cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Fynn Jamal - Satu Pernah

Wednesday 9 September 2015

Fynn Jamal - Satu Pernah

Habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

Seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

Dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

Seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

Terlebur hancur kebal rusukku;
berkecai sepai, terpecah belah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

Dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

Takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

Takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

Takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh di darah.


**setiap kali melihat, setiap kali mendengar, setiap kali memahami.. jawapannya tetap sama.. kepedihan yang ditanggung kesan selepas semua itu berakhir.ia tetap sama**

No comments: