cookieChoices = {}; * C.J Diary *: bicara dari hati

Wednesday 2 April 2014

bicara dari hati

Perbualan antara saya dan hati

H: Bagaimana..
S: Bagaimana apa?
H: Si dia.. kan dah lama menghilang..
S: Mungkin berjuang untuk menunaikan janji.. Bersangka Baik.
H: Percaya?
S : Insya Allah..
H : konon.. cintakan mu ikhlas kerana Allah..
S : Ya.. aku ikhlas menyayangi dia kerna Allah..
H : Tapi.. dia kan dah diam.. dia tinggalkan kau sekarang...
S : bila aku kata aku menyayangi dia kerna Allah.. maka aku meletakkan sepenuhnya kepada Allah.. apa yang Allah berikan adalah lebih baik. andai dia rasa aku bukan calon terbaik untuk menjadi isterinya.. teman suka dan dukanya.. ibu pada anak-anaknya.. itu adalah hak dia

H : Kau kan dah buat macam-macam untuk dia..
S : Pertolongan yang aku bagi ikhlas, dan aku redha kesudahannya..
H : kau tak takut orang lain gelakkan kau.. beriya bantu bangkitkan dia.. susah sama-sama.. sekarang orang mula perli dan kata tentang betul ke dia tu kerja ini.. betul ke dia macam tu..
S : yang mengata mereka.. yang berdosa mereka.. yang dikata itu mulut mereka..
H : kau tak sedih?
S : setiap malam.. setiap kesempatan aku menangis.. Tapi..
H: Tapi apa...
S : setiap kali aku menangis... aku takkan biarkan aku tenggelam dalam tangisan.. cepat-cepat istighfar.. dan ingat balik apa yang telah ku bicarakan dengan mu.. aku tahu hati.. tidak sekuat mana.. namun kita juga tidak selemah yang disangka.. lapkan airmata dan terus maju kehadapan..


siapa yang ingin merasakan kesedihan, keperitan dan kekecewaan.. kita mungkin inginkan setiap kali perhubungan tu bermula kembali dengan pernikahan dan berakhir dengan kematian. tapi siapa kita ingin mengatakan takdir ini salah..melihat kembali status adik-adik.. bila berlaku perpisahan.. "tanpa awak.. saya tak boleh teruskan hidup".. seminggu je dah naik status baru.. dalam perhubungan dengan sekian.. sekian.. sekian.. begitu rendah ke aku ingin letakkan perasaan itu serendah yang itu? bila sayang lepaskan.. berdoa dan letakkan semula kepada pencipta kita.. jika itulah jodoh yang tertulis.. dia akan datang kembali.. tetapi dengan menjadikan hubungan itu kepada suami dan isteri.. :)

No comments: