cookieChoices = {}; * C.J Diary *: H.E.L.L.O untuk teman lama

Thursday 12 May 2011

H.E.L.L.O untuk teman lama



hello..
fuh...sejuk nya...
akhirnya.. turun hujan di petaling jaya.. syukur sangat-sangat.. dah berhari-hari panas aje..
kali ni dapat la rasa sejuk sikit.. oh..bukan pasal hujan yang ingin dibuat entry.. dapat baca gambar diatas? saat ni, tiba-tiba teringat.. teringat semua kawan-kawan lama.. yang baik.. yang tak berapa nak baik sangat.. dari zaman sekolah ke zaman di politeknik dan sekarang di zaman pekerjaan serta universiti.. bukan kawan semasa yang duk teringat-ingat sekarang.. tapi teman-teman lama.. bila masing-masing dah kawin.. dah nak kawin serta tak kawin-kawin lagi (aku ler tu) seronok imbau zaman-zaman nakal..

masa sekolah rendah dulu, aku ada kawan yang sangat aku sayang dan sampai sekarang masih tak ada siapa dapat saingi ranking dia dalam hati aku ni.. cewah.. kami susah sama susah.. duit belanja kongsi sama-sama.. kalau aku tertinggal bas sekolah, dia sanggup tunggu aku dan kami jalan kaki sama-sama. jarak dari sekolah dan rumah (masa tu aku duduk rumah penjaga) 2 km. sampai pukul 1.30 petang, pukul 2 masuk seolah agama. dulu aku nakal sangat, malas sikit belajar tapi sebenarnya aku tak la tak pandai. (kena masuk kelas kedua tinggi masa darjah 5 & 6.. sangat tertekan kena saing dengan budak pandai) jadi bila BM saya dapat markah 65 (siapa yang dapat C kat kelas kami alamatnya nahas la lepas tu) korang tau tak setiap karangan dulu cikgu copkan 1 jadual untuk nk letak markah kn? cikgu BM aku cop kan jadual tu 4 kali dekat muka aku. dekat pipi kanan dan kiri serta dahi dan dagu aku yang tajam tu. 1 jam lebih aku duk kat tandas dan kawan aku ni sanggup tunggu aku. persamaan kami suka buat lawak jek. walau aku selalu dominasi dia dalam kelab, sukan dan pelajaran.. tapi gia tetap dekat sisi aku.. dan dia orang pertama yang tahu aku ala-ala crush dekat budak laki. dah 13 tahun aku tak jumpa dia lagi.. Nur Faiz Diana Omar.. i really miss u!!

zaman sekolah menengah..waktu ni aku masih ala-ala baik.. teringat masa geng aku waktu form 3. siap ada buku diari lagi.. setiap minggu sorang akan tulis satu entry apa yang dia buat minggu tu atau dia ada terasa antara satu sama lain. dan dari sana aku belajar untuk bina kepercayaan antara satu sama lain. terima kasih semua..masuk form 4 aku jadi nakal waktu tu. kalau semua tengok muka aku yang ala-ala suci ni, mesti tak sangka ada prawn di balik mee...hehe.. panjat pagar, panjat tembok, tengok wayang waktu sekolah la apa la.. tapi aku insaf ye masuk form 5 tu.. (adik-adik.. jangan jadi macam akak ye) untuk kawan-kawan nakal aku (nik, ecah, matus, yune) dan kawan-kawan lavocah aku (nawal, mak lang, poksu, pakcik, polar) serta budak-budak kelas ku dan budak-budak sukan, sekali lagi.. saya sangat merindui kalian!!!

terakhir sekali..
buat kawan-kawan politeknik ku.. yang dah jadi ibu atau ayah.. yang bakal jadi.. yang nak tunang dan bakal tunang.. serta bakal berkahwin.. lupakan apa yang pernah terjadi.. masing-masing pun dah ada pasangan sendiri (dan sekali lagi.. semua yang pernah suka aku semua da nak kawen.. cess..damn it) lama dah tak jumpa.. apa khabar semua.. sila jangan segan silu message..chat..atau ym aku yer.. dan tolong... jangan tanya aku bila nak kawin la.. dah ada yang punya ke.. cakap aku memilih la.. bosan da aku nak jawap soalan tu..

annyeong!!

No comments: