cookieChoices = {}; * C.J Diary *: July 2012

Wednesday, 25 July 2012

Dugaan... dan aku redha..

Aku tak tahu kenapa.. Penat.. Sedih.. Kalau boleh rasa nak jerit kuat-kuat, nak cakap "I can't take it anymore!!!"  "aku bukan orang yang kuat!!" "kenapa kau duga lagi hati aku, tak cukup ke aku baik dengan kau??" tapi bila difikirkan balik, memang aku kuat... Aku dah rasa sakitnya dikhianati dan diherdik, aku dah rasa kawan yang tikam kawan, aku dah jumpa kawan yang suka burukkan kawan, orang yang menjatuhkan maruah orang lain dekat depan orang ramai... Jadi bila aku dah bertahan dengan semua ni, melawan balik segala kerumitan... bukan lawan dengan menggunakan bahasa yang kesat ye..bagi aku, kalau aku gunakan bahasa dan cara yang sama dengan manusia macam ni, aku pun sama je macam mereka..

Tunduk kembali dalam solat, mohon ketenangan dan kekuatan.. Aku sedar, kekuatan aku dah makin menipis. Kesabaran aku dah makin menghaus.. Tak apa la jia, biar orang buat kita.. Tuhan akan membalasnya untuk kita, cuma aku harap bukan balasan yang teruk.. Demi Allah, aku sayang kan dia.tapi kalau dia mungkin tak sayang, tak ikhlas atau apa saja.. Mungkin Allah dah tetapkan dia bukan  jodoh aku.. Aku seorang yang sangat mudah dan simple.. Jadi kalau dah janji, tolong cakap kalau tak jadi.. Kalau suka cakap, tak suka pun cakap lah dekat aku. Aku boleh terima dan just move on.. Tapi kalau aku asyik berjumpa dengan orang yang layan seperti budak-budak... Benda yang paling aku tak suka... Aku jadi macam.. Huh marah tidak, tapi kecewa.. Tolong jangan fikir kalau bagitahu nanti aku marah..eh kalau tak bagitahu lagi lah aku marah..

Aku tak suka rasa macam ni..sampai kawan-kawan aku akan cakap jia susah nak marah walau orang cakap macam-macam dekat dia.. Dan aku mengaku dengan kenyataan tu. Cuma jangan sampai aku tiba-tiba mengamuk bila aku rasakan orang sedang pijak-pijak kepala aku. Kita dah matang, dah besar.. Bagaimana kau treat orang, macam tu la orang akan bua balik.. Gurau tu boleh, tapi apa guna gurauan yang kita anggap kelakar sangat tu kalau ia boleh menghiris perasaan kawan yang baik dengan kau... Fikirkan lah..

P/s :jangan sakiti hati orang lain kalau kita sendiri rasa sakit di buat macam tu.. Sekarang selalu baca doa cepatkan jodoh.. :-) takut.. Makin lambat kawin, makin banyak dosa dan maksiat terkumpul.. Moga kita semua mendapat jodoh yang baik :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadan

aku manusia biasa..
terlalu banyak menyakiti hati orang lain..
sama ada yang aku sedari atau pun tidak..
maafkan aku..

sempena bulan baik yang akan menjelang..
aku dengan rasa rendah hatinya..
memohon maaf sekiranya aku dalam sengaja atau pun tidak..
membuat orang yang aku sayangi..
teman mahupun lawan..
terasa dengan apa yang aku cakap dan buat..

dan untuk teman-teman dan orang yang ku sayang..
aku maafkan juga segala-galanya..
dan aku mohon..
kemaafan ini bukan hanya muncul kala ramadan menjelma..
atau pun raya..
saling memaafi bulan yang lain pun boleh kan.. =)

"UNTUK CALON SUAMIKU YANG TELAH TERTULIS"

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Dengan niat ibadah semata-mata mencari Ridha_Nya,ijinkan aku mengungkapkan ketulusan hatiku,Kelak disaat aku sudah menjadi hakmu :

Ketika sebagai isterimu aku telah melalaikan kewajibanku dalam bertakwa kepada Allah Azza Wa Jalla,Maka ingatkanlah.

Ketika sebagai isterimu aku telah melalaikan kewajibanku dalam rumah tangga,Maka tegurlah.

Ketika sebagai isterimu aku telah berani membantah perintahmu,Maka lunakkanlah.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak menuntut harta dunia,Maka ingatkanlah tentang akhirat.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak berbuat salah,Maka perbaikilah.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak kufur atas pemberianmu,Maka ajarkanlah bersyukur.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak keluar rumah tanpa ijinmu,Maka jadikanlah rumah sebagai surga kita.

Ketika sebagai isterimu aku telah mulai tidak setia,Maka sayangilah dengan hatimu.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak khilaf,Maka tuntunlah ke jalan yang benar.

Aku tak mau hubungan halal kita akan menjerumuskanku ke jurang murka_Nya.

Aku hanya ingin patuh dan taat kepada Allah Azza Wa Jalla dan suami.

Aku hanya ingin mengabdi dengan sepenuh ketulusan hati hanya kepadamu,Bukan kepada yang lain.

Aku ingin engkau selalu menasehatiku,membimbingku,menuntunkuke jalan yang di ridhaimu.Yang akan membawaku menuju Ridha_Nya.Menggapai Jannah_Nya...Aamiin ya Rabbal'alamin

entri ini di ambil di duniakutanpaillahi

Photobucket

Thursday, 19 July 2012

aku masih perempuan biasa.

Salam semua.. Mula-mula ingat nak buat entri wordless wednesday.. Lama-lama lupa pula.. Alhamdulillah kesihatan aku dah macam biasa. Emosi biasa la kejap baik kejap tak tapi aku masih boleh masuk kategori baik :-) dah lama aku tak pakai selendang.. Macam mana? Ok tak? :-) sekarang ada kawan-kawan bertanya kenapa penampilan dan cara percakapan aku dah lain.. Jawapan aku cuma SENYUMAN..

Anggaplah perubahan tu untuk kebaikan. Dan ya memang aku cuba sedikit demi sedikit untuk berubah.. Apa yang perlu dijaga, aku jaga. Dan apa yang perlu dibuang, aku buang. Sejujurnya apa yang buat aku ingin berubah? Aku takut kalau aku MATI dalam keadaan aku tidak sempat berubah. Lihat kemalangan dan kematian depan mata, buatkan aku fikir apa yang akan jadi bila aku  dalam keadaan itu. Jadi doakan aku ya sahabat, biar aku terus dalam mood perubahan..

Memang jarang aku pakai selendang sebab aku rasa muka aku agak tembam.. Tapi ada kata ok je.. Redup ke pandang aku? Hehe... Just joking.. Ramai orang bila dah berubah, memandang sinis atau bahasa yang dikeluarkan agak macam mana ya aku nak terangkan..lebih pada kata-kata yang boleh menghiris seseorang.. Jangan la macam tu. Kita pernah melalui pengalaman seperti itu, apakah kita akan terfikir untuk berubah kalau orang yang kita rasa boleh jadi contoh tiba-tiba membalas kata-kata kita dengan sinis.. Silapnya orang zaman sekarang, selalu MENJATUHKAN HUKUM tanpa menggunakan akal bicara dan menggunakan bahasa yang kasar. Kalau kita tak suka orang berkasar dengan kita, macam tu juga la orang lain tak suka kita bercakap kasar dengan mereka.. Aku lagi suka untuk menggunakan akan "moga dia pun turut sama berubah"..

Aku insan biasa. Masih berusaha untuk belajar dan terus belajar. Aku juga melakukan banyak kesilapan, tapi dengan kesilapan itu aku belajar.. Moga kita sama-sama berusaha untuk berubah..

Salam peluk cium..
-CJ-

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, 15 July 2012

Selamat Hari Jadi Nawal!!



dari hati kecil orang yang tak berapa nak kecil tapi berangan nak kecil.. hahaha

just want to wish you happy birthday..

dan ye aku saja nak ucap lambat (sebab aku masih terasa dengan kau hari tu hahaha)

tapi sebab aku rasa tak perlu nak ada perasaan terasa-terasa ni..

tak sesuai dengan aku.. haha



ok kembali pada tajuk entri..

selamat hari di lahirkan ke dunia..

selamat mencari kebahagiaan yang kita semua tercari-cari..

kuatkan hati dan jaga hati kita dahulu baru kita mencari serpihan hati kita yang lain..




semoga kita berjaya berjumpa prince charming kita :)



love you.. and love our relationship..



cik nawal yang si kecik tu ye.. yang tak pakai spek tu :)

oh tembamnya aku masa keluar ramai-ramai tu..

Thursday, 12 July 2012

10 Surah Yang Banyak Kelebihan

sempena hari khamis ni, aku nak forwardkan email yang aku dapat dari group di yahoo.. oh lupa pulak nama group tu Kelakar Group. Kalau ini betul, amalkan lah. tapi kalau salah, ampunkan kekhilafan aku. aku cuma ingin berkongsi sesuatu benda yang bermanfaat. kredit to Kelakar Group

10 Surah Yang Banyak Kelebihan
  1. Surah Al-Fatihah : dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  1. Surah Yasin : dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  1. Surah Dukhan : dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  1. Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  1. Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur.
  1. Surah Al-Kauthar : dapat merelaikan segala perbalahan.
  1. Surah Al-Kafirun : dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  1. Surah Al-Ikhlas : dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  1. Surah Al-Falaq : dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  1. Surah An-Nas : dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Kalau boleh hafal semua surah-surah tu lagi bagus. Hafal dan amalkan sokmo2.
Semoga aku dan tuan-puan semua dapat amal. Sama-sama lah kita usaha untuk amal ilmu yang kita ada.

Aku harap aku dapat habis satu Al-Quran sebelum habis ramadan ni.. haish... jauh dah aku tersasar sebelum ni..

Monday, 9 July 2012

tuan rumah masih sakit!!

Aku masih lagi sakit a.k.a demam dari hari khamis sampai entri ni di taip di depan pintu klinik.. Aku dah puaa tuang air masuk badan aku. Tempek cool fever atas dahi. Batuk makin teruk sampai dada aku sakit.. Tapi aku tetap akan fight sampai demam ni hilang.. Wacaa...

P.s : buat heaters, dia ada call aku semula. Aku dah buat apa yang aku rasa aku mampu buat kali yang terakhir.. Berserah dan berdoa.. Moga jodoh aku dengan dia atau kalau sebaliknya moga Allah ganti yang lebih baik..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, 5 July 2012

akhirnya tewas juga

Apa yang tewas? Siapa yang menewaskan aku?? Huhu.. Ni gambar masa aku snap pagi semalam a.k.a pagi rabu.. Antibodi aku tewas lagi.. Kali ni demam pula yang menyerang.. Sebenarnya aku berjangkit rasanya.. Hari rabu aku gagahkan diri jugak untuk datang ke pejabat. Badan aku dah mula panas.. Tekak aku dah mula perit sangat-sangat.. Sakit macam masa kena tonsil dulu.. Jadi bila kombinasi demam+tekak pedih+sakit belakang.. Itu sangat tak seronok..

Aku tak tahu apa yang seronoknya MC ni.. Bagi orang yang betul-betul sakit macam aku ni, ok la nak guna untuk rehat.walaupun sebenarnya aku lagi suka kalau aku tak sakit, MC ni hanya buat aku sakit lagi dekat rumah.. Ada 3 hero dekat rumah aku tu, jadi sangat mencabar kalau aku sakit.

**p/s : ada orang cakap sejak aku buat tudung ala-ala najwa latif, muka aku dah macam budak-budak pulak. Perlu ke aku tak payah buat lagi tudung macam ni?? Oh ada orang jugak bercakap setakat muka aku, jangan berangan si pilot tu akan stay dengan aku? Lagi perit tekak aku ni..

***I'm not seeking a man with a big salary.. Or handsome or tall and what so ever. Di penghujung dunia nanti a.k.a akhirat yang akan dihisab bukan berapa kaya nya kita, atau berapa kacaknya kita, tetapi berapa amalan yang kita buat. Jadi aku mencari lelaki yang dapat membimbing aku dan bakal anak-anak aku ke jalan yang diredhai. Dan ye, aku rasa pilot tu pun mungkin dah tak nak dengan aku sebab dah berminggu tak call atau message aku. Ye aku sedih tapi perlu ke aku kens sentiasa meratapi sesuatu? Mungkin Allah punya rancangan yang baik untuk aku. Samada dia jodoh aku atau tidak, aku dah berserah diri kepada Nya. Jadi orang yang aku tak pernah sakiti hati kau tapi masih berterusan cuba menyakitkan hati aku.. Aku masih tak tahu kenapa.. Jangan susah-susah, lepas ni cari cerita yang lain untuk bahan aku lagi.. :-) aku sangat bersyukur sebab kau ambil berat pasal aku.. Masih berfikir aku cuma bagitahu kawan yang terdekat je pasal couple ni sebab aku rasa aku akan bercerita jika aku kawin atau tunang.. Hurmm masih kah orang yang sama bercerita pada orang lain?

Published with Blogger-droid v2.0.6

afiq turn to 3 years old (03/07/2012)

Alhamdulillah.. Anak buah aku yang kedua ni dah pun berumur 3 tahun sekarang.. Nek yah selalu cakap dia ni sebijik perangai macam aku.. Perangai macam mana? Haha aku bukan suka buat perangai ye, itu dia ikut perangai akak aku.. Kami sama-sama comel, itu dah semestinya. Mata dia besar macam mata aku tapi mata dia bulat besar dan orang sangat suka dia pada pandangan pertama.. Pertama ye..haha.. Aku dengan dia dimasukkan ke kategori manis tapi yang paling penting.. aku dengan afiq sangat takut atau geli pada LIPAS!!!!

Semua anak buah aku sayang, cuma dia istimewa sedikit sebab dia membesar dengan aku, aku selalu mandikan, bagi makan.. Tapi dia memang rapat dengan aku. Dia la yang degil, dia jugak la yang selalu mintak maaf.. Sangat senang nak mintak tolong, cuma kau layankan je la semua pertayaan dia yang berulang-ulang..

Buat sayang anya Muhammad Rafiq, jadi budak yang baik. Budak yang pintar dan mendengar kata. Be tough and make us proud. Love you so much..

Love
-cj-

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, 4 July 2012