cookieChoices = {}; * C.J Diary *: August 2013

Thursday, 29 August 2013

Sabarlah Wahai Hati.. Allah Mengetahuiya..Bukan Mereka

aku mendengar orang bercerita..bercerita tentang aku di merata-rata.. aku mengetahui si penuang nasi tambahnya.dari satu menjadi dua, dari dua merebak virusnya. sedihnya bila dikatakan sahabat, namun apalah ertinya jika bercerita tentang orang lain pada orang yang lain, dan orang itu pula hurmm cukuplah Allah mengenalinya.

tidak akan ku buka aib orang lain walau apa pun berlaku. biarlah orang lain melakukannya, bukannya aku. dan ada kata-kata yang menambah, ingatlah Allah ada sentiasa memerhati kita.mungkin benar aku ada mengatakan, bertanyakan sesuatu namun janganlah melebih-lebihkan perkara yang tidak betul. Allah saksi ku, cukuplah. aku redha atas apa yang telah berlaku pada ku. namun, demi Allah.. tidak ku ampunkan dosa orang yang menambah-nambah, orang yang menyampai-nyampai dan orang yang berkata tidak benar. cukuplah selama ini aku bersabar dan memaafkan kalian yang berkali-kali berkata tentang ku. ini masa susahku. Apa mereka perlu merasa kesukaran dan kesusahan yang aku rasai, baru mereka faham? jika ya, moga dirasakan sedikit kepadamu oleh Allah, jika tidak. sila lah berhenti dari menambah dosa dan dosa. kerna saat mereka berkata-kata tentang aib ku, saat itu juga tidak lagi ku ampunkan setiap butir-butir ucapan itu. cukuplah, aku benar-benar berkecil hati. moga aku tidak termasuk dalam golongan yang berkata aib tentang orang lain. aku tidak terasa hati andai yang berkata itu orang yang aku punya masalah dengannya, namun bila orang lain yang berkata.. hurmm terpulanglah. moga Allah memaafkan kalian, namun kali ini bukan aku. moga hati ku terbuka untuk memaafkan. tapi saat ini, masih belum lagi.

berikut dipetik kata-kata dari laman facebook abu sayef atau membaca keseluruhannya dengan klik di sini
264.Soalan: Apakah yang dimaksudkan buruk sangka (su'- ul zon)?

Buruk sangka (su'-ul zon) adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (buruk dan tercela). Manakala mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan buruk di dalam hati manusia.

Apabila timbulnya buruk sangka, maka sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan seseorang itu timbul sehingga terbukalah kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas. Ia adalah suatu penyakit hati yang akan menyerang sesiapa sahaja. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang lain ini.

Allah Ta’ala berfirman.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا“

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Surah Al-Hujurat ayat 12)

Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, kerana sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa.

Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus. Tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau keburukan atau aib orang lain, yang biasanya merupakan kesan dari prasangka yang buruk.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ
حْوَانًا

Maksudnya : “Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Hadis Riwayat  Al-Bukhari no. 6064 dan Muslim no. 2563 )

Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata, “Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”

Sufyan bin Husain berkata, “Aku pernah menyebutkan keburukn seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyyah. Beliaupun memandangi wajahku seraya berkata, “Apakah kamu pernah ikut memerangi bangsa Romawi?” Aku menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya lagi, “Kalau memerangi bangsa Sind , Hind (India) atau Turki?” Aku juga menjawab, “Tidak”. Beliau berkata, “Apakah layak, bangsa Romawi, Sind, Hind dan Turki selamat dari keburuknmu sementara saudaramu yang muslim tidak selamat dari keburukanmu?” Setelah kejadian itu, aku tidak pernah mengulangi lagi berbuat seperti itu” ( Bidayah wa Nihayah, Ibnu Kathir (XIII/121)

Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata: Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri dan melupakan keburukan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa gelisah. Setiap kali dia melihat keburukan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat keburukan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan keburukan orang lain dan melupakan keburukannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan keburukan dirinya”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.131)]

Beliau juga berkata,:“Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.133)]

p/s: tidak kah terfikir yang orang itu punya masalah dan doakan dia dipermudahkan urusan dan dipermudahkan membayar. bersangka baik dan berdoalah selalu. kerna aku juga melakukan yang sama pada yang meminjam. andai tiada, tak apalah. adalah doa ku pada mereka, namun ku bercakap dengan Pencipta ku, bukan dengan hamba-hambanya yang hurmm..... tak apalah Hasbi Allah, Wanikmal Wakil, Fanikmal Maula, Wa nikmal Nassir. Cukuplah hanya Allah tempat ku berlindung dan dialah sebaik-baiknya Pelindung.

Monday, 26 August 2013

Masih kah ada harapan untuk ku bangkit?

setiap hari bermimpikan kematian, setiap hari menangis.. terkenangkan ayat mengatakan roh yang tidak membayar hutang sebelum kematiannya, akan terawang-awangan di bumi. airmata tunduk kembali ke bumi.

berusaha ku bangkit, ujian tetap mendatang dan hebat, terdengar di bicara radio IKIM, antara faktor yang menyempitkan rezeki adalah dosa-dosa yang lalu yang kita lakukan. air mata makin menitis dan badan semakin longlai.

duduk di kerusi, fikiran terawang-awangan. mata tertutup, terfikir tentang pisau dan gunting. hebatnya syaitan menggoda dan merayu. potongkan aja nadi-nadi mu, urat-uratmu.. masalah akan selesai, saat kau tutupkan mata mu selamanya.. saat emosi seakan mengikut, subhanallah! astaghfirullahalazim air mata jatuh lagi kuat. tidak seringkah kau mau ibu ayah mu menitiskan air mata?? Ya Allah... ku raupkan muka ku semula..

bermimpi dalam saat ku menangis mencari jalan penyelesaian. dalam mimpi ambil sahaja duit-duit orang sekeliling mu. kau akan tenang, hutang tiada.. berjalan aku dan menghampiri tempat-tempat itu dan mencari. memegang dan saat membuka, menggigil aku hingga terkencing-kencing di situ. ku bukaka mata dan aku menangis. tegar kah aku melihat orang yang aku sayang menangis kerana kehilangan demi kehilangan yang aku lakukan dulu.

Ya Allah, hebatnya ujian Mu. menggigilnya saat aku cuba ingin bangun namun terjatuh semula. banyak yang aku hilang dan terbaru mungkin teman yang mempercayai ku, walau berpuluh cara ku lakukan, namun kehilangan jumlah itu buatkan semua yag terdekat dengan ku merasa sakit kerana ku. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku.ampunkanlah dosa-dosa orang yang berkata tentangku. dan itu berasal dari kesalahanku, ampunkanlah Ya Allah kerna aku mengampunkan mereka. aku tidak pernah menyesal dan mencemuh ujian ini Ya Allah. Hanya ku mohon ditabahkan hati dan tambahkan kesabaranku. tunjukkanlah jalan keluar dari permasalahan ini dan aku redha andai orang yang berhutang dengan ku tidak membayar/tidak mampu membayar hutangku. permudahkanlah urusan mereka membayar hutang mereka pada ku dan permudahkanlah aku membayar hutang kepada orang yang aku berhutang.

akhir-akhir ini banyak aku memikirkan tentang kematian. Janganlah kau tarik nyawa ku saat aku masih belum menjelaskan semuanya Ya Allah dan tidaklah mampu aku menjelaskannya melainkan Engkau menebusnya Ya Allah. kuatkan hati dan fikiran aku dan jauhkanlah aku dari melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

p/s : Angkasa masih kata tidak dapat duit sedangkan potongan dari gaji dah di buat sebelum raya. Ya Allah, satu lagi ujian yang perlu aku bersabar. masing-masing kata bukan salah mereka. Ya Allah, permudahkanlah, permudahkanlah, permudahkanlah...




Tuesday, 20 August 2013

Eh Tak Raya Ke?

baju baru ke? bukanlah.. baju dah banyak kali pakai..kuih raya banyak ke dah beli? tak lah.. saya buat saja. senang, bila dah kawin dan punya anak, saya nak mereka rasa air tangan saya. jadi apa yang baru? langsir? kusyen? teman lelaki baru? huhuhu semua tak ada.

oh tak raya la macam tu.. kan? kan? erm.. perlu ke kena ada benda baru, baru dapat beraya? pakai baju lama dan kasut lama tak dapat beraya ke? kena halau atau tak boleh masuk ye.. :) pertama sekali fahamilah istilah atau maksud hari raya. dan motif utama hari raya iaitu bermaaf-maafan. walaupun sebenarnya istilah meminta ampun dan maaf itu sebelum masuknya ramadan (ketika mendengar tazkirah di IKIM fm) namun andai tujuan kita bermaaf-maafan.. perlu ke kita lihat pakaian dan perkakasan yang dipakai? atau keikhlasan dalam meminta maaf? andai kita punya rezeki lebih, terpulang pada kita. andai tiada, perlu ke meminjam hanya kerna nak nampak seperti BERAYA?

si kecik yang suka beraya.. ada yang kata rupanya seperti makcik dia ni.. iya ke? :)

 

Saturday, 17 August 2013

Al - Fatihah

setelah bergelut 3 bulan, akhirnya Pakcik kesayangan ku akhirnya dijemput Illahi. tiada lagi suara yang besar dan garau tika bercakap di telefon, tiada lagi istilah women pc andai aku memotong rambut pendek, tiada lagi bunyi-bunyi mesin potong rumput disekitar kampung ku.berakhirnya era kepolisan dalam darah saudara ku. maaf pak long, sebab tidak dapat tunaikan hasrat pak long untuk lihat aku menjawat jawatan polis. takdir tentukan yang disitu bukan rezeki ku, walaupun aku sangat fit dulu..

jangan ditanya kenapa keluarganya ambil keputusan ini dan itu.. walau kita saudara, walau kita paling rapat.. namun yang merasanya tentunya keluarganya. jangan ditanya takdir dan ketentuaan Allah.. tentu Allah ada perancangan yang lebih baik. Alhamdulillah arwah sempat jaga awe (nenek) sebelum kematiannya. dia dah tentu ada kebaikan yang dilakukan untuk ibu bapa. saya mohon saya juga diberi kesempatan yang sama. Amin

Wednesday, 7 August 2013

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri

selamat hari raya aidil fitri diucapkan kepada semua yang mengenali secara maya mahu pun batin. untuk pertama kalinya ramadan ini sangat mencabar dan penuh dugaan. moga hari raya memberi satu sinar kebahgiaan pada diriku dan orang yang aku sayang. hanya doa mampu ku titipkan kern aku yakin Allah membantu ku memberikan kekuatan kepada mu. tak selamanya kita ditindas dan tak selamanya manusia yang yakin dengan harta dan pangkat sentiasa menang dan berkuasa. Kuasa Allah kan mengatasi segalanya. Percepatkanlah pertemuan diriku dan jodoh ku yang sebenar. moga aku bisa bahagia kembali..

permudahkanlah ya Allah.. permudahkanlah urusan ku dan dia, dan satukanlah kami dengan ikatan perkahwinan. ku menunggu mu dengan setia, wahai bakal suami ku :)

La Tahzan!