cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Seni Maaf

Monday 15 April 2013

Seni Maaf

bagaimana mahu mulakan ya. sebab tak sempat mendengar bicara itu sepenuhnya. tiba-tiba terdengar IKIM fm pagi tadi. Jadi apa dia seni maaf ni? Ia bersangkut paut dengan ujian itu sendiri. sedap penceramah tadi. tapi kekangan waktu dan siaran yang agak ber zzz zzz sekarang ni, hanya mampu mendengar dari telefon nokia yang model lama (bersyukur la kan.. ada yang telefon pun tak mampu beli. ada ke yang tak mampu beli telefon zaman sekarang ni? ada, lebih mudah untuk memiliki, lebih banyak untuk kehilangannya :) )

merujuk pada penceramah tadi, bila kita ditimpa bencana atau ujian terutamanya para isteri, bila suami buat perangai, bercerita berjam-jam pada orang lain tanpa menceritakan sendiri pada suami apa kesalahan yang dilakukannya. dan saat kita asyik mengatakan "saya tidak dapat memaafkannya, saya tak boleh memaafkannya" namun kita asyik memikirkan macam mana nak keluar dari permasalahan itu, hakikatnya kita tidak akan mampu memikir jalan-jalannya. pung pang memikir dari matahari terbit sampai terbenam lepas tu bangkit balik, pun kita masih tidak dapat jawapan untuk keluar.yang ada hanyalah rasa sakit hati, rasa tertekan, rambut pun dah macam singa namun kita masih disitu. Di titik dan tempat yang sama.

Pertama sekali, bersyukurlah. Kenapa perlu bersyukur saat ujian macam ni tiba? kerana Allah menyedarkan kita yang terlalu selesa di zon yang selesa. Faham tak? :) mengikut apa yang diterangkan oleh ustaz itu, dalam hidup kita perlu syukur, faham dan hayati. Saya kupas mengenai hayati saja lah ye :) apa maksud menghayati dalam kehidupan? hayati ialah dalam bahasa yang saya senang untuk tuturkan ialah kita ingin hidup dalam keadaan selesa seperti kereta yang memudahkan ke sana ke mari, makanan yang senang untuk dijumpai namun kita janganlah jatuh dalam zon yang sangat selesa. tidak faham? tak apa, saya cuba untuk menghuraikan. Dalam dunia yang semakin canggih, kebanyakkan para isteri memiliki pendapatan yang lebih tinggi daripada suami dan kebanyakkannya menolong suami dalam urusan perbelanjaan rumah tangga. Namun, jika bila suami merasakan "tak apalah, bini aku gaji tinggi. nanti dia bayar la tu, bayar la ni. tak payah aku bagi gaji aku. gaji aku sedikit, nanti habis" itu yang dimaksudkan dengan terjatuh dalam zon yang sudah selesa. Hanya kerana terlalu selesa dengan isteri selalu hulurkan duit, buatkan suami tidak mahu mengeluarkan nafkah. Jadi itu yang salah.

Jadi, bersyukurlah kerna Allah menyedarkan kita. Kelalaian kita kadang-kala membuatkan ia sebagai punca sesuatu musibah. Siapa yang selalu alpa saat kita mendapat kesenangan? Saya mengaku yang saya terlupa, kerna itu Allah menghadiahkan saya ujian yang sangat indah. untuk mengenang kembali apa yang salah dan betulkan sebelum terlambat. Tak ramai kan yang sempat berubah sebelum kematian menjemput? Jadi berkatalah Alhamdulillah.

Seterusnya, memaafkanlah sipolan dan sipolan. "Eh kenapa pula? Dia buat saya malu, dia buat saya rugi berbilion, dia buat saya seperti sampah...." "Saya nak doakan dia akan terima pembalasan, lebih teruk dari apa yang saya rasa, saya nak dia menderita, doa orang termakbul teraniaya...." Ye benar, cukup benar. Doa orang teraniaya memang antara doa yang makbrur. Apa yang diucapkan, sama ada lambat atau cepat akan diterima oleh orang yang menzalimi tadi... Tapi, walaupun pembalasan itu diturunkan, adakah hati kita akan merasa tenteram? hati kita mudah lupakan ke? Atau setiap kali bila bercakap tentang orang itu, adakah hati kita akan tenang? Hati, jika disimpan sedikit dendam atau perkara-perkara yang dapat menghitamkan hati, apakah hati kita makin lama makin tenang atau makin sakit? tepuk dada tanya selera. Maaf memang perkataan yang sebenarnya senang untuk dieja dan disebut, namun untuk mengatakan dan menzahirkan seikhlas dari hati adalah sangat sukar. orang yang senang memaafkan pula dikatakan tidak pandai sebab tidak belajar dari kesilapan. Bukan, bukan begitu. Tahukah, bila kita memaafkan seseorang, hati kita akan tenang. Jiwa kita tiada dendam, serahkan segalanya kepada Allah, kita tidak mengetahui sebab musabab perkara itu terjadi, jadi berhak ke kita menjatuhkan hukum atas sebab yang kita tidak pasti? Pulangkan lah semula pada Allah :)

Bila dua perkara ini kita lakukan, dengan izin Allah akan terbuka lah segala jalan untuk keluar dari permasalahan dan ujian yang melanda. Bila fikiran dan hati tenang, segalanya lebih mudah. Kan Allah dah sentiasa ada untuk manusia yang bersabar. Berdoalah, agar hati dan fikiran kita menjadi tenang, ujian ini kan dicipta untuk mendekatkan diri kita kepada pencipta kita yang maha Agung.

No comments: