cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Masih kah ada harapan untuk ku bangkit?

Monday 26 August 2013

Masih kah ada harapan untuk ku bangkit?

setiap hari bermimpikan kematian, setiap hari menangis.. terkenangkan ayat mengatakan roh yang tidak membayar hutang sebelum kematiannya, akan terawang-awangan di bumi. airmata tunduk kembali ke bumi.

berusaha ku bangkit, ujian tetap mendatang dan hebat, terdengar di bicara radio IKIM, antara faktor yang menyempitkan rezeki adalah dosa-dosa yang lalu yang kita lakukan. air mata makin menitis dan badan semakin longlai.

duduk di kerusi, fikiran terawang-awangan. mata tertutup, terfikir tentang pisau dan gunting. hebatnya syaitan menggoda dan merayu. potongkan aja nadi-nadi mu, urat-uratmu.. masalah akan selesai, saat kau tutupkan mata mu selamanya.. saat emosi seakan mengikut, subhanallah! astaghfirullahalazim air mata jatuh lagi kuat. tidak seringkah kau mau ibu ayah mu menitiskan air mata?? Ya Allah... ku raupkan muka ku semula..

bermimpi dalam saat ku menangis mencari jalan penyelesaian. dalam mimpi ambil sahaja duit-duit orang sekeliling mu. kau akan tenang, hutang tiada.. berjalan aku dan menghampiri tempat-tempat itu dan mencari. memegang dan saat membuka, menggigil aku hingga terkencing-kencing di situ. ku bukaka mata dan aku menangis. tegar kah aku melihat orang yang aku sayang menangis kerana kehilangan demi kehilangan yang aku lakukan dulu.

Ya Allah, hebatnya ujian Mu. menggigilnya saat aku cuba ingin bangun namun terjatuh semula. banyak yang aku hilang dan terbaru mungkin teman yang mempercayai ku, walau berpuluh cara ku lakukan, namun kehilangan jumlah itu buatkan semua yag terdekat dengan ku merasa sakit kerana ku. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku.ampunkanlah dosa-dosa orang yang berkata tentangku. dan itu berasal dari kesalahanku, ampunkanlah Ya Allah kerna aku mengampunkan mereka. aku tidak pernah menyesal dan mencemuh ujian ini Ya Allah. Hanya ku mohon ditabahkan hati dan tambahkan kesabaranku. tunjukkanlah jalan keluar dari permasalahan ini dan aku redha andai orang yang berhutang dengan ku tidak membayar/tidak mampu membayar hutangku. permudahkanlah urusan mereka membayar hutang mereka pada ku dan permudahkanlah aku membayar hutang kepada orang yang aku berhutang.

akhir-akhir ini banyak aku memikirkan tentang kematian. Janganlah kau tarik nyawa ku saat aku masih belum menjelaskan semuanya Ya Allah dan tidaklah mampu aku menjelaskannya melainkan Engkau menebusnya Ya Allah. kuatkan hati dan fikiran aku dan jauhkanlah aku dari melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

p/s : Angkasa masih kata tidak dapat duit sedangkan potongan dari gaji dah di buat sebelum raya. Ya Allah, satu lagi ujian yang perlu aku bersabar. masing-masing kata bukan salah mereka. Ya Allah, permudahkanlah, permudahkanlah, permudahkanlah...




No comments: