cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Pulau Dayang, Mersing : Hari Pertama

Monday, 15 June 2015

Pulau Dayang, Mersing : Hari Pertama

pernah dengar tentang pulau dayang? kalau sebut dayang, selalunya orang merujuk pada tasik dayang bunting di Langkawi. Tapi untuk kali kita ke Pulau Dayang, Mersing. Dekat mana Pulau Mersing.. Sila lihat peta di bawah :) Pulau ni antara pulau yang paling jauh dari tanah semenanjung.



trip kali ni bersama dengan geng-geng rakan sebaya. ye kami semuanya lahir pada tahun yang sama. ada yang dah pernah berjumpa di luar, ada yang baru pertama kali bertemu. satu kumpulan bergerak dari kuala lumpur dan kami berjumpa satu lagi kumpulan di johor bahru kemudian berkonvoi ke jeti mersing.

jadi jia antara kumpulan yang bergerak dari Kuala Lumpur. jumpa yaya dan mula bergerak jam 5 petang ke terminal bandar tasek selatan. atas sebab-sebab tertentu kami mula bergerak dari sana jam 8.30 malam T_T 

adalah berhenti sejenak di RnR Yong Peng untuk solat jamak pada 11.30 malam dan bergerak semula ke Johor Bahru jam 12 tengah malam. berkumpul dekat kedai nasi ayam penyet yang femes dekat sana (alamak, dah lupa la nama dia) dan memulakan perjalanan yang mencabar ke mersing ikut jalan jb-mersing jam 1.30 pagi. dengan kabus tebal, jalan yang sangat gelap dan sentiasa berdoa selamat la sampai di jeti. Alhamdulillah selamat sampai jam 6 pagi, bersihkan diri di masjid berhampiran dan selamatlah jumpa si sham ni dan loading barang dalam boat comel.

 nampak tak muka orang tak mandi dari semalam.. waa masing-masing teruja dalam kepenatan.
 posing lagi sekali.

oh ya, kami ke sana dengan menaiki bot selama 8 jam.. ye anda tak salah baca, ianya 8 jam pergi dan 6 jam balik sebab kami ada amik speedboat masa nak hampir ke jeti. tak sanggup nak tunggu air pasang pukul 6.30 petang padahal dah ada dekat sekitar tu jam 3 petang.

ni nama dia bot anak kucing.. comel kan.. secomel saiz nya.. :)


laut agak bergelora waktu ni.. terpaksa baring untuk mengelakkan dari muntah.. kita masih nak jaga kemachoan lagi :)

hilang rasa penat, mabuk dan pening kepala bila lihat  keindahan ciptaan Allah.. terasa macam di Maldives pula. berdepan dengan pulau dayang ni, pulau aur. lebih besar daripada pulau dayang.


ni lah resort yang kami tidur. dekat pulau dayang ni cuma ada satu chalet saja dan mereka masak sendiri. dan masakan diaorang sangat lah sedap.. :)

aktiviti malam kami hanyalah santai dan lihat pemandangan malam. malam ni agak berangin dan satu bintang pun tak nampak. kesudahannya bilik perempuan-perempuan comel (bilik jia la tu) masing-masing dah lena awal. sebab kami yang tak cukup tidur sepanjang perjalanan. jia cuma tidur sejam dalam perjalanan yang ambil masa dalam 12 jam.. :'(

14 comments:

Anonymous said...

hai,, nak tanya berapa kos awk ke sana ye? teringin nak pergi jugak.. ada ambil pakej ke?

Cik Jia said...

hai.. saya dan kawan berurusan dengan budak bot tu.. sewa bot dan pakcik dia memang yang uruskan pulau dayang tu. kalau tak salah.. dalam 2900 siap dengan makan 3 kali sehari.. jadi bila bahagi dengan 8 orang dalam 362 macam tu..

Anonymous said...

Kalau nak pergi short trip ke sana 2 org mcm mn ae

Reena Sulaiman said...

boleh x bg contact number budak bot tu? tq

Reena Sulaiman said...

< hai boleh x bg contact number budak bot tu? TQ

Anonymous said...

Salam,boleh tak nak dptkan no pakcik yang awk berurusan tu?tq

Anonymous said...

Salam,

Sis,
kalau tak keberatan boleh beri contact no &email ke?


Dia tak guna feri yer hanya bot je ke?
macam kecil je kan..seram pulak tgk bot tu sbb 8 jam kan naik bot..hihi

Cik Jia said...

hai reena.. maaf lambat reply. baru ada kelapangan. boleh pm saya dekat twitter? sebab tak bagus la pulak nak letak no hp orang dekat public :)

anon 1 : saya cadangkan baik pergi lebih dari 2 sebab boleh jimatkan duit untuk naik bot.

anon 2: saya berurusan dengan budak :) kebetulan masa pergi, bot pakcik dia saja yang ada.

anon 2 : kalau nak contact dia, emailkan pada saya la.. zeera.razak@gmail.com sebab budak ni tak ada email. selalu call atau whatsapp aja. tapi nak dapat cakap dengan dia memang azab cikit sebab dia selalu ulang alik ke aur. jadi coverage teruk. mungkin boleh deal naik speed boat kalau takut nak naik bot nelayan macam saya :) sana tiada feri

Muhamad Idham Fahri said...

Hai assalamualaikum. Boleh tanya tak? ada number untuk saya hubungi berkenaan dengan resort ni? Kalau boleh nak mintak bagi detail sikit tentang Pulau Dayang ni? Maklumlah tak pernah pergi pulau ni. Saya berasal dari Pahang. Thanks awak :)

email : mohdidhamfahri@gmail.com

Anonymous said...

Assalam. Bminat nak bwa students k sna.. blh bg ctct no bdk yg awk burursan tu..
Email sya.. n_aida72@yahoo.com

nur fatin ezaty said...

salam sis . bole minta contact person pulau dayang nie tk . yg awak berurusan .
email saya : azri93aziz@gmail.com

HN said...

Cik, mmg la tak bagus letak no telefon org kat sini secara public , tp kalau bussiness purpose kan lagi elok di warwarkan sipaya bisnes nya makin maju! Cik kalau letak no phone tu di sini nnt misti org tu happy sbb dpt iklan free . Maaf ye sy org bisnes juge , sy pon suka dpt iklan free heheheh

Unknown said...

Assalamualaikum. nak tanya, dekat pulau dayang ada line internet or wifi tak? apa je kemudahan yang ada? sebab nak buat cerita pasal pulau dayang, tapi takut tersalah info. betul ke dekat situ tak ada private bathroom? ada banyak komuniti masyarakat (kampung) tak kat pulau dayang?

Cik Jia said...

hai.. maaf.. agak sibuk, lambat nak reply.

pada idham, aida & fatin : saya dah balas pertanyaan awak semua. bagitahu semula kalau saya tak ada balas ya.

HN : terima kasih untuk pandangan awak tu.. :) tak apalah.. pada saya lagi elok bertanya.

unknown : saya pergi tahun lepas, jadi tak dapat nak pastikan ada wifi atau tidak. tapi waktu saya pergi dulu tak ada dan line yang ada hanya maxis yang 1 atau 2 line saja. bilik saya ada private bathroom dan setau saya semua bilik ada. komuniti (kampung) terdapat di pulau aur sahaja (setakat waktu yang saya pergi) jadi kalau di sini ada anak kecil, pagi-pagi mereka akan ke sana naik bot. pulau aur di depan pulau dayang saja :)