Sebenarnya aku nak updated entry ni 8hb Ogos yang lalu, tapi aku tak ada kekuatan untuk menaip.. Tak pasal-pasal aku buat akak aku dengan mak menangis. Maaf, tiada niat pun.. Untuk sesiapa yang masih tak faham kenapa mood aku selalu bertukar-tukar, ini sebab tahun ni tahun pertama kami beraya tanpa adik ku yang istimewa, arwah Yazid bin Ab Razak. Adik aku dah meninggalkan dunia yang sementara ni pada 8 April 2012.. Jadi dah 4 bulan arwah tak ada. Aku tak nak cerita lebih mendalam sebab tu boleh buat aku menangis..
Thursday, 16 August 2012
Friday, 3 August 2012
catatan dalam gelap
Jam dah tunjuk pukul 11.20 malam. Jadi secara automatiknya dalam bilik aku dah gelap. Akak aku guna kuasa veto, tutup lampu... Sebab dia nak tidur. Sudah 2 hari hati aku rasa sedih jek..lagu yang gembira pun aku sedih.. Ada akak pejabat aku tanya, "dah sampai seru ke jia?" aku yang sememangnya blur penat memikirkan seru apa nya. Rupa-rupanya sebab kebelakangan ni aku kemaskini status yang agak menjerumus ke arah perkahwinan atau percintaan. Siapa yang tak ingin berkahwin. Tanya lah pada semua wanita, impian terbesar mereka adalah perkahwinan. Tapi kalau tiada yang masuk meminang atau ingin meneruskan perhubungan dengan lebih serius, takkan lah aku nak berkahwin dengan kerusi atau bantal yang ada atas pelamin.
Ye, aku punya cerita cinta. Tapi cerita cinta aku agak kompleks.. Sebelum ni libatkan 3 keping hati, sekarang dah upgrade ke empat. Aku sendiri tak tahu kesudahannya. Permainan apa yang akan aku main untuj dapatkan pengakhiran yang gembira. Tapi takkan kegembiraan hanya untuk kawin, lepas dah kawin aku nak buat apa?? Sebab itu aku tak mahu tonjolkan sifat sebenar aku. Nanti dah kawin tak ada benda yang dia nak belajar tentang aku.. Tak perlu lah aku cerita kan secara jelas sebab seperti yang aku cakapkan tadi.. Cerita kami sangat kompleks..
Buat kamu yang saya sayangi, sayangku kasihku untuk kamu ikhlas kerana Allah. Aku bukan mengejar harta, pangkat mahupun rupa. Tapi aku mencari seseorang yang mamou menjadi pemimpin untuk aku dan bakal anak-anak ku, imam untuk solatku dan pelindung aku dari melakukan kemungkaran. Jika kau menginginkan rupa yang cantik, aku tidak akan secantik bidadari. Jika kamu menginginkan harta, aku tidak akan punya harta yang berkoyan-koyan. Jika kau mendambakan tubuh badan yang cantik, tubuh badan ku tak akan mampu memenuhi kehendak kamu. Tapi jika kamu mencari kesetiaan, kejujuran dan kesabaran.. Aku akan sentiasa menanti. Kerna aku akan lakukan semua itu hanya untuk suami ku yang sah. Bukannya dengan teman lelaki yang sia-sia..
Walau apa pun terjadi, aku tetap berterima kasih pada kamu atas segalanya. Aku insan biasa yang akan sentuasa belajar untuk perbaiki kelemahan diri. Moga aku bertemu orang yang menerims aku seadanya..
Wednesday, 1 August 2012
wordless wednesday 2
We are sengal... Hahahaha semoga persahabatan berpanjangan... It's almost 10 years
wordless wednesday
Shoot after watching meng-nak.. Erk.. Betul ke aku eja ni? Waaa.. I'm less fat on my cheek.. Dah tak comel..
Wednesday, 25 July 2012
Dugaan... dan aku redha..
Aku tak tahu kenapa.. Penat.. Sedih.. Kalau boleh rasa nak jerit kuat-kuat, nak cakap "I can't take it anymore!!!" "aku bukan orang yang kuat!!" "kenapa kau duga lagi hati aku, tak cukup ke aku baik dengan kau??" tapi bila difikirkan balik, memang aku kuat... Aku dah rasa sakitnya dikhianati dan diherdik, aku dah rasa kawan yang tikam kawan, aku dah jumpa kawan yang suka burukkan kawan, orang yang menjatuhkan maruah orang lain dekat depan orang ramai... Jadi bila aku dah bertahan dengan semua ni, melawan balik segala kerumitan... bukan lawan dengan menggunakan bahasa yang kesat ye..bagi aku, kalau aku gunakan bahasa dan cara yang sama dengan manusia macam ni, aku pun sama je macam mereka..
Tunduk kembali dalam solat, mohon ketenangan dan kekuatan.. Aku sedar, kekuatan aku dah makin menipis. Kesabaran aku dah makin menghaus.. Tak apa la jia, biar orang buat kita.. Tuhan akan membalasnya untuk kita, cuma aku harap bukan balasan yang teruk.. Demi Allah, aku sayang kan dia.tapi kalau dia mungkin tak sayang, tak ikhlas atau apa saja.. Mungkin Allah dah tetapkan dia bukan jodoh aku.. Aku seorang yang sangat mudah dan simple.. Jadi kalau dah janji, tolong cakap kalau tak jadi.. Kalau suka cakap, tak suka pun cakap lah dekat aku. Aku boleh terima dan just move on.. Tapi kalau aku asyik berjumpa dengan orang yang layan seperti budak-budak... Benda yang paling aku tak suka... Aku jadi macam.. Huh marah tidak, tapi kecewa.. Tolong jangan fikir kalau bagitahu nanti aku marah..eh kalau tak bagitahu lagi lah aku marah..
Aku tak suka rasa macam ni..sampai kawan-kawan aku akan cakap jia susah nak marah walau orang cakap macam-macam dekat dia.. Dan aku mengaku dengan kenyataan tu. Cuma jangan sampai aku tiba-tiba mengamuk bila aku rasakan orang sedang pijak-pijak kepala aku. Kita dah matang, dah besar.. Bagaimana kau treat orang, macam tu la orang akan bua balik.. Gurau tu boleh, tapi apa guna gurauan yang kita anggap kelakar sangat tu kalau ia boleh menghiris perasaan kawan yang baik dengan kau... Fikirkan lah..
P/s :jangan sakiti hati orang lain kalau kita sendiri rasa sakit di buat macam tu.. Sekarang selalu baca doa cepatkan jodoh.. :-) takut.. Makin lambat kawin, makin banyak dosa dan maksiat terkumpul.. Moga kita semua mendapat jodoh yang baik :-)
Friday, 20 July 2012
Salam Ramadan
sama ada yang aku sedari atau pun tidak..
maafkan aku..
sempena bulan baik yang akan menjelang..
aku dengan rasa rendah hatinya..
memohon maaf sekiranya aku dalam sengaja atau pun tidak..
membuat orang yang aku sayangi..
teman mahupun lawan..
terasa dengan apa yang aku cakap dan buat..
dan untuk teman-teman dan orang yang ku sayang..
aku maafkan juga segala-galanya..
dan aku mohon..
kemaafan ini bukan hanya muncul kala ramadan menjelma..
atau pun raya..
saling memaafi bulan yang lain pun boleh kan.. =)
"UNTUK CALON SUAMIKU YANG TELAH TERTULIS"
entri ini di ambil di duniakutanpaillahi

Thursday, 19 July 2012
aku masih perempuan biasa.
Salam semua.. Mula-mula ingat nak buat entri wordless wednesday.. Lama-lama lupa pula.. Alhamdulillah kesihatan aku dah macam biasa. Emosi biasa la kejap baik kejap tak tapi aku masih boleh masuk kategori baik :-) dah lama aku tak pakai selendang.. Macam mana? Ok tak? :-) sekarang ada kawan-kawan bertanya kenapa penampilan dan cara percakapan aku dah lain.. Jawapan aku cuma SENYUMAN..
Anggaplah perubahan tu untuk kebaikan. Dan ya memang aku cuba sedikit demi sedikit untuk berubah.. Apa yang perlu dijaga, aku jaga. Dan apa yang perlu dibuang, aku buang. Sejujurnya apa yang buat aku ingin berubah? Aku takut kalau aku MATI dalam keadaan aku tidak sempat berubah. Lihat kemalangan dan kematian depan mata, buatkan aku fikir apa yang akan jadi bila aku dalam keadaan itu. Jadi doakan aku ya sahabat, biar aku terus dalam mood perubahan..
Memang jarang aku pakai selendang sebab aku rasa muka aku agak tembam.. Tapi ada kata ok je.. Redup ke pandang aku? Hehe... Just joking.. Ramai orang bila dah berubah, memandang sinis atau bahasa yang dikeluarkan agak macam mana ya aku nak terangkan..lebih pada kata-kata yang boleh menghiris seseorang.. Jangan la macam tu. Kita pernah melalui pengalaman seperti itu, apakah kita akan terfikir untuk berubah kalau orang yang kita rasa boleh jadi contoh tiba-tiba membalas kata-kata kita dengan sinis.. Silapnya orang zaman sekarang, selalu MENJATUHKAN HUKUM tanpa menggunakan akal bicara dan menggunakan bahasa yang kasar. Kalau kita tak suka orang berkasar dengan kita, macam tu juga la orang lain tak suka kita bercakap kasar dengan mereka.. Aku lagi suka untuk menggunakan akan "moga dia pun turut sama berubah"..
Aku insan biasa. Masih berusaha untuk belajar dan terus belajar. Aku juga melakukan banyak kesilapan, tapi dengan kesilapan itu aku belajar.. Moga kita sama-sama berusaha untuk berubah..
Salam peluk cium..
-CJ-
Sunday, 15 July 2012
Selamat Hari Jadi Nawal!!
Thursday, 12 July 2012
10 Surah Yang Banyak Kelebihan
10 Surah Yang Banyak Kelebihan
- Surah Al-Fatihah : dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
- Surah Yasin : dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
- Surah Dukhan : dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
- Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
- Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur.
- Surah Al-Kauthar : dapat merelaikan segala perbalahan.
- Surah Al-Kafirun : dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
- Surah Al-Ikhlas : dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
- Surah Al-Falaq : dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
- Surah An-Nas : dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Aku harap aku dapat habis satu Al-Quran sebelum habis ramadan ni.. haish... jauh dah aku tersasar sebelum ni..
Monday, 9 July 2012
tuan rumah masih sakit!!
Aku masih lagi sakit a.k.a demam dari hari khamis sampai entri ni di taip di depan pintu klinik.. Aku dah puaa tuang air masuk badan aku. Tempek cool fever atas dahi. Batuk makin teruk sampai dada aku sakit.. Tapi aku tetap akan fight sampai demam ni hilang.. Wacaa...
P.s : buat heaters, dia ada call aku semula. Aku dah buat apa yang aku rasa aku mampu buat kali yang terakhir.. Berserah dan berdoa.. Moga jodoh aku dengan dia atau kalau sebaliknya moga Allah ganti yang lebih baik..
Thursday, 5 July 2012
akhirnya tewas juga
Apa yang tewas? Siapa yang menewaskan aku?? Huhu.. Ni gambar masa aku snap pagi semalam a.k.a pagi rabu.. Antibodi aku tewas lagi.. Kali ni demam pula yang menyerang.. Sebenarnya aku berjangkit rasanya.. Hari rabu aku gagahkan diri jugak untuk datang ke pejabat. Badan aku dah mula panas.. Tekak aku dah mula perit sangat-sangat.. Sakit macam masa kena tonsil dulu.. Jadi bila kombinasi demam+tekak pedih+sakit belakang.. Itu sangat tak seronok..
Aku tak tahu apa yang seronoknya MC ni.. Bagi orang yang betul-betul sakit macam aku ni, ok la nak guna untuk rehat.walaupun sebenarnya aku lagi suka kalau aku tak sakit, MC ni hanya buat aku sakit lagi dekat rumah.. Ada 3 hero dekat rumah aku tu, jadi sangat mencabar kalau aku sakit.
**p/s : ada orang cakap sejak aku buat tudung ala-ala najwa latif, muka aku dah macam budak-budak pulak. Perlu ke aku tak payah buat lagi tudung macam ni?? Oh ada orang jugak bercakap setakat muka aku, jangan berangan si pilot tu akan stay dengan aku? Lagi perit tekak aku ni..
***I'm not seeking a man with a big salary.. Or handsome or tall and what so ever. Di penghujung dunia nanti a.k.a akhirat yang akan dihisab bukan berapa kaya nya kita, atau berapa kacaknya kita, tetapi berapa amalan yang kita buat. Jadi aku mencari lelaki yang dapat membimbing aku dan bakal anak-anak aku ke jalan yang diredhai. Dan ye, aku rasa pilot tu pun mungkin dah tak nak dengan aku sebab dah berminggu tak call atau message aku. Ye aku sedih tapi perlu ke aku kens sentiasa meratapi sesuatu? Mungkin Allah punya rancangan yang baik untuk aku. Samada dia jodoh aku atau tidak, aku dah berserah diri kepada Nya. Jadi orang yang aku tak pernah sakiti hati kau tapi masih berterusan cuba menyakitkan hati aku.. Aku masih tak tahu kenapa.. Jangan susah-susah, lepas ni cari cerita yang lain untuk bahan aku lagi.. :-) aku sangat bersyukur sebab kau ambil berat pasal aku.. Masih berfikir aku cuma bagitahu kawan yang terdekat je pasal couple ni sebab aku rasa aku akan bercerita jika aku kawin atau tunang.. Hurmm masih kah orang yang sama bercerita pada orang lain?
afiq turn to 3 years old (03/07/2012)
Alhamdulillah.. Anak buah aku yang kedua ni dah pun berumur 3 tahun sekarang.. Nek yah selalu cakap dia ni sebijik perangai macam aku.. Perangai macam mana? Haha aku bukan suka buat perangai ye, itu dia ikut perangai akak aku.. Kami sama-sama comel, itu dah semestinya. Mata dia besar macam mata aku tapi mata dia bulat besar dan orang sangat suka dia pada pandangan pertama.. Pertama ye..haha.. Aku dengan dia dimasukkan ke kategori manis tapi yang paling penting.. aku dengan afiq sangat takut atau geli pada LIPAS!!!!
Semua anak buah aku sayang, cuma dia istimewa sedikit sebab dia membesar dengan aku, aku selalu mandikan, bagi makan.. Tapi dia memang rapat dengan aku. Dia la yang degil, dia jugak la yang selalu mintak maaf.. Sangat senang nak mintak tolong, cuma kau layankan je la semua pertayaan dia yang berulang-ulang..
Buat sayang anya Muhammad Rafiq, jadi budak yang baik. Budak yang pintar dan mendengar kata. Be tough and make us proud. Love you so much..
Love
-cj-
Wednesday, 4 July 2012
Friday, 29 June 2012
We cute and we know it.. Hahaha
Gedik.. Haha ya.. Ni la jiran sebelah ku.. Kami memang gila-gila dan sangat perasan yang kami masih comel...dan ye, kami dah melebihi umur 25 tahun.. Dan kami sendiri pun tak percaya yang kami dah lepas usia tu..
Cingu-ya bermaksud kawan, dan aku dah berkawan dengan dia sedari aku mula kerja dekat MQA.. Jadi 3 tahun la sekarang.. Kami nampak je personaliti yang berlainan,tapi sebenarnya kami sangat gila-gila... Dan dia orang yang sangat aku percaya kalau dekat sini... Jadi kalau dia pun tikam aku.. Kesian aku tak ada orang nak dipercayai..sedih!! Oh dia ada blog.. Untuk orang-orang yang nak resepi yang mudah.. Sila la ke blog chingu... http://kyo-cipcips.blogspot.com/
-c.j-
Friday, 22 June 2012
Break time is over.. waaa...
Bermula 23 jun, kelas untuk sem baru akan bermula.. Yeppi.. Dalam hati dah waa... Untuk kali ni aku tak amik pun subjek pengaturcaraan.. Sebab utamanya?? Tak nak rambut gugur lagi.. Tunggu la rambut aku dah matang baru ambil balik ye?? Haha.. Rindu nak gaduh-gaduh sambil menelaah pelajaran tu..
Lagi satu aku sangat suka makan mihun sup dekat kafe.. Murah dan sedap.. Tak sabar nak bersaing dengan geng senior aku.. Huhu sem ni sem terakhir dia orang.. Jadi sem ni je boleh bersaing nak dapatkan markah tinggi.. Lepas ni aku akan merindui suasana tu.. Aku akan alert bila rasa eh dorang ni macam nak saing siapa cepat tangkap lecturer aja je.. Jadi baru aku tambahkan kelajuan otak aku ni.. Kalau tak, aku jadi bosan. Jadi bila ada tugasan je aku buat endah tak endah..
UTM.. Tunggu.. Aku datang balik..
selamat hari dilahirkan ke dunia.. akak ku..
Hari ni genap sudah hari dilahirkan akak aku yang ke 29.. Walau apa yang berlaku, aku tetap sayang ketat-ketat akak aku.. Maaf sebab apa yang kau inginkan tak menjadi kenyataan, tapi aku sebagai adik, memang bersyukur bila tuhan bukak kan pandangan kau pada seseorang yang tak perlu aku nyatakan dekat sini..
Moga Allah memberikan seribu kekuatan.. Moga Allah gantikan dia lebih baik dari apa yang kau jumpa selama ini.. Setiap kali aku bersujud, aku tak pernah lupa untuk doakan agar kau tabah selalu.. Macam-macam benda terjadi tahun ini, yang aku tau kita kadang-kadang hampir tak mampu kita bertahan.. Tapi apa pun terjadi, kita tetap satu keluarga.. Biar tak kaya asalkan kita tak berpecah...
Selamat ulangtahun sekali lagi akak ku.. As a sister, I don't want to see your tears anymore. You deserve someone better than him.. I will always love you... From bottom of my heart..p/s :biar kasar gaya percakapan, asalkan kita tak menghina ayah atau ibu orang lain.. Abah aku tak pernah ajar atau buat benda macam tu dekat orang lain..
Thursday, 21 June 2012
adab masuk ke panggung wayang... bagi pendapat aku la..
Aku rasa yang masuk ke panggung wayang ni kebanyakkannya dah besar panjang. Kalau yang bawak budak pun, orang yang menemani pun orang yang dah besar panjang.. Letak la banyak mana iklan nak mengajar kau orang ni. Kalau sendiri pun tak paham, memang payah. Ni aku senaraikan benda-benda yang sepatutnya buat dari dulu lagi..
1. Tolong jangan datang lambat.. Bila lampu dah tertutup, cerita dah jalan separuh, baru kau terhegeh nak masuk.. Kalau seorang atau berdua tak apa.. Ni masuk rombongan cik kiah.. Kita orang beli tiket ni memang untuk angkat kaki dan bagi kau orang tunjuk punggung dekat kami ke?
2. Telefon tolong letak mood senyap.. Kami taknak tau kau pakai ringtone lagu apa atau lagu apa yang paling hangat sekarang. Bila dah jawab panggilan, tolong cakap kau dalam panggung wayang dan terus letak.. Kami bukan masuk kat sini nak dengar suara kau yang kononnya sedap atau ulas pasal cerita yang kami tengok walau cerita tu tak best pun..
3. Please... Just enjoy the show.. Tak perlua kau cakap dengan team futsal kau tu "apa la cerita ni entah apa-apa la ".. Kami dah la tension sebsb cerita tu tak bagus, perlu ke kau nak tambahkan rasa tak bagus tu.. Kalau tak nak satu jam dalam hidup kau bazir macam tu saja, pintu dekat bawah tu besar ye akak dan abang.. Kau orang tolak sikit je, dah boleh keluar..
4. Anak kecik.. Adus, akak eh makcik.. Aku tak marah kalau nak bawak anak-anak menonton sekali, tapi sila jaga anak yang comel tu baik-baik.. Bukan biarkan anak tu tendang-tendang kerusi.. Goncangkan kerusi atau lebih aku tepat goncangkan kepala sebenarnya.. Ni yang buat aku hangin sangat minggu lepas.. Tolong, beli satu lagi kerusi untuk anak akak, atau kalau tak mahu beli, sila pegang kuat-kuat. Anak orang lain pun kecik je, tapi masih duduk diam dan tengok cerita.. Masa anak buat perangai, please be alert bukannya akak yang syok tengok cerita tu lebih. Bila dah tahap kronik, orang dah tegur kau leh sound kata budak kecik biasa la macam ni, kalau budak besar dia tak buat.. What?? Makcik tak tengok ke budak lain yang lagi kecik dari anak makcik dan lagi comel sebenarnya dari anak kau boleh duduk diam sebab mak ayah dia sentiasa alert dengan dia.. Bukan, macam kau la makcik.. Huh
5. Abang dan akak, aku tau Malaysia ni memang panas jadi bila masuk tempat ni sejuk sangat ramai yang "kejutan budaya".. Tak boleh terima sejuk-sejuk ni.. Tapi kami bawak sweater tebal tau akak abang.. Jadi kami bukan nak tengok akak abang dok buat wayang peluk-peluk takut aku ni tengok cerita seram ke komedi ni gedik-gedik sejuk dekat depan mata kami ni.. Kami nak tengok drama yang besar depan mata.. Bukan yang gedik depan mata.. Dah tau kau nak masuk wayang, pakai baju lengan pendek yang boleh nampak ketik tu.. Apo pasal??
6. Last but not least, orang yang duduk dekat lane tepi.. Aku tak kesah kalau korang dok bebel dekat member yang korang malas nak keluar sebab irsng ramai, tapi... Lain kali JANGAN DUDUK DEKAT TEPI.. Kalau kau tak nak keluar, abis orang yang duduk dekat tengah tu nak keluar macam mana?? Pijak kau orang ke? Kalau nak tunggu sampai tak ada orang, sila tengok dekat rumah.. Terpulang la kau nak tunggu banyak mana... Orang tak marah pun...
**entri ni aku upload dekat tempat yang sama iaitu klinik dekat umah aku. Hebat tak sejam baru aku dapat masuk, tapi tak sampai 5 minit aku dah keluar..nasib baik doktor ni check bagus.bye... Aku nak jalan-jalan cari makan jap...
-CJ-
11.04 am
merawat hati luka dengan madagascar 3
Banyak benda berlaku pada minggu lepas.. Jadi terlampau penat fikiran dan emosi yang perlu aku dan keluarga tempuh.. Moga kami lebih tabah dan kuat menempuhinya.. Jadi untuk merawat salah satu pesakit kritikal iaitu akak aku, sebagai adik yang baik dan sangat penyayang.. Aku mengoffer diri untuk belanja tengok cerita madagascar yang baru jek keluar dekat panggung wayang.. Entri ni aku update lambat 5 hari.. Penah dengar perkataan malas? Haha.. Ok berbalik pada cerita madagascar, kenapa tiba- terdetik tengok cerita ni? Sebab dibakar oleh budak-budak pejabat aku yang cerita ni best la.. Kelakar sangat la.. Jadi aku rasa tercabar? Hahaa.. Pasal tu jek tau..
Tapi aku memang pengikut tetap cerita binatang-binatang ni.. Dari episod pertama sampai la dah masuk ketiga.. Sampai sanggup masuk permainan budak-budak dekat universal studio.. Apa kes? Huhu... Jadi kalau orang tanya cerita ni best atau tidak pada aku, dalam 5 bintang.. Aku bagi 3 1/2 bintang.. Sebab bagi aku aku lagi suka cerita dia yang return to africa.. :-) sebab untuk aku terlampau banyak watak di masukkan, sampai watak yang aku minat, Marty si kuda belang tak banyak bercakap.. Sedih!! Ditambah pulak apa yang aku alami.. Makcik atau pakcik yang bawak anak kecil, nanti baca entri aku seterusnya.. Banyak buat mood aku spoil.. Nasib baik ada watak guna nama aku.. Gia.. Mama Ros kata mata dia besar macam mata aku.. Haha.. Saya malu..... Wekkkk...
Kelakar memang ada.. Jangan rasa terganggu.. Sebab kalau ada orang ganggu masa tengok wayang (macam aku ) korang akan rasa tak puas menonton cerita ni.. Sebab jalan cerita ni memang laju..jadi sebenarnya cerita ni tak menghampakan kau orang.. Cuma tak melebihi apa yang aku bayangkan? Anda bagaimana pulak peminat Madagascar semua??
P/s : wah Alamanda dah sangat lain sekarang.. Lebih banyak kedai makan sekarang ni... Bagus!!
-entri ni ditaip didepan pintu doktor yang super lambat tapi servis bagus.. Jadi sengsara la kau jia depan pintu tu... :-( -
Tuesday, 19 June 2012
Semua tu Sejarah.. :)
ni gambar waktu aku belajar di politeknik dulu..
poli apa? Politeknik Ungku Omar, Ipoh..
ni waktu aku sem akhir.. aku tak puas hati sebab dari kecik aku nak duduk depan tak dapat..
sebab aku tinggi.. di mana keadilannya.. haha..
kenapa tiba-tiba terdetik ni.. ni semua bermula dengan budak-budak laki la..
dok komen gambar yang dah letak dari tahun 2010..
dok bahan-bahan.. akhirnya terpancul la perkataan JOM REUNION..
bila aku fikirkan balik.. dah 5 tahun kami tak berjumpa..
dah ada yang kawin.. ada anak.. aku jugak yang single.. sedih!!
jadi untuk kawan-kawan poli aku dulu..
tak kesah la kumpulan ala-ala alim, kumpulan gila-gila, kumpulan gedik-gedik ke..
mai la join sekali..
apa yang berlaku dulu, biarkan berlalu je..
masing-masing pun dah besar panjang..
bila aku fikir balik, kalau kau dah tau org ni macam mana.. aku lak macam mana..
tak payah la nak simpan-simpan dalam hati..
bukannya kau orang jumpa kita orang selalu..
ye dak??













