cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Terima Kasih Cikgu!!

Monday 16 May 2011

Terima Kasih Cikgu!!

Kami Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

bagi guru-guru malaysia..mungkin setiap tahun inilah lagu yang paling sedap anda dengar.. walau dah banyak kali guru-guru nyanyikan, tapi masih semangat di lagukan.

terima kasih buat cikgu azian yang mengcop muka saya (sila rujuk entry h.e.l.l.o kawan lama) cikgu buatkan saya tersedar dari lamuan dulu. saya selalu rasa saya ni tak pandai mana, masuk kelas kedua sebab nasib aje, tapi cikgu sedarkan saya ada kepandaian saya sendiri.

buat cikgu inggeris saya, cikgu selvachandran (kalao tak silap la ejaannya) yang selalu menampar pipi dan melibas saya dengan kamus tebal dan tak lupa sengatan cubitannya, terima kasih. saya sekarang sudah tahu bertutur dan menulis serta mengeja perkataan inggeris. nasihat cikgu untuk sentiasa kaji dan kaji perkataan yang susah dalam bahasa inggeris, sangat saya ingati.

untuk cikgu azmah, cikgu yang sangat menjaga patah-patah dalam penulisan karangan dan puisi-puisi serta metafora dalam sastera, ketekunan dan kesabaran cikgu dalam mengajar kami yang selalu lari bila nak dendangkan puisi dan sajak amat saya ingati. hasilnya sekarang saya mampu untuk karang ayat-ayat jiwang dan puitis hasil didikan cikgu.

cikgu sains yang suka motivasi pelajar-pelajar yang selalu jek hilang waktu kelas dia.. cikgu faizah. terima kasih sebab slalu baca buku 555 kami (diari) dan bagi nasihat serta tak marah kan saya sebab lukis gambar blues selamanya kat kulit belakang buku sains. saya minat sains sebab cikgu dan terima kasih sekali lagi..

dan untuk cikgu yang pernah ngata-ngata budak kelas saya, yang kami nanti cuma boleh kerja-kerja cashier je lepas abis spm tak pun kahwin lepas spm. terima kasih cikgu yang agak belagak tu (cikgu ni jek.. yang lain ok) anda buatkan kami cabar diri kami sendiri untuk sahut "kata-kata" manis cikgu. hasilnya paling rendah pendidikan kami budak kelas diploma yer dan segala kata-kata yang cikgu lemparkan tu kena dekat kelas cikgu yang cikgu rasa pandai sangat..

terima kasih semuanya!!!

kami tak mampu buat tanpa anda!!

ghamsahamnida seosaeng-nim!!

No comments: