, 23 September 2011

Musim Peperiksaan Bakal Menjelang

exam sudah mau mari... oh dam haji...sem ni agak main-main dan kurang fokus.. apa yang buat cik jia ni kurang sangat fokusnya ni.. dush..dush..dush.. bangun jia...

kadang-kadang rasa macam nak hentak kepala kat meja lab supaya ilmu leh masuk tanpa guna pagar pon dalam kepala den ni.. ingat boleh lah bawak 3 subjek membunuh sem ni...

ha padan muka den... semua subjek teori aje... pensyarah ajar kat depan.. mata dah tersengguk-sengguk.. nak terlelap je pensyarah dah ada depan mata... "kamu paham?" erk..erk.. paham...... kot... huhu

sangat stress rasanya.. 3 minggu ujian berterusan jek... database, data struct, data comm... kumpulan data je yang tak ada..

kalau boleh dah nak buat macam ni dah...

**bagitau mak aku nanti..

orang selalu tanya, dah tu kenapa amik juga it ni... jadi, jia nak jawab... kenapa tak?? tak kan la orang lain banyak yang amik pengurusan pejabat la, pentadbiran awam la.. jia kena ikut juga?? nehi kan? setiap orang sukakan cabaran yang tersendiri.. nak ambil subjek tu?? confirm aku.....

Monday, 5 September 2011

Benda Yang Paling Ku Tak Suka Bila Raya

huh.. apa ni.. baru beberapa hari raya dah tak suka tak suka... kenapa jia kenapa??? sabar-sabar.. bukan tak suka pada kawan-kawan mahupun sedara-mara.. nehi nehi.. benda ni yang paling aku benci bila menjelang raya dan masa hari raya (tiap-tiap malam)..



oh apa la sangat benda-benda ni jia sampai kau nak benci-benci ni.. kalau keadaan sebelum ni memang la chek tak marah.. tak kisah langsung.. tapi bila da jadi macam ni..
.
.
.
.

rilek la jia..tak ada tak meriah la.. yang lagi best tukang jawab yang konon-konon mengaku pensyarah kata "ini budaya kita".. haa bagus la.. sapa la yang malang ambil pensyarah yang tak tahu membezakan budaya kita dengan budaya orang lain.. orang yang kononnya sibuk nak beraya ni.. belum tentu lagi penuh puasanya.. tahu maksudnya hari raya...

terpulang la kalau kau orang semua masih nak main.. tapi agak-agak la.. kalau jam dah mencanak lebih pukul 12 malam korang nak kata tak meriah lagi raya tu.. tak fikir ke dekat orang lain yang ada anak kecik ke, yang ada sakit jantung ke. kalau mati orang tu, tak ke kira korang ni dah jatuh ke pembunuh.. memang aku benci.. benci sebab anak buah aku yang sulung tu jantung pakai bateri.. boleh tak korang bayangkan bila bunyi meletup ni buatkan jantung dia berdegup kencang sangat sampai dia berpeluh sakan.. takut yang amat sangat.. jadi bagi aku, orang yang tak reti tidur ni kononnya beraya sakan adalah orang yang tak tahu sentiviti dan tidak pernah berfikir kesengsaraan orang lain. agaknya kalau ada ahli keluarga yang merasai sikit la sengsara tu, baru buat kan otak korang tu berfikir ke? huh...