cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Kawan Selamanya

Monday, 13 July 2015

Kawan Selamanya

Sedar tak sedar, dah 16 tahun rupanya kami berkawan.. Ada yang 12 tahun bergelak ketawa.. Dari berenam, sekarang berlima.. Bila dah seorang dah berjumpa pasangan untuk meneman hingga ke akhir hayat, jadi berenam kembali..

Banyak yang berlaku dalam tempoh persahabatan yang lama. Ada terguris, ada yang terasa namun diakhiri dengan kemaafan dan teruskan kehidupan..

Nasib sempat bertemu tahun ni. Ada yang mengusik bila nak duduk di jerman, senang nak datang beraya dekat negara omputih.. Rasa macam nak hempuk pinggan ke muka :)

Terima kasih untuk gelak tawa satu kedai. Terima kasih toowomba untuk makanan yang sedap tapi berpatutan.. Sekarang masing-masing dok meneka.. Siapa seterusnya, akan berdua selepas ni?? :)

**pertama kali naik mitsubishi asx, bumbung di buka, nampak langit yang cerah. Nak beli? Tak mampu la haishh :) terima kasih si polar sebab bagi merasa naik kereta mahal.. Hihihi**




No comments: