cookieChoices = {}; * C.J Diary *: akhirnya tewas juga

Thursday 5 July 2012

akhirnya tewas juga

Apa yang tewas? Siapa yang menewaskan aku?? Huhu.. Ni gambar masa aku snap pagi semalam a.k.a pagi rabu.. Antibodi aku tewas lagi.. Kali ni demam pula yang menyerang.. Sebenarnya aku berjangkit rasanya.. Hari rabu aku gagahkan diri jugak untuk datang ke pejabat. Badan aku dah mula panas.. Tekak aku dah mula perit sangat-sangat.. Sakit macam masa kena tonsil dulu.. Jadi bila kombinasi demam+tekak pedih+sakit belakang.. Itu sangat tak seronok..

Aku tak tahu apa yang seronoknya MC ni.. Bagi orang yang betul-betul sakit macam aku ni, ok la nak guna untuk rehat.walaupun sebenarnya aku lagi suka kalau aku tak sakit, MC ni hanya buat aku sakit lagi dekat rumah.. Ada 3 hero dekat rumah aku tu, jadi sangat mencabar kalau aku sakit.

**p/s : ada orang cakap sejak aku buat tudung ala-ala najwa latif, muka aku dah macam budak-budak pulak. Perlu ke aku tak payah buat lagi tudung macam ni?? Oh ada orang jugak bercakap setakat muka aku, jangan berangan si pilot tu akan stay dengan aku? Lagi perit tekak aku ni..

***I'm not seeking a man with a big salary.. Or handsome or tall and what so ever. Di penghujung dunia nanti a.k.a akhirat yang akan dihisab bukan berapa kaya nya kita, atau berapa kacaknya kita, tetapi berapa amalan yang kita buat. Jadi aku mencari lelaki yang dapat membimbing aku dan bakal anak-anak aku ke jalan yang diredhai. Dan ye, aku rasa pilot tu pun mungkin dah tak nak dengan aku sebab dah berminggu tak call atau message aku. Ye aku sedih tapi perlu ke aku kens sentiasa meratapi sesuatu? Mungkin Allah punya rancangan yang baik untuk aku. Samada dia jodoh aku atau tidak, aku dah berserah diri kepada Nya. Jadi orang yang aku tak pernah sakiti hati kau tapi masih berterusan cuba menyakitkan hati aku.. Aku masih tak tahu kenapa.. Jangan susah-susah, lepas ni cari cerita yang lain untuk bahan aku lagi.. :-) aku sangat bersyukur sebab kau ambil berat pasal aku.. Masih berfikir aku cuma bagitahu kawan yang terdekat je pasal couple ni sebab aku rasa aku akan bercerita jika aku kawin atau tunang.. Hurmm masih kah orang yang sama bercerita pada orang lain?

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: