cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Thursday, 16 July 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

sedar tak sedar.. ramadan bakal melabuhkan tirai..
syukur masih dapat menjalankan aktiviti ramadan..
walau kali ini paling sedikit dapat melakukannya..
namun masih bersyukur dapat melaluinya..

apalah raya tanpa bersama keluarga..
moga dapat bertemu, berlaga pipi, bertepuk tampar sambil bergurau senda..
walau dihati masih merasakan tiada rasa mau ke kampung yang sudah bertukar ke bandar..
mungkin perlu mencari lelaki yang punya kampung lepas ni.. :)




sekali lagi..


saya masih insan yang melakukan banyak kesalahan. namun dengan kesalahan tersebut, saya belajar untuk menjadi lebih baik. jika dalam pembelajaran saya itu membuatkan ada hati-hati terasa atau terguris, dengan rasa rendah hatinya saya memohon ampun dan maaf. percayalah, dalam hati saya tidak mempunyai apa-apa perkara yang boleh menghalang saya dari memaafkan semua. hati saya ingin dipenuhkan dengan kasih sayang, tanpa ada setitik hitam kerna berdendam. selamat hari raya semua.

**tahun ini masih di melaka, kerna kedua ibu bapa berasal dari sana.. mungkin kah tahun depan bertukar?? Jeng jeng jeng.. hihihi gurau saja. moga apa yang terbaik terjadi pada kita tahun ini dan tahun-tahun mendatang. :) **


No comments: