cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Nilai Duit Raya

Monday 5 September 2011

Nilai Duit Raya



ada yang kata adat saja.. ada yang kata ikut-ikutan perayaan yang lain.. ni petikan daripada wikipedia..

"Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau""

bagi aku.. aku mengandaikan ia seperti sedekah.. aku ada melihat rancangan tanyalah ustaz di tv9 raya hari tu. tak salah sekiranya kita bersedekah pada budak-budak. ia sekadar memeriahkan suasana.. pelik orang dok cerita pasal duit raya la apa la.. tapi tak pulak nak cakap main mercun ke bunga api ke bukan sebahagian dari amalan.. tu dah sah-sah cedok dari kaum lain.. sanggup abis berpuluh-puluh ringgit untuk keseronokan yang tak sampai 5 minit. tapi bagi seringgit dua dekat budak-budak berkira sampai la abis bulan syawal..

sebut pasal duit raya, aku sekadar memberi apa yang aku mampu.. maklumlah walaupun bekerja, aku juga pelajar separuh masa.. jadi bayangkan kesempitan yang aku alami masa sekarang ni. (bersusah-susah dahulu ye) tahun ni memang rata-rata aku bagi duit biru je. baik yang dekat mahu pun jauh. ikhlas dan yang termampu dari aku. cuma yang menyedihkan kebanyakkan budak-budak zaman sekarang (apa yang aku lihat dan dengar) lepas dapat duit raya terus bukak sampul depan orang yang bagi.

anak sedara aku pun bila buat macam tu aku marah. sebab bagi aku itu tak hormat orang yang memberi.. bayangkan kalau orang tu, terutamanya yang kurang berkemampuan bagi seringgit atau 50 posen, bila budak-budak bukak " ala seringgit je.. baik tak payah salam.." boleh bergenang tau airmata atau terasa orang yang memberinya.. kadang-kadang budak-budak mengikut apa yang orang lebih dewasa buat.. selalu tak dengar ayat "apa la kau ni.. bagi seringgit je. kedekut betul" pernah ke kita fikir yang orang memberi tu ada masalah-masalah yang kadang-kadang kita yang agak dewasa ni pun tak mampu untuk memikir apa tah lagi menanggungnya..

aku bercerita berdasarkan pengalaman masa kecik.. teruja dengar abang sedara aku dapat 50 masa pergi beraya dekat rumah besar buatkan aku teruja keliling kampung dengan badan aku yang sekeping, rambut pendek bercekak kecik, dengan sedara laki-laki pergi la dari rumah ke rumah.. dapat paling sikit 5 hengget.. ciss tak puas hati lagi.. berjalan la sampai satu rumah kayu yang agak lama sikit sebab tak bercat. keluar nenek tua tu ajak kami masuk rumah dia.. kuih yang ada kebanyakkannya kacang-kacang..nenek ni masa salam bagi sekeping 50 sen. "nenek tak ada banyak duit nak.. ni je yang nenek mampu.. seronok sangat anak-anak beraya dekat rumah nenek ni.. tak ada pun budak-budak datang beraya kat sini tadi" cuba bayangkan kalau waktu tu aku cakap "50 sen je?" mau nenek tu sedih.. nenek tu mengajar aku erti kegembiraan beraya bukanlah pada nilai yang terdapat dalam sampul tu, tapi keikhlasan pada orang yang memberi dan nenek tu berjaya buatkan aku terus blah dari kumpulan sedara-sedara aku tadi dan terus pulang ke rumah.. rasanya nenek tu dah tak ada lagi.. tapi pengalaman dengan nenek tu memang aku ingat sampai bila-bila..

"kemeriahan raya bukan terletak pada gahnya persiapan, tetapi keikhlasan memberi pada orang yang memahami"

No comments: